AYAM BAKAR KOREA LAZAT - GOOBNE

Terbaik!! Sebab lepas ini kita akan ada banyak pilihan hidangan ayam dari Korea. Sekarang, kita ada  AYAM BAKAR KOREA LAZAT GOOBNE. Goobne...

Terbaik!! Sebab lepas ini kita akan ada banyak pilihan hidangan ayam dari Korea. Sekarang, kita ada AYAM BAKAR KOREA LAZAT GOOBNE. Goobne adalah Korean Oven Roasted Chicken. Dibakar tau, bukan digoreng. Tapi rasanya tetap ranggup. Hairan Bella, bakar pun masih ranggup dan tak hangit. Maknanya bukan bakar pakai arang lah tu. Selalunya kalau kita dekat Malaysia ini, bakar senonim dengan ber BBQ. Ayam haruslah diperap dan diadunkan dengan ramuan pilihan masing - masing. Tapi, Goobne sangat berbeza itu sebab korang mesti cuba. 

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

Paling penting ia adalah salah satu makanan sihat dari Korea yang sangat popular dan telah bertapak di Korea sejak tahun 2005 lagi. Ia mementingkan kualiti dengan memastikan hidangan ayam ini kurang lemak trans, karbohidrat, natrium dan kalori kerana ia tidak menggunakan setitik minyak pun semasa proses memasak. Terbaik!! Makan sedap, diet still on! Gitew. Goobne terdapat 1000 outlet di seluruh Korea, sedang mengembangkan sayapnya ke Hong Kong dan sekarang, membuka satu outlet di Malaysia!! Welcome Goobne Malaysia. Rakyat Malaysia pasti sukakan awak. Mesti punya.

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

Keranggupan ayam itu dihasilkan setelah ayam dipanggang didalam oven, ia akan mempunyai lapisan luar yang ranggup dengan daging yang amat juicy didalam. Ini akan membuatkan ayam ini memberikan rasa tapi dalam masa yang sama, ia akan mengekalkan rasa ayam itu tersendiri. Kalau korang nak tahu, nama Goobne ini sendiri berasal dari perkataan Goobda perkataan Korea yang bermaksud untuk memanggang. Proses memangang dipilih supaya hidangan di Goobne ini lebih sihat dan enak. Paling penting Bella dah jatuh cinta dengan perasa yang menyaluti hidangan ayam di Goobne ini. 

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

KOREAN SPICY GALBI SAUCE yang nampak macam tak pedas, tapi menyengat sedap bila masuk dalam tekak. Pedas - pedas manis macam tu. Ini pilihan pertama Bella. Bella sukakan makanan yang sedikit pedas ala - ala makan sambal belacan, walaupun pedas tetap nak makan juga.  (macam lagu) Ayamnya ranggup dan galbi sauce yang menyaluti ayam tu buat ayam ini lain dari yang lain. Mula - mula gigit macam tak pedas, dua kali gigit sedap!!! Tiga kali gigit baru terasa. Pedas rupanya ayam ni.

KOREAN SPICY GALBI SAUCE 
Whole :- RM 54.90 
Half :- RM 30.90
Wings 8 pcs :- RM 20.90 / 14 pcs :- RM 32.90

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

DIP CHEESE CHICKEN pilihan kedua Bella yang sukakan keju! Melimpah ruah serbuk kejunya. Bila gigit saja ayam ni, bukan saja keranggupan ayam ini dapat dirasai. Tapi, kemewahan keju juga akan memenuhi ruang mulut kita. Tapi bagi Bella, tak boleh makan banyak sangat. Nanti cepat muak. Makan dengan gabungan ayam yang berperisa pedas baru terangkat. Jadi rasa pedas dan manis seiring. Serbuk keju yang menyaluti ayam ini manis dan kering.

DIP CHEESE CHICKEN
Whole :- RM 54.90 
Half :- RM 30.90
Wings 8 pcs :- RM 20.90 / 14 pcs :- RM 32.90

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

SOY GARLIC CHICKEN memang mewah dengan sos soya. Puas makan sambil menikmati kemanisan sos soyanya. Sos ini adalah aduanan dari Goobne sendiri. Jadi rasa sosnya memang lain dari yang lain. Manis. Tak pedas langsung. Bella sukakan kemanisan sos soyanya. Lepas mulut Bella pedas makan Volcano Chicken, Soy Garlic Chicken ini adalah yang terbaik untuk memaniskan mulut Bella dan mengurangkan bahang dan kepedasan ayam Volcano. 

