ILmu percuma
Kongsi Sikit
Rumah Orang Tua Jasa Zakat Selangor
22 November
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR telah diberi berbagai tanggapan negatif mengenai cara dan pendekatan Badan Zakat ini dalam membahagikan dan menyalurkan harta zakat ini kepada pihak yang sepatutnya. Bella dengan rasa bertangungjawab, turut mahu mengetahui dan tertanya - tanya bagaimanakah cara zakat ini memberikan dan mengagihkan harta zakat ini. Jadi Bella telah menjadi salah seorang Blogger yang mengikuti perkembangan dan aktiviti Zakat ini.
Pusat Rumah Warga Emas ini telah didirikan lebih 5bulan yang lalu dan menempatkan lebih kurang 30orang warga emas asnaf zakat. Betapa nasib mereka terbela dengan adanya Rumah yang selesa, bersih dan selamat. Disamping itu, mereka juga diberi penjagaan kesihatan beserta kerohanian. Ada kelas mengaji, tadarus, tazkirah dan dijaga rapi oleh jururawat terlatih.
Bella berkesempatan bersama - sama Ben Ashaari, Rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari dan Lembaga Zakat Selangor meraikan Warga Emas pada bulan Ramadhan. Hadir sama, Setiausaha Agung MFA, Shukri Salleh dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim. Pada ghari tersebut, warga emas dimeriahkan dengan suasana persiapan hari raya dan diberi sedikit sumbangan.
Tersentuh sangat hati Bella bila melihat warga emas yang seusia ibu dan ayah Bella. Sedih. Dorang ditinggalkan tidak terjaga walaupun anak-anak kerja hebat-hebat belaka. Ada diantaranya dihantar sendiri oleh anak, dan ada diantaranya lebih rela tinggal disini dari terbiar tanpa perhatiaan anak. Bagi sesiapa yang ternampak atau mengetahui ada warga emas yang terbiar bolehlah menghubungi Lembaga Zakat Selangor.
Disini Bella kongsikan juga bagaimana Lembaga Zakat ini menapis dalam memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Maknanya jikalau ada yang miskin dan susah boleh saja laporkan. Tidak semestinya warga emas sahaja.
Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan, sila hubungi LZS menerusi. LZS akan membalas dalam tempoh 3 hari bekerja. :
3-01-1, Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
TALIAN ZAKAT SELANGOR : 1-800-88-5353
EMAIL : callcentre@e-zakat.com.my
11 ulasan
Salam, kita singgah sini. selalu singgah ig je :p.. hari ni baru pestime jenguk blog.
ReplyDeleteNisya, ye ke... terima kasih.
Deletealhamdulillah.. ramai yang tak menyedari sekarang.. selalu menyalahkan jew tapi tak tengok kejayaan dan usaha yg dilakukan oleh pihak zakat...
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteAssalamualaikum puan, bole ke andainya ingin melawat warga emas ini dan bantuan bagaimana yg dpt dihulurkan selain kewangan.Adakah saya dpt hulurkan bantuan secara memberi layanan sehari bersama mereka. Tksh, saya lynda
ReplyDeleteAssalamualaikum puan, bole ke andainya ingin melawat warga emas ini dan bantuan bagaimana yg dpt dihulurkan selain kewangan.Adakah saya dpt hulurkan bantuan secara memberi layanan sehari bersama mereka. Tksh, saya lynda
ReplyDeleteLinda, DM saya di instagram boleh tak? Saya nak no tel awak.
DeleteSalam, saya tak mampu memberi sumbangan dari segi kewangan tapi saya teringin untuk memberi bantuan dari segi tenaga dan masa pada hujung minggu. Bolehkah saya berbuat demikian?
ReplyDeleteBoleh bg no telefon
ReplyDeleteBoleh bagi nombor telefon
ReplyDeletemcm mana sya nk menempatkat bapa sya disana ye
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.