8 SEBAB KENAPA BUFFET RAMADHAN GENO HOTEL TERBAIK DI SHAH ALAM

10 April

Bella berkesempatan merasai keenakkan Buffet Ramadhan yang akan dihidangkan sempena Ramadhan yang bakal tiba nanti di Geno Hotel. Masa dalam perjalanan, Bella tertanya - tanya dimana letaknya Geno Hotel ini? Bila sampai, Bella amat terkejut kerana Geno Hotel begitu gah dan cantik. Terus Bella rasa semakin tak sabar untuk masuk kedalam hotel dan mencuba hidangan apa yang menarik sempena ramadhan nanti. Lepas Bella dah rasa semuanya, haruslah Bella kongsiakan 8 SEBAB KENAPA BUFFET RAMADHAN GENO HOTEL TERBAIK DI SHAH ALAM.

1. HOTEL YANG BERSIH DENGAN PEKERJA YANG RAMAH 

Geno Hotel

geno hotel

Serious Bella cakap. Tempat makan paling penting kebersihan. Ia adalah sebab utama Bella akan makan disitu, selepas melihat keramahan tuan rumah. Masuk saja hotel ini, pekerja semua menyambut dengan senyuman. Welcome!!. Bella macam "Eh! cakap dengan Bella ke?" (dalam hati) Punyalah ceria dan ramah. Maklumla kita ni biasa - biasa saja. Bella berdiri saja ditepi hidangan, semuanya bertanya jika Bella perlukan bantuan. Memang terbaik. 
  • Tempat makan selesa. (Boleh pilih makan diluar atau dalam)
  • Kelengkapan makan seperti pinggan, mangkuk, sudu, dll dalam keadaan bersih dan teratur.
  • Sentiasa ada pekerja yang datang untuk mengambil pinggan yang kotor. 
  • Suasana dalam hotel cukup selesa. (tidak terlalu sejuk atau panas).
  • Kemudahan surau dan tandas yang berdekatan.
Apa lagi yang kita perlukan semasa makan? Semuanya ada di Geno Hotel. Bella seronok sangat dalam menghabiskan masa disini. Selesa macam tak nak balik.

2. PENCUCI MULUT YANG BERBAGAI JENIS DAN SEDAP !

buffet ramadhan sedap di shah alam

Dari jauh Bella dah nampak susunan "desert" yang amat menarik perhatian Bella. Kaki Bella laju terus menuju ke meja yang menempatkan susunan berbagai jenis pencuci mulut. Tu dia!!! punyalah banyak pencuci mulut yang disusun dan disediakan. Penuh satu meja. Eh, bukan satu meja tapi 3 meja. Ada menara pencuci mulut yang terdiri daripada kuih muih tempatan, puding dan juga kek yang telah dipotong kecil - kecil. Kuih tradisi kegemaran rakyat Malaysia pun turut tersedia dengan sangat comel dan menyelerakan. Apa yang Bella paling suka di bahagian Pencuci Mulut ini, dan Bella rasa korang juga mesti cuba :-
  • Apple Crumble.
  • Puding roti (Bread & Butter Pudding)
  • Kek coklat  
  • Carrot Cake
  • Kuih Gula Melaka
Walaupun banyak sangat kuih muih, kek, bubur, buah- buahan di bahagian pencuci mulut ini, ini saja yang Bella sempat rasa dan makan. Sedih. Sebab Bella ulang makan scramble apple tu. Sedap bebenor. Jadi, kalau korang datang, mesti cuba semua tau. Menyesal nanti kalau tak cuba.

3. HIDANGAN MELAYU TRADISI

makanan sedap di shah alam


hidangan terbaik berbuka puasa


masakan sedap berbuka

Tema kali ni adalah Melayu Tradisional. Jadi, makanan yang disediakan memang unik dan lain dari yang lain. Bella jarang sangat makan mana - mana hotel yang menyediakan hidangan ekor. Hidangan lainnya adalah seperti :-
  • Ekor masak asam pedas.
  • Telur itik masak lemak cili api.
  • Ikan keli masak.
  • Ikan tenggiri masak kari. 
  • Daging masak lemak cili api.
  • Kari Kambing.
Bella rasa hidangan ini pelik dan unik sebab Bella tak makan. Bella cuba makan ikan tenggiri masak kari dengan daging masak lemak saja. Tapi, paling "signature" disini adalah ekor masak asam pedas. Kawan Bella tambah banyak kali. Sedap sangat kot. Bella tak makan ekor. Jadi Bella susah nak terangkan secara terperinci rasanya. Korang kena datang cubalah yer.

4. SAMBAL BELACAN YANG POWER MENYENGAT

sambal belacan terbaik

Susunan batu lesung menarik betul - betul menarik perhatian. Apa tah lagi, bila melihat sambal yang terisi didalamnya. Sambal pula ada dalam berbagai variasi. Diantaranya :-

  • Sambal belacan.
  • Sambal kicap.
  • Budu. 
  • Cencaluk.
  • Sambal tempoyak.
Sambal belacan yang power menyengat ini buatkan Bella berselera untuk menambah nasi. Cukup sempurna bagi Bella, seekor ikan kembung bakar yang dicicah dengan segala sambal yang ada. Perfect!

8 SEBAB KENAPA BUFFET RAMADHAN GENO HOTEL TERBAIK DI SHAH ALAM

8 SEBAB KENAPA BUFFET RAMADHAN GENO HOTEL TERBAIK DI SHAH ALAM

Makan apa sambal ditambah pula dengan berbagai jenis ikan masin terlihat begitu "crispy" yang tinggal untuk digigit saja. Bella kalau dapat dua benda ni, memang makan tak tengok kiri kanan dah. Bertambah - tambah la makannya. Lauk kambing golek pun tolak tepi. 

5. MEE KARI SEDAP DAN PEKAT

mee kari terbaik di shah alam

mee kari sedap di shah alam

Bella makan nasi kurang, jadi Bella mencari makanan yang mengenyangkan yang lain. Nasib baik turut disediakan Roti john dan juga Mee Kari. Bella lebih tertarik untuk mencuba Mee Kari sebab Bella sukakan benda yang berkuah. Apatah lagi, yang .menjaga station ini mukanya macam Sufian Suhaimi. Ke Sufian Suhaimi buat part time sini? hahaha. Korang boleh pilih apa yang korang nak letak atau tak nak. Sayangnya takda kerang. Kalau ada kerang mesti lagi sedap dan terangkat kan? Bella suka apa - apa benda yang diletakkan kerang. Bila rasa, suapan pertama tu dah buat Bella rasa umpp! sedapnya. Kuahnya pekat, likat dan penuh rasa. Rasa macam air tangan mak. Betul - betul sedap. Bukannya cair atau sekadar tangkap muat je. Memang berbaloi untuk dicuba.

6. MASAKAN PANAS YANG DIBAKAR

ikan keli sedap, 8 SEBAB KENAPA BUFFET RAMADHAN GENO HOTEL TERBAIK DI SHAH ALAM

satay terbaik di shah alam

Dibahagian luar pula, kelihatan beberapa menu yang dibakar. Jika korang mahukan suasana sejuk dan nyaman sambil menikmati kesejukkan angin malam, bolehlah korang duduk dibahagian luar. Sedikit gelap ala - ala romantik sambil terkena angin malam. Menu yang dibakar diluar adalah seperti :-
  • Satay ayam dan daging.
  • Kambing bakar.
  • Ikan Kembung bakar.
  • Ikan Keli bakar
  • Ikan Pari bakar.
Bagi korang yang duduk didalam, jangan risau kerana semua menu yang dibakar ini akan dibawa masuk kedalam ruangan restaurant juga. Lainlah kalau korang jenis nak makan yang panas - panas membara tu kan. Siap bakar je, korang terus makan. Sebab bila diletakkan kedalam, makanan yang dibakar ini akan lebih cepat sejuk terkena aircond. Setiap makanan yang dibakar ini juga disediakan air asam dan sos masing - masing. Memang terangkat dan sedap!.

7. MENIKMATI KEHANGATAN SUP 

sup ekor sedap, sup ekor terbaik

8 SEBAB KENAPA BUFFET RAMADHAN GENO HOTEL TERBAIK DI SHAH ALAM

Bella peminat sup, jadi haruslah Bella tekankan kenikmatan menghirup sup panas - panas disini. Walaupun terdapat hanya dua jenis sup iaitu :-

  • Sup Ekor.
  • Sup Ayam.
Bella dah berpuas hati dengan kesedapan dan rasa yang dihidangkan. Rasanya memang lain dari yang kita masak sendiri dekat rumah. Nak kata pekat, tak pekat. Nak kata cair pun takdalah cair sangat. Paling tepat cukup rasa. Bella lepas saja habis makan, terus Bella menghirup ke dua - dua sup ini. Puas.

8. HARGA YANG BERPATUTAN

8 SEBAB KENAPA BUFFET RAMADHAN GENO HOTEL TERBAIK DI SHAH ALAM

Betul!! Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Kalau korang nak lagi berbaloi, korang kena menempah sekarang!. Tengoklah. Hanya RM88 korang dapat makan semua yang Bella dah rasa diatas. Paling korang kena tahu, banyak lagi menu yang Bella tak sempat tulis atau rasa, korang kena pergi dan rasa sendiri. Dijamin puas hati!

Harga Buffet Ramadhan di Geno Hotel 2018:

Dewasa: RM110 bersih (seorang)
Kanak-kanak (5-10 tahun): RM55 bersih (seorang)
Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma.
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM71.50 bersih (seorang)

Tawaran Pembelian Awal Baucar ‘Early Bird’ (15 Mac – 30 April 2018):

Dewasa: RM88 bersih (seorang)
Kanak-kanak: RM44 bersih (seorang)
Warga Emas: RM 57.20 bersih (seorang)

Maklumat lanjut :-

GENO HOTEL
Alamat: Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas
47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Laman Web: Geno Hotel
Facebook: Geno Hotel
Instagram: Geno Hotel
Email: info@genohotel.com
Telefon: +603 5033 6666
Faks: +603 5033 6677

Mesti Cuba.

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Sedapnye sedapnye sedapnyeeeeeeeeee....

    Harap dpt peluang makan siNi berBuke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belilah cepat. Harga tengah murah tu.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY