MENULIS UNTUK MEMBERI HIBURAN ATAU MANFAAT?

Assalamualaikum?? Bella nak kongsikan sikit ilmu yang Bella dapat baru - baru ini. Terima kasih kepada Kelab Blogger Ben Ashaari dan AJK ...

Assalamualaikum?? Bella nak kongsikan sikit ilmu yang Bella dapat baru - baru ini. Terima kasih kepada Kelab Blogger Ben Ashaari dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan Bengkel penulisan ini. Bella paling seronok kalau menyertai apa saja yang melibatkan #KBBA9 kerana tidak pernah lagi menghampakan dan akan penuh dengan segala ilmu dan informasi yang Bella perlukan. Apa yang Bella dapat simpulkan secara keseluruhan, Kenapa dan sebab apa kita menulis? MENULIS untuk memberi HIBURAN atau MANFAAT?

sebab menulis

Tidak kisahlah apa saja medium korang menulis, sama ada seorang penulis novel, pelajar, cikgu, penulis, Blogger atau apa saja. Mesti ada sebab kenapa korang menulis dan apa yang korang nak sampaikan dalam penulisan korang itu. Perkongsian pertama dari zulkifli atau lebih dikenali sebagai Apak memberikan gambaran bagaimana rangka atau plan kita dalam penulisan. Ia amat memberikan suntikkan semangat kepada penulis novel dan penulis yang menjual karya seni penulisannya. 

cara menulis novel

Plan dalam penulisan itu termasuklah :-
  • GENRE 
Penulisan kita, sama ada mahu menulis cerita romantis ke, seram ke, aksi ke, ia adalah plan pertama untuk menentukan keseluruhan cerita kita berkenaan dengan apa? Macam Blogger, Bella sendiri. Penulisan adalah berkisarkan pengalaman hidup sendiri dan perkongsiaan dari hati. Jadi Genre Bella adalah santai dan lebih kepada memberikan panduaan dan manfaat. Jadi, ia akan kekal begitu. Tidaklah tiba - tiba bertukar menjadi blog hiburan yang membawang tentang artis. Owh tidak!.
  • WATAK /PERWATAKKAN
Kita perlu memilih siapa Hero, Herion dan mungkin ada watak orang jahat dalam cerita kita. Korang juga kena tetapkan watak utama ini perwatakkan ia macam mana. Selalu marah - marah ke, sombong ke, baik hati ke, atau pemalu. Bagi nama pada setiap watak kalau boleh nama yang mudah disebut dan diingati. Contoh Bella. Kan sedap didengar dan mudah disebut tu.
  • LATAR MASA
Ia membawa maksud masa penceritaan kita tu. Macam sekarang ini, Bella akan ceritakan separuh hari bengkel ini apa yang Bella belajar.
  • LATAR TEMPAT
Ia boleh juga dijadikan tempat yang tidak pernah wujud tapi kita wujudkan sebab menjaga privasi atau tidak mendapat kebenaran. Macam Bengkel kami ini diadakan di MATIC dan sangat selesa. 

mencari duit dengan menulis

Apa yang penting selain daripada PLAN sebelum menulis adalah Pembinaan Cerita. Pembinaan cerita adalah penyusunan cerita yang menarik kedalam penulisan kita. Ia meliputi :-
  • Pengenalan cerita
  • Pertengahan cerita
  • Pengakhiran cerita
Prinsip yang digunakan oleh Apak adalah, 1 perenggan mesti mempunyai 3 ayat yang tidak lebih daripada 35 perkataan dan 1 Bab, mesti diceritakan dalam 10 mukasurat. Penulis. Take Note ya.


menulis sumber pendapat

Perkongsian dari Tuan Zamri Mohamad lebih mudah masuk kedalam otak Bella dan lebih mudah Bella fahami kerana merasakan kami sealiran. Tuan Zamri juga seorang penulis blog yang dulunya memberikan jawapan kepada apa saja persoalan didalam kepala korang. Ia banyak memberikan idea kepada Bella bagaimana merasai dan menjiwai sesuatu dan menghuraikannya kedalam bentuk penulisan. Hebat! sangat hebat. Setiap kali bila tuan berkongsi, Bella akan berbisik secara perlahan "wah! hebatnya!" sebab Bella tidak pernah terfikir idea yang dikeluarkan. 

menulis sumber pendapatan

Kunci utama dari Tuan Zamri adalah FOKUS dan KONSISTEN. Apa juga penulisan haruslah fokus dan konsisten dengan apa yang kita hendak ceritakan dan kongsikan. Jangan sekadar melepaskan batuk ditangga, ataupun hangat - hangat taik ayam. Haaa. Peribahasa yang sesuai. Macam Bella konsisten, tapi nak posting yang lama, sebab banyak yang duduk dekat draft. Janji hari - hari Bella ada tulis satu cerita dan sebelum di Post haruslah Bella cantikkan dulu. Itu yang ambil sedikit masa. 

