Bercuti
Ho Chi Minh
Kongsi Sikit
Travel York
Vietnam
Melawat MUZIUM Menarik Di Ho Chi Minh
03 April
Ramai plak yang PM Bella personally tanya mengenai Percutian Ke Ho Chi Minh ni. Paling tak boleh blah, soalan diorang tu, semua ada dalam blog Bella ni. Bella dah tulis dah pun. Korang malas baca ye? Rugi tau. Baik korang baca dari awal sampai abis. Ramai nak tahu bajet Bella kat sana. Tapi, Bajet ke Ho Chi Minh ini sukar nak anggarkan. Macam Bella, 3k abis. Sebab shopping sakan. Kalau korang tak shopping dekat sana. Makan sehari sekali, duduk je dalam bilik hotel rm300 pun cukup. Jadi Bajet ke Ho Chi Minh memang Bella tak dapat nak tetapkan. Disebabkan sambutan tak sabar untuk mengetahui cerita seterusnya. Bella sambunglah ye. Ini hari terakhir Bella di Ho Chi Minh. Disebabkan flight balik kami malam, jadi pagi - pagi sempatlah Bella Melawat MUZIUM Menarik Di Ho Chi Minh.
MAKAN PAGI DAN TENGAH HARI DI HO CHI MINH
Sebelum pergi mana - mana, Bella haruslah bagi HB senang hati. Bagi makan dulu. Sarapan pagi ni makan berat terus. Bila kenyang perut barulah senang hati nak berjalan. Masa ini baju semua dah siap semua. Tinggalkan dekat hotel kejap. Bella mencuba semua kedai yang ada dekat depan hotel. Semua blogger ada menceritakan kesedapan kedai - kedai makan yang ada depan hotel Bella ni. Jadi sepanjang dekat sana, kami makan di kedai yang berlainan. Harga makanan halal memang agak mahal. Ok la. Dari kebulur. Tomyam dia pedas namati. Hahaha. Ayam tu rasa ayam. (hanyir) Nasib ada tomyam. Jadi takdalah loya sangat. Kopi vietnam segelas. 3 hari dekat sana, Bella memang pesan air kopi saja. Ketagih.
BERJALAN KE WAR MUZIUM
Melalui lorang ini. Banyak rakyat tempatan dan orang luar yang berjogging sekitar sini. HB kata ambil gambar. Cantik ni. Suasana cantik. Muka Bella pula nampak selenga. Tapi Bella saja tunjuk sini. Bukan sebab OOTD Bella cantik. Tapi 2 kejadian pelik dalam 2 keping gambar ni. Korang sila cari. Hahaha.
BARANGAN SUKAN MURAH DI HO CHI MINH
Kita akan melalui deretan ke kedai sukan ni. Kalau sampai dekat sini maknanya korang jalan tu betullah. Tapi sekarang takdalah risau sangat. Guna saja waze kan. Ramai yang kata kalau nak beli barangan sukan, sinilah tempatnya. Bella bukan nak katalah. Mana ada murah sangat. Kedai buruk. Kasut dah fesyen lama. Original ke tak pun Bella tak pasti. Jadi kalau korang ke sini semata - mata nak beli barangan sukan baik tak payah. Kecuali korang tak kisah original atau tidak. Bella temgok - tengok macam tu je. Bukan butik. Jadi Bella rasa macam tak yakin ke asliannya.
DITIPU PENJAJA
Kami teruskan perjalanan. Cuaca yang panas. Buatkan Bella haus. Tapi nak beli sebarangan takut tak halal. Nampak lah beberapa penjaja yang menjual buah kepala ni. Bella cakap dengan HB. "Nak beli ke air kelapa tu?" . HB kata, "Ntah. Halal ke?" Bella kata ok kot, sebab air kelapa kan? dia jual dan tolong kopakkan saja. Tapi disebabkan HB dah was - was kami larikan diri daripada penjaja yang bersepah - sepah ni. Tapi, seorang penjaja air kelapa ni dia melintas sebelah kami. Bila sampai disebelah, dia mula menegur dan berborak dengan kami. HB yang sibuk melayan. Bella sibuk ambil gambar.
Tiba - tiba!! dia letakkan barangan yang dia jaja dekat bahu HB. Bella pun kata ok la. Bella snap beberapa keping dan suruh HB pulangkan balik kat dia dan cepat - cepat beredar. Penjaja tu lagi cepat! Dia ambil dua biji kelapa dan buka untuk kami minum. Adus. Kami terpaksa beli dengan harga 3kali lagi mahal dari harga kelapa biasa. Masih bersyukur kerana kami selamat dan jumlah yang diambil masih kecil. Pengajaran. Kalau korang tak nak jangan beramah - tamah dengan penjaja disini.
AKHIRNYA SAMPAI DI WAR MUSEUM HO CHI MINH
Akhirnya sampai! Alhamdullilah. Tapi tak buka lagi. Masa kami ke sini Bella tulis direction dekat kertas saja tau. Sebabnya, Bella tak nak pegang gajet dekat tangan selalu. Takut. Sampai tu kira power gak lah peta Bella tu. Apa yang pasti, dengan bantuan suami tercinta. Kalau tak, mungkin tak sampai. Terpaksalah tunggu dia buka. Bella dah kancong sebab dah nak flight balik kan? Risau tak sempat. Jadi korang bolehlah susun jadual korang ikut waktu dekat gambar diatas.
KAPAL PERANG DAN KERETA KEBAL
Harga bayaran masuk dalam Rm3 macam tu seorang. Dalam 15000 VND. Bella nak terus masuk dalam muzium je. Sebab panas! Tapi HB ajak abiskan melawat bahagian luar ni dulu. Seronok juga tengok kapal perang yang besar dan ini pengalaman pertama Bella tengok kapal sedekat ini. Nak posing maut sangat pun dah tak terdaya. Panasss...
BERBAGAI JENIS BOOM
Disini juga Bella mengenali jenis - jenis Boom. Ini tingkat atas. Penuh orang. Boom dalamnya ada isi paku. Patutlah bila meletup walaupun kena sikit saja boleh maut. Nauzubillah. Disetiap jenis boom ada diceritakan fungsi dan dimana digunakan. Ada boom yang terbang, khas untuk motor, boom paku dan macam - macam lagi.
MORTAR SHELL (PELURU BERPANDU)
Tengoklah bila peluru berpandu tu pecah. Amat menakutkan. Banyak rupanya jenis - jenis Boom dan peluru berpandu. Senapang dan pistol pun ada. Kiranya ada berbagai jenie kelengkapan korang boleh tengok sini, sambil - sambil menambah ilmu pengetahuan. Berebut - rebut dengan pelancong lain. Ada sesetengah boom dalam cermin, jadi mencabar sikit nak ambil gambar sebab ada pantulan cahaya. Ada juga amaran pada cermin supaya tidak menyentuh atau cuba - cuba membuka cermin. Boom masih hidup mungkin.
KELENGKAPAN ASKAR VIETNAM
Ini antara kelengkapan asas askar pada masa tu. Bila Bella tengok baju tu, Eh! celoreng dia sama masa askar Malaysia kan? Kamera tu pun menarik perhatian Bella. Ia digunakan oleh photographer Japan untuk mengambil gambar pada waktu peperangan di Vietnam pada tahun 1965 - 1968. Photographer tersebut bernama Ishikawa Bunyo. Apa yang paling menarik, Ishikawa Bunyo menghadiahkan kamera ni untuk di pamerkan di Muzium ini.
PAMERAN SEJARAH PEPERANGAN DI VIETNAM
Dibahagian bawah dan atas juga, banyak dipamerkan gambar dan sejarah mengenai peperangan ini. Banyak gambar - gambar sedih yang menceritakan keperitan dan kesengsaraan rakyat Vietnam pada waktu itu. Ada sesetengah pelancong tu Bella tengok sampai menangis dengan hanya melihat gambar. Bella pun cuba melihat dengan mata hati. Memang sedih dan perit. Tuhan saja yang tahu. Kebanyakkannya hilang anggota badan dan hidup dalam penderitaan. Hanya dengan sekeping gambar, ia dapat memberikan maksud 1001 kejadian.
BOOM TERBESAR
Di bahagian luar, ada Boom yang besar - besar. Mungkin tak cukup ruang untuk diletakkan didalam muzium, atau mungkin juga ia merbahaya. HB selamba je suruh Bella duduk atas Boom Mortar ni. Bella pun tak fikir panjang, main duduk saja. Selepas Bella tertengok video dua orang lelaki cuba mengetuk boom yang dijumpainya bersama dengan seorang rakan tiba - tiba meletup!! Hancur badan terus. Bella terus mengucap panjang. Kenapalah Bella pergi gatal duduk atas Boom!!
TEMPAT PENYIKSAAN TAHANAN
Bella ingat dah abis dah. Tapi masa balik tergerak hati nak tengok belakang muzium ni. Rupanya ada tempat - tempat penyiksaan tahanan yang ditangkap. Gilerlah!! Dah la kena tangkap. Kena seksa pula. Adus pedihnya. Masa Bella tengok tempat penyiksaan pertama. Bella terus rasa seriaunya! Kaki digantung keatas dan lubang - lubang ini adalah untuk memasukkan tangan. Ada kemungkinan juga tahanan digantung dan diseksa beramai - ramai.
Ini pula adalah kurungan. Macam kurungan ayam! Adus. Seksanya. Kena duduk tegak jela. Kalau saiz badan besar sikit, memang tak boleh baring. Ini bahagian dalamnya. Bahagian bawah diletakkan batu - batu kasar.
Ini gambar keseluruhan kandang manusia. Ia lebih layak dipanggil kandang penyeksaan. Bayangkanlah kalau disumbatnya ramai tahanan dalam ni. Seksa. Bella macam tak terbayang penderitaan yang mereka tanggung. Makan minum macam mana lah pula. Sedih bila fikirkan nasib yang menimpa tahanan disini.
