Wednesday

Tips Penting Sebelum Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh

Assalamualaikum semua,

Mood nak kongsikan Tips Travel Budget Bella ini, datang. Kali ini Bella nak kongsikan sebuah tempat yang amat terkenal di kalangan peniaga untuk mendapatkan Stok barangan murah mereka adalah di Vietnam Ho Chi Minh. Bella pun pergi Bercuti ke sana. Bukan untuk memborong pakaian untuk diniagakan, tapi untuk menikmati keindahan dan keunikkan bumi Ho Chi Minh. Jom Bella kongsikan Tips Penting Sebelum Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh. Sebelum itu mari kita kenali apa yang seronoknya di Vietnam HO CHI MINH city ini?? Barulah senang kita hendak pergi sendiri tanda guide kan.. Tidaklah tercari - cari.

CUACA DAN MASA DI HO CHI MINH VIETNAM



Vietnam sebuah negara ASEAN. Cuaca yang tak banyak beza dengan negara kita, mungkin panas lebih sikit dari negara kita. Tapi Bella rasa memang lebih panas dari Malaysia. Basah baju. Jadi, sediakanlah :-


  • Krim Pelindung UV
  • Topi
  • Payung
Bella memang pakai topi yang besar tu. Takut - takut juga sebab perubahan cuaca kan. Waktu di Vietnam cuma berbeza sejam saja dari negara kita. Maknanya senang lah nak bajet waktu solat kan? Macam ke Sabah dan Sarawak juga la gayanya.

APA YANG MENARIK DI HO CHI MINH VIETNAM


Bercuti ke Ho Chi Minh, bercuti ke vietnam

Apa lagi?? Shopping kain la kan? Tip dari mereka yang dah ke sana, kalau kita beli kain selalunya owner kedai akan tunjukkan dan pilihkan dan bezakan satu kain yang berkualiti dan kurang berkualiti. Selalunya harganya akan lebih kurang sama dan korang tinggal pilih saja. Bagi mengetahui kain itu benar - benar berkualiti atau tidak, korang garu - garukan kain itu tengok sama ada manik pada kain itu tercabut atau tidak. Perempuan atau mak - mak mesti tahulah cara nak pilih kain yang betul dan cantik. Tapi bagi Bella yang tidak tahu hendak pilih ini boleh la guna tip ini sebenarnya. Tapi, bila Bella sampai sana. Memang tak lah Bella berbelanja untuk kain yang bermanik - manik  ni. Mahallah Bella rasa. Kata travel bajet kan? Jadi tip ini Bella tak guna pun. 

BAHASA DI HO CHI MINH VIETNAM


Bahasa pula, mudah sebab diorang boleh berbahasa English. Jadi, "dont worry, lets shopping !! " Disini juga terlalu ramai orang melayu yang datang mengambil kain disini. Jadi mesti dah tak rare kan?? Macam di Krabi. Penuh semua kedai dengan orang Malaysia. Bella percaya mesti dorang sombong. Banyak kali dah Bella ke Luar negara terutama ke sempadan, orang Malaysia yang Bella jumpa Bella senyum haram nak balas. Hello.. Vietnam je kot. Kebanyakkan barang yang dijual dekat Vietnam ni, semuanya ada dekat Malaysia. 


MATAWANG DI HO CHI MINH VIETNAM


bercuti ke vietnam, shopping di vietnam

Matawang sana, banyak mengatakan yang RM dan USD digunakan disana, tapi sebab matawang kita yang tidak menentu sekarang lebih baik bawa duit USD dan tukar kepada VND atau tukar sajalah terus kepada VND. Bella bawa RM dan juga VND. Pada pandangan Bella, lebih baik bawa saja VND. Peniaga dekat sana sudah biasa menerima kunjungan rakyat Malaysia. Jadi, dorang pandai  kira tukarkan duit kita yang akan menyebabkan harga barang mahal sedikit jika menggunakan VND. Bella terguna juga RM sebab dah nak balik duit shopping dah abis. 


PENGANGKUTAN DI HO CHI MINH VIETNAM


VIETNAM, bercuti ke vietnam

Pengangkutan utama bagi pelancung di sini adalah Teksi. Paling penting dan paling Bella cadangkan korang gunalah Teksi Vinasun ini. Lebih - lebih lagi buat mereka, korang - korang yang pertama kali sampai dan jejak HO Chi Minh ini. Bella masa mula - mula sampai, paling takut nak cari dan naik teksi yang memanggil - manggil. Bella bernasib baik sebab ada yang sudi bantu dan berkongsi. Nanti Bella cerita. Tapi, untuk berjalan ke tempat yang jauh, Bella cadangkan korang carilah Vinasun Taxi ini. Kawan Bella, naik teksi sebarangan kena rompak!!. Nasib dah nak balik. Tapi, rm5k duit kecemasan lesap. Teksi tu bawa jalan yang mana - mana,lepas tu suruh laki dia turun dan rompak isteri. Kalau boleh, jangan bagi peluang dekat teksi macam ini. Carilah Vinasun ini.


Tips Penting Sebelum Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh

Korang simpanlah no ini. Teksi ini masa Bella naik ok. Bella ada baca kata mahal. Biarlah mahal sikit dari duit lesap. Bas juga banyak. Tapi Bella tak cuba. Pengangkutan Bella disini lebih kepada teksi dan berjalan kaki sahaja. Seronok!

PENGINAPAN DI HO CHI MINH VIETNAM


bercuti ke vietnam

pengalaman ke vietnam

bercuti ke vietnam

Penginapan Hotel di Ho Chi Minh ini sangat mudah untuk didapati. Ramai yang cadangkan Saigon Pink 2 disebabkan oleh lokasi yang strategik, kemudahan dan diantara hotel yang masih bajet. Bella tak nafikan yang hotel ini memang berada di kawasan yang amat strategik. Tapi, Bella bagi 2 bintang daripada 5 bintang sebab Bella rasa bilik Bella kotor. Nanti Bella ceritakan lebih lanjut mengenai hotel ini. Next entry. Sebenarnya selain daripada hotel Saigon Pink 2 ini, korang bolehlah juga pilih mana - mana hotel didalam gambar yang Bella letak ni. Tragiknya, sebab kebanyakkan hotel dalam gambar ini, tidak ada dalam senarai Agoda.com ataupun Booking.com ! huish. Kalau Bella tahu, mesti Bella survey hotel - hotel lain juga yang berdekatan ini. Kelihatan lebih mewah dengan harga yang lebih kurang saja.

AKTIVITI SEPANJANG DI HO CHI MINH VIETNAM


Di Ho Chi Minh, korang bukan saja hanya boleh bershopping, banyak lagi tempat menarik yang korang kena terokai dan pelajari. Banyak tempat menarik yang korang boleh belajar sesuatu mengenai budaya dan adat mereka. Aktiviti Bella sepanjang di sana selain daripada membeli belah, menyusuri sungai mekong adalah aktiviti paling popular di kalangan rakyat Malaysia untuk mencubanya. Korang kena hati - hati kerana banyak Tour di sana menyediakan makanan tidak halal. Pengusaha Hotel Saigon Pink 2 yang bagitahu. Kami ambil pakej di dalam Hotel Saigon saja. 

BELI APA DI HO CHO MINH VIETNAM




Nak beli apa dekat Ho Chi Minh??? Banyakkkkk... banyakkk... sangat. Terlalu banyak. Tinggal sediakan duitnya saja. Memang akan terbabas kecuali korang kuat semangat, tekad, semangat dan tahan godaan. Barulah korang tak akan terbeli. Semua murah dan amat berbaloi untuk dibeli. Kualiti pun boleh tahan. Macam - macam Bella beli. Tapi tak sebanyak dan sehabis masa di Bandung. Sebab kali ini kami tidak memborong baju. Bagi pandangan dan pendapat Bella, lebih baik baju beli saja di Malaysia. Sebab, pakaian di Malaysia sesuai dengan cuaca dan keadaan kita di sini. 

Setakat ini dulu perkongsiaan Bella dan Tips Penting Sebelum Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh nanti Bella kongsikan pula itenarary Bella di Ho Chi Minh, Penginapan Hotal Saigon Pink 2, apa yang Bella beli dan Aktiviti Bella sepanjang Bercuti Di Ho Chi Minh. 

Semoga Bermanfaat. 

2 comments:

  1. Bestnya ke Vietnam, syurga pakaian dan membeli belah

    ReplyDelete
  2. amboii... bila p vietnam ni.. senyap senyap jer

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari