Tudung NELYZ COUTURE Pilihan Heliza Helmi

Bella berkesempatan bersama - sama meraikan detik - detik bersejarah pembukaan NELYZ COUTURE yang menampilkan pakaian muslimah yang elege...

Bella berkesempatan bersama - sama meraikan detik - detik bersejarah pembukaan NELYZ COUTURE yang menampilkan pakaian muslimah yang elegen dan sangat cantik tetapi tetap mengikut syarak dalam menutup aurat. Bella amat tertarik dengan corak dan gaya tudung disini. Rupanya bukan Bella saja yang suka dengan gaya dan material kain disini, Heliza Helmi yang comel tu pun sangat suka. Baju dan Tudung NELYZ COUTURE pilihan Heliza Helmi.

pakaian muslimah
                                   
Pada hari pembukaan butik NELYZ COUTURE ni, banyak sangat2x tawaran yang diberikan. Korang tau tak pasal promotion ni? Kalau x tau, kena la rerajin follow IG Bella. @bella_idura. Bella selalu shout out kan benda-benda penting terutamanya pasal sale, shopping, kecantikkan dan macam-macam lagi lah.  Eh ter promote ig sendiri plak. Hehehehe... Sebab pada pembukaan aritu, seperti ramai tak tau. Rugila korang. Sale gegila tau. Ada Heliza Helmi lagi datang. Rugi sangat korang.

tudung murah, tudung bergaya

Tudung kosong yang cute dengan manik diatasnya ni, memang lain dari yang lain tau. Nampak macam  biasa kan? tapi bila pakai cantik giler... korang kena pegang rasa dan pakai kat kepala, baru tau apa makna kecantikkan tudung ni. Nanti Bella beli satu tunjuk kat korang tau.

shawl comel

Ini antara tudung instant shawl yang sangat2x menarik perhatiaan Bella. Bella habiskan banyak masa kat ruangan ini. Tudung ini dijahit dari jenis kain yang lembut dan terbentuk cantik bila memakainya. Nampak x tudung kuning hitam tu? Tudung tu lah, Heliza Helmi pakai masa datang. comel sangat.Jom Bella payung tudung apa yang Bella beli.


Nelyz CoutureHaaaa.. jangan cakap akak x payung. Hehehe.Dua2 corak tudung ni amat menarik perhatian Bella. Sebenarnya Bella x berapa nak suka corak harimau. Tapi warna tudung ni lain dari yang lain. Kombinasi warna tudung ni, amat menarik minat. Sebelah kanan tu, cantik kan? Corak bebunga ni paling pening nak pilih. Semua cantik2x macm nak pengsan bila tengok.Rasa nak borong je semua. Siapa yang nak datang, cepat2x la kesini. Bukan biasa-biasa. Cantik!!

                                    
Jubah cantik, Jubah murah

Ini antara jubah-jubah yang terdapat di sini.Cantik kan? Paling terbaik sangat menepati ciri-ciri muslimah tau. Tengok lengan tu ada zip yang boleh dibuka untuk memudahkan, si pemakai mengambil air wudhuk. The best thing, bila zip tu dibuka, tak nampak lengan tau. Dah siap sedia inner didalamnya.WOW!!! terbaik. Betul2x sesuai buat muslimah kan? Apa yang lagi best, jubah ni sesuai untuk ibu yang nak menyusukan anaknya. Terdapat zip khas dijubah ini. Boleh menyusukan anak sambil kekal cantik menawan. 

                            
Sarung tangan pun ada.Ada yang plain, berwarna -warni, bercorak dan berkilat-kilat. Pilih saja yang berkenan dihati ya. Kerongsang dan pin tudung berbagai jenis pun ada tau.


Perkenalkan, inilah owner butik NELYZ COUTURE. Manis dan baik orangnya. Tahniah Puan Ellyna. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan business semakin lama semakin maju. Aaminn...Tahniah sekali lagi kerana membuatkan lebih ramai wanita teruja untuk memakai pakaian mengikut cara islam. Baik niat tu yer.. Heliza Helmi pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Peramah, baik dan merendah diri. Untung sapa yang dapat yer... 

Butik murah

Semoga korang dapat la yer, gambaran apa yang dijual disini dan apa yang terbaik kat sini untuk korang beli. Kalau korang rasa macam nak beli tapi jauh, senang saja boleh beli online. Jangan risau sebab baju dan jubah ada dari size XS sehingga XXL. Tudung shawl tu dorang dan jahit dibawah dagu. Ok, ini detail NELYZ COUTURE



IG             : @nelyz_couture


Address   :  Nelyz Couture, 36-G, Jalan PJU 5/21, The Strand Damansara, 47810 Kota Damansara,PJ.

Phone       : 014 9622600


Selamat ber Shopping semua... Tak rugi. Percayaaa laaa....

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Nasib akak tak pitam masuk sini, Bella. Pastu akak beli shawl yg sama ngan Bella. Yg pink hijau tu. Mmg berkenan sgt nmpaknya. Rambng mata aih..

    ReplyDelete
  2. done follow #457.. cantik sgt design fashion sekarang :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.