KEJADIAN PANIK DI GIMHAE AIRPORT KOREA

13 April

Bercuti adalah pengalaman yang paling menyeronokkan. Lagi sebulan dua nak pergi, perasaan teruja dah menghantui diri. Apa tah lagi bila ditawarkan Bercuti Ke KOREA! dan ia adalah tajaan penuh AirAsia. Bagaikan mimpi! Masih tak dapat digambarkan perasaan Bella walaupun ia sudah berlaku lama dahulu. Pengalaman Bella ditaja sepenuhnya dan digandingkan dengan blogger - blogger hebat yang lain. Rezeki Bella yang paling bermakna dan berharga sepanjang Bella bergelar Blogger. Tapi, Pengalaman ke tempat menarik Bella sudah ceritakan. Sekarang Bella nak kongsikan KEJADIAN PANIK DI GIMHAE AIRPORT KOREA.

pengalaman ke korea

Perjalanan Bella dari KLIA ditemani suami. Kesian sayang. Kami tak pernah berpisah selama ini dan kami tak pernah bercuti secara berasingan. Selalunya kami akan Travel secara backpacker bersama - sama. Dia bagaikan ketua dan Bella adalah pembantunya untuk sampai ke tempat yang dituju. Tapi ketua yang tak buat apa - apa research. Yang susah payah buat itinerary, membaca dan menyusun tempat menarik yang hendak pergi adalah Bella. Pergaduhan kerap berlaku bila kami sesat ataupun mahu memutuskan arah kemana hendak dituju. Semua itu membuatkan kami makin sayang menyayangi dan merasakan kami penting untuk satu sama lain. Hah! Rahsia rumahtangga tu. Sila practikkan. Hahaha.

Itinerary ke korea

Kami sampai yang paling awal, sebab Bella terlalu teruja. Sarah menyambut Bella dengan ceria dan membelikan Bella segelas air Starbucks. Wow! Baiknya dia. Kami menunggu yang lainnya dan seorang per seorang wartawan sampai termasuk Blogger. Bella amat takut dan rasa amat rendah diri kerana Bella tak sehebat Blogger lain. HB yang terus menerus bagi kata - kata semangat untuk Bella pergi dengan bangga. 

Dalam kapal terbang, tempat duduk Bella adalah dibelakang. Duduk pula disebelah lelaki cina yang sungguh tidak bersopan. Pertama kali Bella menaiki Air Asia X.  Wah! Besarnya! Bella melihat kawan - kawan yang lain duduk dihadapan dan Bella terus menukar tempat duduk untuk duduk dihadapan juga. Nasib ada kosong walaupun orang sebelah Bella ni, macam tak suka sangat Bella duduk disebelah dia. Biarlah janji Bella tak duduk disebelah lelaki yang tak sopan tu. Almaklumlah, Bella Blogger yang follower pun baru beberapa ratus. Dorang dah beribu. Siapalah kita ni kan?

airasia ke korea

Lebih kesian lagi, Bella termasukkan baju sejuk Bella, sweater, bantal kedalam luggage. OMG! sepanjang perjalanan Bella mengigil kesejukkan.I feel So bad. Selalunya HB yang susunkan barang - barang bila dia takda, jadi tak teratur sungguh Bella ni. Akhirnya sampai juga, dan sepanjang perjalanan Bella tak rasa bosan pun sebab Bella hanya tidur. Tahu - tahu dah sampai.

Bila sampai di Airport, kami diarahkan untuk menyerahkan borang arrival yang telah diisi didalam kapal terbang tadi. Kami memang telah siap sedia dengan borang yang telah siap diisi terus menuju ke imigresen. Kami terus menuju ke eskalator untuk ke imigresen. Waktu ini, memang amat penuh dengan orang.

gimhae airport

Masa Bella nak eskalator tu, ok lagi. Tapi tiba - tiba!! Orang semua berhenti dan memenuhi ruangan depan eskalator sehingga tiada ruang untuk yang baru turun dari eskalator ni . Stuck! Eskalator turun laju tapi yang nak melangkah kedepan tiada ruang untuk terus melangkah. Bella dalam hati "alamak10x, jatuh tersungkurlah ni. Macam mana ni? Apa yang Bella kena buat ni??" Baru sampai kot.

Bella bernasib baik kerana Bella orang yang terawal dan Bella terus melompat ke hadapan yang mempunyai lebih ruang. Orang yang belakang Bella abis terjatuh dan keadaan lebih panik kerana tangga eskalator itu penuh dengan orang. Orang yang turun jatuh ke hadapan dan terus orang belakang jatuh atas orang yang sudah jatuh itu! 

Bella kaget tak tahu nak buat apa. Nak tolong macam mana. Ada beberapa orang yang cuba menekan butang stop dan mengarahkan yang yang belum naik lagi supaya berhenti dulu diatas sehingga orang yang terdahulu abis turun. Kerjasama ini memudahkan dan menyelamatkan dari semua orang yang naik jatuh. Lebih menakutkan jika ada yang tersepit. 

bercuti ke korea

Beberapa orang perempuan yang menjerit. "its dangerous you know!?" Pelancong dibawah juga menjerit supaya orang yang berhenti dihadapan eskalator teruskan berjalan dan memberi ruang untuk yang baru turun. "Keep moving, keep moving" Akhirnya sebab tiada lagi penumpang yang baru tiba dari kapal terbang keadaan menjadi tenang kembali. Orang yang berhenti dihadapan eskalator, semuanya menunggu giliran untuk menggunakan pen dan mengisi borang masuk. Adoi. Serabut!! Jadi korang, siap - siaplah bawa pen dari rumah ya. Isi masa dalam kapal terbang tu. Punyalah ramai orang yang nak masuk ke Korea. Lamalah kami tunggu. Akhirnya proses di imigresen selesai dan kami terus ke bahagian bagasi.

Bag kami pun telah lama tiba dan dicampak saja ke suatu sudut. Adus. Berterabur!!. Nasib tak hilang. Kami terus menemui wakil dari Korea yang fasih berbahasa english dan meneruskan perjalanan kami kerana jadual kami begitu padat. Disebabkan kami sudah terperangkap lama dalam airport, beberapa tempat terpaksa kami skip dan terus menuju ke tempat yang sepatutnya kami pergi pada waktu itu.


Pengalaman yang paling bermakna. Selama ini Bella yang aturkan perjalanan sendiri. Kali ini perjalanan Bella diaturkan sepenuhnya dengan kerjasama AirAsia dan Korea Torism Organization. Berharap sangat ada peluang sebegini lagi. Doakan Bella. Nanti Bella sambung lagi pengalaman lainnya. Korang juga boleh baca yang lain dengan menekan label Korea.


terima kasih sebab sudi baca dan singgah disini.

Maklumat Penerbangan :-


KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari


AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.


AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.


#AirAsia #VacayWithAirAsiaX #VacaywithAirAsia #VisitKorea

You Might Also Like

2 ulasan

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa
    follow awak yang ke 545!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY