Tip Pemilihan Pakaian - Style Workshop Wawa Idris

Tip Pemilihan Pakaian Style Workshop WAWA IDRIS amat membantu dalam kehidupan kita sehariaan. Kenapa ia Workshop WAWA IDRIS amat membantu...

Tip Pemilihan Pakaian Style Workshop WAWA IDRIS amat membantu dalam kehidupan kita sehariaan. Kenapa ia Workshop WAWA IDRIS amat membantu dan kita patut pentingkan penampilan diri kita? kerana..
     
PAKAIAN

Yeahhh!! sebab pandangan pertama ataupun perjumpaan pertama adalah gambaran terakhir yang orang akan ingat pasal kita. Korang mesti samar-samar kan? Macam ne tu? Ok, Bella bagi contoh.Nak buat contoh Ben Ashaari susah plak. Kang kena tendang Bella. hehehee.. kita bagi contoh lain. Contoh yang memang terjadi kat Bella sendiri.

HB selalu main futsal. Tapi, ada seorang kawan HB ni, main futsal x pakai baju!! dah la sekeping je badan.Jadi,bila Bella nak mengigati kawan HB tu, HB mesti cakap.. "alaaaaa... yang main futsal x pakai baju tu.." Haaa baru Bella kenal. Walaupun HB dah bgtau nama dia, tp Bella tetap ingat dia sebagai kawan HB yng main futsal x pakai baju.Walaupun lepas tu dah jumpa  banyak kali dia pakai baju. Bella ternampak dia kat pasar ke, mana2x la.. Bella akan bagitahu kat HB "Dear, kawan dear yang x pakai baju tu la... " haaa walaupun time kitaorang jumpa tu dia dah pakai baju. Faham? Bagus.

WAWA IDRIS

Begitulah pentingnya pemakaian dan penampilan kita. Itulah diantara pembelajaran Bella dengan Wawa Idris hari ini. Owh lupa, perkenalkan Wawa Idris.Itu gambar diatas tu. Cantik kan?? Giler x cantik!!hahaha.. Tagline dia tau. Heehehe Bukan.. Tagline sebenar adalah Wow Attitude Wow Attire.Kepakaran Wawa Idris tidak perlulah dipertikaikan lagi, Wawa merupakan perunding imej korporat & selebriti yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan. Wawa juga mempunyai Master Degree dalam komunikasi korporat, Diploma di style coach institude di London dan berpengalaman lebih satu dekad dalam bidang korporat dan public relation. Haaa... power kan?

CARA MEMILIH PAKAIAN

Ada satu formula penting yang Bella belajar! iaitu TOP. T for Time. O for occasion. P for place. Hanya dengan TOP, korang boleh tentukan pakaian apa yang patut korang pakai aritu. Contoh, ada majlis makan2x. Jadi, korang hanya gunakan formula TOP ini. Korang kena kaji, Time pukul berapa? kalau tengah hari, panas. Takkan korang nak pakai jaket tebal kan? Occasion, majlis apa? kalau sempena majlis perpisahan boss, xkan nak pakai baju seceria yang boleh. Pakai baju ala kadar saja macam hitam. Place, tempat tu kat mana? kalau makan2x dekat dalam hotel xkan nak pakai tshirt je kot. Bagi perempuan la. haaa dapat idea x dari TOP tu? Ala.. contoh paling terbaik, Gambar kat atas tu. Cantik kan? pergi office, xkan nak pakai baju sukan. Haaa.. macm tu la contoh lainnya.

     WAWA IDRIS

Jangan tak tau, material kain yang digunakan juga mencerminkan penampilan kita. Bukan material saja, corak dan warna juga sangat penting dalam sesuatu majlis. Kain yang tebal dan bercorak metrik menampakkan kita lebih formal. Makin tertutup pakaian kita tu, makin formal lah penampilan kita aritu. Tapi jubah tidak dikira formal tau.Nampak tak blogger putery memory tu, yang kainnya jalur2x tu? Pakaian dia amat menepati tema pada hari itu. Tema kelas ni adalah smart santai. Kainnya yang bercorak jalur tu membuatkan gayanya kelihatan santai. Kalau putery memory gunakan kain yang kosong seperti warna hitam saja, terus gayanya menjadi formal. Korang leh bayangkan x? faham kan? Kalau x faham sila jumpa WaWa Idris. Best sangat tau kelas dia.

PEMILIHAN PAKAIAN

Bella juga diberi soalan yang berupa kuiz untuk menentukan gaya kita dan daripada jumlah jawapan kita itulah kita ada dapat meneka apakah gaya kita.Sama ada A paling banyak atau B atau C atau D akan membawa kita kepada macam manakah pemakaian harian kita. Contoh Bella dapat Sporty dan Romantic. Sebenarnya Bella memang seorang yang sukakan pakaian yang macam puteri, comel, cantik, ada reben2x. Itu adalah ciri2x orang yang pemakaiaan Romantic tau. Tapi, Bella dah terikut HB. Selalu sangat suruh Bella pakai gaya sporty. Dia kata gaya Romantic tu macam berlebih-lebih. Mana ada!! 

      TIP PEMILIHAN PAKAIAN

Arrrgghhh banyak sangat ilmu yang Bella dapat dari WaWa ni. Sampaikan tak tau mana satu nak share dengan korang. Bella pilih yang penting tau. Kalau Bella tulis semua takut korang x mampu nak baca. Haritu juga, Bella dan Blogger2x dari Kelab Blogger Ben Ashaari diajar cara nak mix and match kan baju2 semua. Tengokkan blogger2x lelaki ni. Baru ajar sikit dah pandai. Cantik kan dorang matchkan baju dorang.

     KELAS WAWA IDRIS
   
Ini pula group Bella. Semua Blogger aritu datang cecantik tau. Bella nak listkan je la Tip penting untuk menentukan ataupun pemilihan pakaian yang akan menampakkan kita cantikk giler. Bella buat ringkas je ni. Senang korang faham kan? Tip penting dalam pemilhan pakaian :- 

  • Pilih satu fokus point dalam pemakain. Contoh, pakai rantai untuk jadikan fokus point di baju. Bahagian lain biarkan polos. 
  • Gayakan baju dengan 3 warna saja. campuran banyak warna membuatkan kita kelihatan pelik. 
  • Bagi yang bermuka bulat, elakkan dari memakai corak bulat. Apa2x saja yang bulat. Akan menampakkan kita lagi bulat. 
  • Pakai sedikit mekap. Supaya nampak sihat, fresh dan menunjukkan sedikit rasa hormat untuk perjumpaan kali pertama. 
  • Tentukan gaya korang dengan tepat supaya tidak akan ada baju yang tidak dipakai kerana tkdak sesuai dengan citarasa dan gaya korang. 
  • Semakin kosong baju korang, semakin korang kelihatan formal.

Bella rasa setakat ini dulu. Sebenarnya banyak lagi yang dikongsikan oleh WAWA IDRIS. Korang silalah pergi ke kelas dia. Langsung x rugi. Bagi mendapatkan detail yang lebih mengenai WAWA IDRIS, boleh la ke : 

Instagram : wawaidris_imejpatik
Facebook : Wawa Idris
Blog.        : wawaidris.imejpatik.com (Kelab Blogger Ben Ashaari juga tau)

Harap bermanfaat!!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. TQ bella! sangat manfaat ilmu ni..yes,TOP!
    Halimah suka juga bergaya,tapi kadang2 out,..hehe,ingat TOP ingat bella dan wawaidris..
    ok nak follow IG dia lah..IG bella apa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. IG kita @Bella-Idura. Nanti comment ya. Kitew follow back. Terima kasih..

      Delete
  2. Replies
    1. Haruslah... jangan pakai selipar tau. hehehehe.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.