10 HIDANGAN YANG MESTI DICUBA DI ARMADA PETALING JAYA

Bella masih teringat lagi, masa itu Bella baru saja kerja. HB tiba - tiba teringin nak makan buffet ramadhan. Kebetulan Bella kerja di Peta...

Bella masih teringat lagi, masa itu Bella baru saja kerja. HB tiba - tiba teringin nak makan buffet ramadhan. Kebetulan Bella kerja di Petaling Jaya. Bulan puasa kebanyakkan tempat banyak yang penuh tapi HB memilih untuk makan di Armada Hotel Petaling Jaya. Amboi sangat kan, mentang - mentang orang nak belanja. Tapi masa tu gaji pun basic saja, rasa macam harga buffet tu ya ampun!! mahalnya. Bella macam alamak!! dah janji nak belanja kan? Redha jela, tapi masa tu memang puas hati dengan layanan dan hidangan yang dihidangkan. Pada tahun ini lebih murah rezeki bila Hotel Armada menjemput untuk merasai terlebih dahulu Buffet Ramadahan yang bakal dihidangkan. Jadi, Bella nak highlight kan 10 HIDANGAN YANG MESTI DICUBA DI ARMADA PETALING JAYA.


10 HIDANGAN YANG MESTI DICUBA DI ARMADA PETALING JAYA

RAMADHAN BUFFET CITARASA KAMPUNG 2018 DI UTARA COFFEE HOUSE

Bella  dijemput untuk merasai buffet ramadhan di Armada Hotel Petaling Jaya ini yang bertemakan Citarasa Kampung di Utara Coffee House. Hotel yang lengkap dan terletak di tepi jalan. Senang sangat kami dapatkan tempat untuk meletakkan kenderaan kami. Masuk ke dalam berdekatan penyambut tetamu tepi tu saja Utara Coffee House.

10 HIDANGAN YANG MESTI DICUBA DI ARMADA PETALING JAYA

Cantiknya Utara Coffee House ni. Bella di minta untuk duduk dimana saja yang Bella suka sementara hidangan sedang disiapkan. Banyaknya makanan dan sedap - sedap nampaknya. Perut terus berbunyi minta diisi. Huhuhu. Terus rasa lapar bila tengok hidangan yang disusun indah dan menarik perhatian. Bau sedap lagilah. Jom Bella kongsikan menu apa yang sampai sekarang Bella masih teringat - ingat tau.

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

sidut sedut masak lemak cili api, resepi masak lemak cili api, armada hotel

Siput sedut masak lemak cili api ni memang makanan pertama yang Bella nak rasa sangat sebab siput sedut masak lemak cili susah nak dapat bila di KL. Kalau jumpa pun kuahnya ya ampun. Macam air. Santan langsung tak rasa. Macam masak nak tak nak je. Tapi dekat sini rasanya memang cukup ummppp!! satu meja berlawan menyedut. Semua bertambah - tambah. Bayangkan kesedapan siput sedut masak lemak cili api Armada Hotel PJ ini. Memang cukup rasa. Rasa manis santannya dan kesegaran siput sedutnya memang sukar dilupakan.

KETAM MASAK BERLADA

ketam masak berlada, ketam sedap, armada hotel PJ


Ketam masak berlada menu kedua yang Bella rasa amat menepati citarasa tekak Bella. Sedap!! Walaupun ketam yang digunakan bersaiz biasa, tapi kemanisan ketam itu meresap masuk kedalam sambal yang menyaluti setiap ketam ini. Sambalnya cukup sempurna. Rasa manisnya, pedasnya dan masinnya memang menwujudkan keseimbangan rasa yang sempurna. Bila orang tanya dengan Bella apa yang wajib dirasa bila makan di Armada Hotel PJ ini mestilah ketam masak berlada ini! Yummy sungguh!

SUP TULANG RUSUK



Masakkan sup adalah masakan kegemaran Bella! Hirup panas - panas makan macam itu saja pun memang rasa puas. Kepanasan sup tu buat Bella rasa wah! dan segar. Sup tulang rusuk di Armada Hotel ini pula sentiasa dipanaskan. Dagingnya cukup empuk dengan rasa rempah ratus turut dirasai semasa menghayati keempukkan daging ini. Jarang Bella rasa daging yang empuk tapi keadaan daging tu, tidak hancur. Kesegaran rasa daging tetap dirasai walaupun sentiasa dipanaskan. Satu mangkuk Bella hirup seorang saja. Memang sedap. 

SAMBAL HIJAU TERUNG PIPIT DENGAN BELACAN

buffet ramadhan paling sedap di petaling jaya


Sambal hijau terung pipit dengan belacan ini HB yang mula rasa dulu. Dia yang ambil dan suruh Bella rasa. Muka serious kata sedap! Bella baru toleh nak rasa sikit dekat pinggan dia tengok dah licin. HB memang suka ulam - ulaman dan sayur pahit - pahit macam ni. Bella pun ambil sedikit untuk rasa. Apa yang terbaiknya, rasa belacan tidak terlalu naik. Jadi masakkan ini tidaklah berbau busuk belacan. Kalau tak tengok nama masakan ini, Bella memang takkan tahu ada belacan dalamnya. Setiap kali menguyah ikan bilis pasti kita akan tergigit sekali terung pipit. Jadi, kepahitan terung pipit ini, terus diselamatkan dengan kemanisan dari sambal ikan bilis. Memang terangkat kalau makan dengan nasi putih. 


MASAKKAN KAWAH EKOR LEMBU MASAK ASAM PEDAS


buffet ramadhan terbaik di petaling jaya

Bella sebenarnya tak makan sangat daging lembu. Apa tah lagi ekor lembu. Waduh.. nampak saja menu ini Bella terus skip. Masa Bella dah rasa semua. Puas menyedut siput sedut Bella asyik terdengar deretan meja sebelah menyebelah menyatakan yang asam pedas hidangan yang paling sedap dan mereka paling suka. Bella macam "Eh, ada ke menu asam pedas?" Bila Bella tengok balik rupanya Ekor lembu masak asam pedas. Alamak!! ekor pula. Bella pun ambil sedikit saja dan kuah sedikit. Bila rasa, serious!! memang sedap dan terangkat. Takda langsung rasa hanyir. Rasa unik ekor tu, buatkan rasa asam pedas ini lain dari yang lain. Memang penuh ummphhh!!

DAGING KICAP BEREMPAH

bffet ramdhan sedap pj

Daging kicap berempah mempunyai rasa manis yang unik. Siapa je yang tak suka makan kicap kan? Nasi putih panas, goreng telur, letak kicap kadang kala buatkan kita bertambah - tambah makan nasi kan? Inikan pula masakkan berkicap dengan rempah tambahan. Memang lagi terangkat la.

IKAN BAWAL MASAK TERUTUP

ikan bawa masak terutup, ramadhan buffet


Ikan bawal masak terutup ini mengenegahkan rasa ikan bawal goreng yang disaluti sambal yang seakan - akan sos. Rasa sambalnya tidak terlalu pedas tapi cukup rasa. Rasa bawal goreng memang memikat. Kekenyalan ikan bawal goreng masih dapat dirasai walaupun telah bersalut dengan sambal. Rasa nak minta resepi je. Mesti bangga bila dapat masak macam ni untuk mak mentua kan? 


SERAWA DURIAN DENGAN PULUT

SERAWA DURIAN, PULUT

Serawa durian di Armada Hotel ini memang sangat - sangat lazat. Langsung tak kedekut durian. Walaupun biji duriaannya tidak kelihatan, tapi rasa dan kepekatan duriannya memang memenuhi mulut setiap kali makan. Bila nampak saja pulut dan serawa durian ini, Bella terus rasa nak melompat. Sebab ia adalah makanan kegemaran dan  paling diminati HB. Bila HB seronok kita pun jadi seronoklah. Penat dia jadi jurukamera kan? Serawa durian ini HB makan masa sampai dan masa nak balik. 2 mangkuk dia seorang saja. Memang sedap. Masa nak cerita dekat korang ini pun, banyak kali telan air liur. 

LAKSA THAILAND

LAKSA THAILAND


Menampilkan kelainan dengan menghidangkan laksa thailand. Wah!! Lain sungguh!! Kuahnya seakan - akan diletakkan santan dan susu. Tapi sedap. Memang sangat lain dengan laksa penang ataupun laksam. Semangkuk nak makan kongsi dua orang memang tak cukup. Sebab sedap!


MAKLUMAT LANJUT 




Ini adalah menu - menu yang Bella rasa sebab utama kenapa korang kena datang ke sini masa Ramdhan nanti. Bella pun rasa nak tempah awal khas untuk ramadhan nanti. Sedap. Memang puas hati. Maklumat lanjut :-


14 May 2018 - 14 June 2018 bertemakan citarasa kampung, RM88 dewasa dan RM45 kanak - kanak.

Reservation :- 03 7954 6888 ext 4557

Korang kalau tempah lebih awal dan banyak akan dapat FREE voucher tau. Apa tunggu lagi? Cepat - cepat tempah ok. Salam.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Siput sedut dengan ketam tu nampak mengancam sangat.. Kikiki..

    ReplyDelete
  2. yuhuuu... semua nampak sedap, akak suka sup tu...

    ReplyDelete
  3. wahh sedapnya tgk hidaganm dekat armada hotel nie

    ReplyDelete
  4. huwaaa..sdapnya makanan2 tu..:)

    ReplyDelete
  5. Saya suka dengan menu ketam masak berladang,,wuih mantaap..

    ReplyDelete
  6. Armada hotel dkt dah dgn tempat kita i tu bella... Ada maasa boleh try... Tq for the review!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.