ciri penulis yang bijak

Harap korang nampak lah. Bella duduk belakang, tu yang sedikit kabur. Betul. Bella selalu gunakan cara ini untuk memanjangkan jalan cerita. Apa yang penting sebenarnya adalah satu atau dua line. Tapi kalau terlalu pendek sangat mesti bosan kan? Bella nak bagi 10 star bila Tuan Zamri ajarkan ilmu ini. Benda baru yang Bella seronok sangat bila dapat tahu, Antaranya :-

  • Tidak ada salahnya kita masukkan elemen kelakar dengan meletakkan perkataan "HAHAHA", "KIH,KIH,KIH" "HO,HO,HO" untuk menunjukkan sesuatu yang kelakar. Bella selalu letak. Tapi kadang - kadang teragak - agak dan selalu padam. Lepas ni ok. Nak letak banyak - banyak. AHAKS.
  • Masukkan elemen bunyi dalam cerita. Macam contoh diatas. Bunyi pintu. Kriuk..... Siap titik banyak lagi. Ikut kesesuaianlah yer.
  • Nak letak pantun ke, sajak ke, syair ke, ikutlah. Memang boleh jika ia rasa sesuai dengan jiwa kita. Sesuai dengan penulisan kita.
Dapat sesuatu yang baru? Inilah yang kita mahukan untuk meningkatkan lagi gaya penceritaan kita kan? Supaya orang yang baca seronok. Seronok tak baca Blog Bella? Hehehe.

menulis untuk apa?

Paling penting lagi, macam mana kalau korang tiada idea nak menulis? Ha!! Tuan Zamri bagi idea yang korang tak terfikir pun selama ini. Bella banyak idea, masa takda. Itu masalah pengurusan masa. Tapi, kalau korang yang tiada idea nak menulis tu, buat soalan kepada hari korang. Contoh :- 

  • Tanam pokok bunga apa dekat rumah?
  • Ada ruang ke?
  • Pokok apa yang sesuai?
  • Cantik ke kalau letak dekat sudut bawah?
  • Pasu warna apa yang cantik?
Korang buat soalan dan setiap jawapan , korang draft kan apa yang penting. Gunakan teknik memanjangkan cerita ringkas. Sudah jadi satu post. Senang saja. Gunakan apa yang ada disekeliling korang, dan buat soalan. Tiada idea sangat, buat posting dekat FaceBook satu soalan atau minta pendapat kumpul dan buat satu posting. Senang kan? Bella ingat tak kongs tips penting ni. Siapa suruh korang taknak datang kan? Haa rugi. (Khas buat KBBA sahaja) tapi sebab sayang kongsikanlah juga. Sebab dorang datang percuma. 




Penghargaan Bella tujukan buat semua penaja untuk bengkel kali ini. Sarapan pagi yang menyebabkan kami berebut - rebut dari :-

Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 ¾, Jalan Gombak (6.75)km, 53000 Kuala LumpurTel No :-  03 - 61858400 / 013 - 2967228 / 013 - 2237228 / 019 - 2931397FaceBook :- RESTORAN NELAYAN GOMBAKWebSite : https://www.restorannelayangombak.com

Makanan tengah hari yang amat sedap dan lazat pula dari :-

Cafe Cerita Kambing
Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah :  019 2816 308  ( tel )  | 019 3531 320 ( whatsapp )
Atau boleh ke Facebook mereka iaitu di Nor Aziah Dahari atau Endau Briyani Caterers.


Brownies tersedap dari Khaisya Delite. Korang boleh saja pergi ke FaceBook Khaisya Delite atau Instgram @khaisyadelite jangan jilat screen telefon korang pula. Terus order, Mesti puas hati. Tidak lupa juga kepada MATIC


bella idura

Bella rasa sampai setakat ini dulu, semua ilmu yang penting Bella dah curahkan. Bersama - samalah kita mengaplikasikan dalam penulisan kita dan teruskan konsistensi kita dalam menulis. Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

9 ulasan

  1. Thanks bella sharing ilmu. Rugi kan xdpt nak pergi sebab jauh.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alo2x sian. Tapi isi penting semua Bella dah kongsikan dekat sini. Lain kali join tau.

      Delete
  2. Bestnya dapat ilmu menulis kan...diorang tak buat kelas untuk orang luar eh...bestnya kalau dapat join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Follow FB Ben Ashaari. Abg Ben selalu ajak siapa yang nak join. Free je. Ini Under KBBA. Kami yang jemput. :)

      Delete
  3. nanti boleh la bella jadi penulis buku pulak. chaiyookkk

    ReplyDelete
  4. Bagus bengkel ni, dapat juga serba banyak ilmu menulis kan. Del singgah sini buat pertam kali he he he

    ReplyDelete
  5. Bagus sangat bengkel, ilmu penulisan dapat bantu kita dalam menulis blog.

    ReplyDelete
  6. Keh keh keh.. Nasib baik ada amaran jangan jilat skrin telefon.. Kalau tak..
    Perkongsian dan bengkel yang menarik..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.