SOY GARLIC CHICKEN
Whole :- RM 54.90 
Half :- RM 30.90
Wings 8 pcs :- RM 20.90 / 14 pcs :- RM 32.90


ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

VOLCANO CHICKEN. Inilah ayam bakar paling hangat dan pedas Bella pernah makan. Macam masuk pertandingan makan ramen pula. Bella mampu gigit hujung kepak ayam tu saja. Walaupun rasanya sedap, tapi masih tak mampu nak habiskan seketul ayam. Bella tak kuat. Abis air mata dan air hidung perlahan - lahan nak mengalir. Sebelum mengalir macam air terjun dan rosakkan mekap Bella, baik Bella berhenti makan Volcano Chicken ni. Bagi yang kuat pedas, bolehlah makan. Buat macam pertandingan makan ramen tu. Perrggghh!!! 

VOLCANO CHICKEN
Whole :- RM 54.90 
Half :- RM 30.90
Wings 8 pcs :- RM 20.90 / 14 pcs :- RM 32.90


ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea


ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

ORIGINAL CHICKEN adalah resepi asli dan asas untuk ayam Goobne. Bagi Bella, rasanya biasa saja. Ayam bakar tanpa minyak. Sesuai sangat buat mereka yang betul - betul nak eat clean dan diet. Bahagian kepak paling sedap. Tapi, dah datang kedai Korea macam ni, cubalah perisa baru. Tak kan nak rasa yang original saja kan? Kalau korang nak bagi anak korang makan, itu pun ok. Tanpa perasa tambahan dan sihat. 

ORIGINAL CHICKEN
Whole :- RM 47.90 
Half :- RM 26.90
Wings 8 pcs :- RM 16.00 / 14 pcs :- RM 28.90

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

SEAFOOD JJAMPPONG SOUP yang rasanya ala - ala tomyam cair. Bella sejujurnya suka benda yang berkuah macam ini. Jadi, jjamppong soup ini memang Bella hirup banyak kali. Orang lain tekun mengigit isi ayam, Bella seronok menghirup sup ini. Rasanya yang pedas tetapi bagi Bella ia adalah rasa pedas yang boleh diterima oleh tekak orang melayu macam Bella ni. Rasa supnya datang dari kemanisan bahan - bahan yang direbus didalamnya. Dalam sup ini ada udang, sotong, ketam dan kupang. Nama pun sup makanan laut kan? Tetiba ada ayam memang pelik la. Buat mereka yang tak nak cuba ayam, Bella cadangkan korang cuba Seafood Jjamppong Soup ini. Harganya RM21.90.

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

VOLCANO CHEESE TTEOK-BOKKI adalah makanan yang memang ada dekat semua kedai Korea. Korang tahu tak yang topokki ni apa? Ia diperbuat daripada tepung beras saja dan digulung. Jangan risau. Rasanya sedikit pedas buat kita takkan jemu nak menghabiskan sepinggan Volcano Cheese Tteok-bokki ini. Bagi yang tak tahan pedas, mereka kata hidangan ini sangat pedas. Tapi bagi Bella biasa saja. Bella lebih suka mee yang terdapat didalamnya, digaul dengan sedikit keju yang melimpahi di sekelilingnya dan dimakan bersama fish cake yang digaul bersama. Memang layan. Fish cake yang dorang tinggalkan dalam mangkuk ini semua Bella habiskan. Tapi, mesti digaul bersama keju. Kalau tak, rasanya dah jadi kurang kick. Gitew. Harganya (RM32.90).

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

CHEESE FONDUE CHICKEN yang sangat dan penuh berperisa. Setiap kali mengigit ayamnya, kemanisan dan juicy dari ayam ini memang amat terasa. Sepatutnya ayam ini disaluti dengan keju yang akan mencair di tengah - tengahnya. Tapi makan macam tu saja pun enak sungguh. Ayam ini tanpa tulang. Jadi memang sedap dan mudah dimakan. Owner bagitahu yang keju yang digunakan didatangkan istimewa dari Korea. Harganya Rm61.90. Patutlah sedap.

ayam bakar korea, korea,goobne, ayam sedap korea

Inilah kesemua hidangan pilihan Bella untuk cubaan kali pertama di Goobne Malaysia. Korang kalau nak cuba hidangan lain, boleh dapatkan Maklumat lanjut :- 

GOOBNE Malaysia
MyTOWN Shopping Centre
55100 Kuala Lumpur
(Located Next To GSC Cinemas)
Business Hour 10am- 10pm (Daily)


Bella pasti akan datang sini kembali. Sebab terliur pula masa cerita kat korang ni. Salam. Semoga bermanfaat. 

You Might Also Like

1 ulasan

  1. wah seronoknya dapat makan yang sedap sedap. teringin nak pergi tapi saya ni duduk kampung je. by the way, saya first time datang sini and terus follow sebab nak tahu entry seterusnya, nak tengok tempat makanan menarik yg sy x dpt pergi, saya suka content blog ni. saya followers ke 552

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.