TEMPAT PANCUNG KEPALA TAHANAN
Ini pula tempat dimana tahanan - tahan menjalani hukuman pancung. Masuk sini, meremang bulu roma. HB tak bagi Bella pergi dekat sangat walaupun ambil gambar. Dia tak bagi Bella sentuh pun. Kotor katanya. Yelah kita pun tak pasti kebersihan benda ini. Takut ada kuman ke.
PENJARA TAHANAN
Naik ke tingkat atas, akan menemui pintu. Rupanya disini adalah bahagian atas penjara. Kecil sangat penjaranya. Ditingkat bawah pula, ada patung yang menunjukkan bagaimana tahanan ditahan. Duduk dipenjara yang kecil, dengan kaki yang dirantaikan. Bella tertanya - tanya. Kenapa tahanan diseksa dan dipenjara dengan begitu teruk? Adakah sebab mereka pahlawan - pahlawan ataupun askar - askar yang berjuang untuk negara Vietnam, ataupun tahanan ini terdiri daripada rakyat biasa yang diseksa. Bella pun tak pasti.
CENDERAHATI DI WAR MUSEUM HO CHI MINH
Kedai cenderahati terdapat di bahagian belakang muzium dan juga di bahagian depan dalam muzium. Cenderahati yang dijual didalam muzium kelihatan lebih menarik, tersusun dan bersih. Dijual juga buku - buku mengenai peperangan yang berlaku di Vietnam. Banyak jugalah yang menarik perhatian Bella. Tapi, dong sudah menyusut. Kalau beli takut habis plak. Perjalanan jauh lagi ni. Jadi Bella sekadar belek - belek dan blah cepat - cepat supaya tak terbeli.
KEDAI MAKAN CANTIK DI WAR MUSEUM
Masa balik, perjalanan semakin mudah sebab kami dah tahu jalan. Betul - betul didepan War Museum ini ada Cafe yang cantik sangat ni. Kalau Bella banyak masa, memang Bella singgah masuk dalam. Tengok ada jual binatang haram tak. Kalau takda bolehlah Bella meneliti makanan moden disini macam mana. HB halang Bella dari meneruskan niat membuat food review tak diundang dekat cafe ni. Jadi Bella melepaskan gian dengan ambil gambar luar cafe sajalah. Buaian tu comel betul kan?
MEMBELI BELAH PENGHABISAN!!
Alhamdullilah!!! Akhirnya kami sampai didepan Hotel. HB kata eh awal lagi. Bella pun mengambil keputusan untuk berjalan sekitar hotel ni. HB hanya menuggu di ruang hotel saja. Lelaki memang malas berjalan yer? Bella pun sempat membeli beberapa helai seluar ngam - ngam duit yang tinggal.
Bila tak cukup, jangan risau. Dorang terima RM. Tapi korang akan rugi. Rate apa ntah di convert kannnya. Bila Bella kira balik memang rugi. Tapi dari rugi tak beli, balik terkenang baik rugi sikit. hehehe. Dasar perempuan.
VIETNAM SPRING ROLL
Vietnam Spring Roll ini juga Bella beli sebelum balik. Semua kata makanan yang mesti dicuba bila sampai Vietnam. Sepanjang kami disini, perut sentiasa penuh. Jadi Bella takda ruang untuk rasa spring roll Vietnam ini. Masa ini kami masih kenyang lagi sebab pagi tadi kan dah makan berat. Bella teringin punya pasal, belilah juga. Rasanya???? Tak sedap!! Apasal korang semua kata sedap. Memang tak kena dengan tekak Bella. Bella makan separuh je. Tak abis pun. Minta HB rasa marah - marah dia tak nak. Jadi Bella sedekahkan je dekat penyambut tetamu Hotel ni. Gembira sungguh dapat spring roll ni. Makanlah korang yer. Bella nak balik Malaysia dah ni.
Kenangan membeli belah yang terindah. Korang boleh baca keseluruhan cerita Bella mengenai Percutian Ke HO CHI MINH ini dengan tekan saja link di bawah :-
- TIPS Penting Sebelum Bercuti Ke Vietnam Ho Chi Minh
- Penginapan Murah Hotel Saigon Pink 2
- Bercuti Ke Ho Chi Minh Vietnam - Hari Pertama
- Menyusuri Sungai Mekong Ho Chi Minh - Part 1
- Menyusuri Sungai Mekong Ho Chi Minh - Part 2
- Hard Rock Cafe Ho Chi Minh
Terima kasih buat semua yang sudi baca perkongsiaan Bella ini. Harap bermanfaat dan semua selamat pergi dan pulang dengan kenangan manis. Salam.
4 ulasan
Ngeri pulak tengok tempat siksaan tu. ish (:
ReplyDeleteBetul. HB tak kasi pergi dekat pun. 😅. Takut tengok.
DeleteThanks for wonderful experience. Memang ramai betul org Malaysia datang sini
ReplyDeleteHaah sini jela tempat berehat dari shopping.
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.