PENGINAPAN MURAH HOTEL SAIGON PINK 2 DI HO CHI MINH

Bella memilih untuk menginap di Saigon Pink 2 , sebab ramai yang mencadangkan dan kata ia adalah hotel bajet paling terbaik dari segi l...

PENGINAPAN MURAH SAIGON PINK 2 DI HO CHI MINH

Bella memilih untuk menginap di Saigon Pink 2, sebab ramai yang mencadangkan dan kata ia adalah hotel bajet paling terbaik dari segi lokasinya dan murah. Bella yang pertama kali sampai Ho Chi Minh, terus booking bila baca ramai yang amat berpuas hati. Sepanjang Bella di Ho Chi Minh, Bella menginap di PENGINAPAN MURAH HOTEL SAIGON PINK 2 DI HO CHI MINH. Luaran saja, tapi dalam hotel memang susah nak jumpa ada yang bercerita. Jatuh "standard" lah nak bagitahu duduk di Hotel murah. Mungkin. Ramai yang macam tu, cerita pasal kehebatan dan keseronokkan semasa mereka bercuti saja. Ceritalah betul - betul. Bagi yang cerita dengan selengkapnya dan seikhlasnya, Tahniah dan terima kasih Bella ucapkan. Eh2x jom sambung.


PENGINAPAN MURAH SAIGON PINK 2 DI HO CHI MINH ini,  memang sangat popular di kalangan orang Malaysia. Paling penting dan terbaik, lokasinya sangat berdekatan dengan pasar Ben then. Malam pula, sangat meriah dengan pasar malam dan peniaga - peniaga di kaki lima. Pejual kopi, jangan cakaplah. Berterabur! tinggal pilih mahukan peniaga wanita ataupun lelaki.


Hotel ini nampak saja kecil. Tetapi siap lengkap dengan lift. Kemudahan penimbang bag juga disediakan. Sangat memahami orang yang datang kesini semuanya untuk bershopping. Ada Komputer siap dengan wifi juga disediakan. Sangat berguna. Mungkin ada yang tidak sempat check in flight jadi ia amat memudahkan. Bella siap boleh baiki blog lagi bila diminta oleh pr untuk menambah ayat. Alhamdullilah. Dipermudahkan.


Didalam hotel dan diluar hotel penuh dengan orang Malaysia yang datang untuk membeli belah. HB yang peramah macam biasalah bersembang sakan dengan makcik - makcik yang menegur. Bella sibuk ambil gambar nak story mory kat korang inilah. Disebabkan bilik yang sentiasa penuh, kami keluar berjalan - jalan dulu. Yang tu Bella cerita nanti, Jom kita masuk bilik dulu. 


Sungguh klasik. Lampu malap. Bau sedikit kepam. Bagi Bella, ia mengundang sedikit ketakutan. Kami suami isteri saling berpandangan. Tidak berapa jelas apa yang terdapat dalam bilik ni.






Korang rasa ok ke tidak? Bella rasa macam nak minta tukar bilik. Sebab Bella rasa tak selesa. Bilik ini ada tingkap, tapi kalau buka, orang yang lalu lalang akan nampak. Bila buka tingkap bilik, terus menghala ke pintu lift. Jadi memang tak pernah buka. Bagi Bella, daripada 5 bintang, Bella bagi 2 bintang saja. Sebab? 

APA YANG KURANGNYA?
  • Bilik berbau.
  • Lantai melekit
  • Lantai bahagian depan tandas pecah abis
  • Tandas tersumbat
  • Tandas kurang memuaskan
  • Almari rosak
  • Lampu dalam bilik terlalu malap
  • Aircond bunyi bising.
APA YANG OK NYA? 


  • Tuala bersih.
  • Disediakan selipar.
  • Aircond berfungsi.
  • Katil bersih.
Terpulang pada korang, hendak menginap sini atau tidak. HB kata, xpelah tempat tidur je. Sebab setiap masa keluar shopping kan? Oklah. Tidur bawah ketiak suami jela. Jadi bau ketiak. Takdalah bau bilik. Hehe2x.

Semoga bermanfaat dan buatlah pilihan yang bijak.Selamat bercuti!!.

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Kalau bab menginap di hotel ni kita mesti kena make sure tandasnya berfungsi dengan baik kan. Kalau tak sukar juga nak menginap u, Ye lah, bila nak membuang tak best...hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.