Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Raya tahun ini memang ramai sungguh yang buat rumah terbuka hujung Syawal. Awal - awal Syawal tu senyap saja. Sampai Bella terfikir teruk s...

Raya tahun ini memang ramai sungguh yang buat rumah terbuka hujung Syawal. Awal - awal Syawal tu senyap saja. Sampai Bella terfikir teruk sungguh ekonomi tahun ni. Rupanya semua berebut - rebut nak buat hujung - hujung Syawal. Minggu terakhir bulan Syawal tu, 7 buah rumah yang ajak datang makan rumah terbuka dorang. Bella pernah pergi Rumah terbuka paling banyak 8 buah rumah. Itu pun tak menyembang. Sekarang ini dari pagi keluar rumah sampai malam, 5 buah rumah saja mampu pergi. Itupun satu buah rumah kami hanya mampu minum saja. Terlalu kenyang. Ini termasuklah Gamuda Land yang mengajak Bella raya bersama. RAYA BERSAMA GAMUDA LAND DI KUNDANG ESTATES. Memandangkan dah dekat dengan rumah Bella, apa salahnya Bella pergi. Makan percuma tu. 

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Rupanya ia bukanlah makan semata - mata. Gamuda Land turut mempertontonkan unit baru yang akan dibina dan dinamakan Kundang Estates. Menarik! Ada pelbagai jenis rumah dengan keluasan rumah kediaman idaman. Model mini rumahnya saja dah buat Bella teruja. Tak sabar nak tengok rumah contoh yang telah dihias indah. Majlis bermula seawal 3 petang.

PERSEMBAHAN PEMBUKAAN RAYA BERSAMA GAMUDA LAND 

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Kami disajikan dengan pukulan gendang sebagai mengalu - alukan kedatangan kami. Lama dah tak nampak alat tradisional sebegini kan? Kami diingatkan untuk kembali ke hadapan pentas untuk menyaksikan persembahan istimewa dari Cik Manggis. Wow!!! Bella minat tengok dia menari. Tapi itu pukul 5 petang nanti. Jadi berbaki 2 jam ini, jom kita pergi tengok rumah contoh.

 CITRON HOMES KUNDANG ESTATES

GAMUDA LAND, KUNDANG ESTATES

GAMUDA LAND, KUNDANG ESTATES

idea deco, idea deco bilik tidur, bilik tidur cantik

GAMUDA LAND, KUNDANG ESTATES

idea deco bilik tidur, bilik tidur cantik

Rumah kediaman pertama yang Bella pergi adalah Citron Homes. Ia adalah rumah yang paling besar dalam Kundang Estates. Ia adalah rumah jenis double storey link home 2434 sq.ft. Terdiri daripada 4 bilik tidur, 4 bilik mandi dan dapur kering dan juga dapur basah. Hiasan dalaman yang simple dan nampak sangat moden. Bella sangat - sangat tertarik dengan ruangan dapur yang turut mempunyai sedikit ruang atau tanah kosong. Bolehlah nak tanam serai atau kunyit. Memang cantik. Sangat menjadi idaman Bella.

VALERIAN HOMES KUNDANG ESTATES

deco cantik, deco ruang tamu, ruang tamu moden

meja makan cantik, idea deco

deco ruang belajar, ruang kosong deco

idea deco bilik tidur, idea cantik

Velerian Homes tidak kurang hebatnya. Keluasan 2009 sq.ft tidak menampakan rumah ini terlalu sempit atau merimaskan. Just nice. Kretiviti menghias rumah ini dengan perabot yang tidak begitu sarat menampakan Velerian Homes ini seakan - akan sama besar dengan Citron Homes. Sangat mempersonakan dan setiap kali melangkah masuk ke dalam velerian homes ini akan membuatkan kita teruja dengan idea yang dipertontonkan. Cantik, sangat cantik. Ruangan kosong dimanfaatkan sepenuhnya dan memberikan kita pelbagai idea dan cara untuk menghias rumah dengan cara yang terbaik dan menjimatkan ruang. Cukup lengkap dan selesa. 

PERSEMBAHAN HEBAT DARI CIK MANGGIS DE FARM 

cik manggis, kumpulan de farm, de farm, persembahan

Acara kemuncak yang ditunggu - tunggu adalah persembahan daripada Cik Manggis dari kumpulan De Farm. Cik Manggis menyanyikan 3 buah lagu dan salah satunya lagu raya. Budak - budak pun berjoget dengar Cik Manggis nyanyi. Cuaca yang terlalu terik menyebabkan ramai yang dengar di tempat yang redup sahaja. Depan pentas penuh dengan kamera sajalah. Bella pula, lali dengar sambil rakam live dekat FB sampai gambar Cik Manggis perform takda. Korang bolehlah tengok video persembahan Cik Manggis di FB Bella. Power suara dia. Kalau dia menari mahu Bella join. Sebab dia menari pun sangat hebat. Bella ikuti perkembangan dia dekat IG. Manis orangnya.

MAKAN - MAKAN TIME!! 

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Habis saja persembahan, kami dihidangkan dengan makanan yang lazat. Memandangkan ia masih dalam mood raya, masih dalam bulan Syawal. Jadi hidangan turut dalam menyajikan makanan hari raya. Aiskrim juga dihidangkan. Berseronoklah budak - budak. Bella makan aiskrim saja sebab cuaca terlalu panas sehingga selera makan Bella pun hilang. Tapi HB memang seronok makan dan mencuba semua makanan yang dihidangkan. Sedap katanya.

AKTIVITI KELUARGA YANG MENYERONOKKAN

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Perut kenyang suka hati. Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan keluarga. Perut dah kenyang tenaga pun banyaklah kan? Walaupun aktiviti yang dijalankan tidak perlu keluar peluh pun. Tapi ramai yang malu dan lari bila diajak naik ke pentas untuk bersama - sama main permainan yang mudah ni. Main saja. Semua akan dapat hadiah. Keluarga yang sporting mengambil bahagian. Rugi siapa yang malu - malu nak ambil bahagian. Semua yang masuk dapat hadiah tau. Permainan pun senang sangat. Teka saja apa yang diberikan. Teka barang sambil tutup mata. Semua dapat jawab. Lain kali korang join je. Jangan malu - malu. 

CABUTAN BERTUAH

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Hadiah untuk cabutan bertuah sangat banyak. Bermula dari awal acara dimulakan, cabutan bertuah telah diberikan separuh kepada yang hadir. Petang ada separuh lagi. Bella sangat tidak sangka, Bella diantara yang bertuah pada hari tu. Seronoknya. Tidak sia - sia Bella datang. Seronok sangat. No bertuah Bella 11. Bella pilih sempena dengan hari jadi Bella 11 March. Bertuah sungguh rasanya. Terima kasih Gamuda Land.

ANISE HOME KUNDANG ESTATES

rumah baru murah, rumah cantik

rumah baru cantik, kundang, rawang, rumah contoh, gamuda land

rumah baru cantik, kundang, rawang, rumah contoh, gamuda land

rumah baru cantik, kundang, rawang, rumah contoh, gamuda land

Tamatlah Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES untuk hari ini. Satu hari yang padat dan penuh dengan program yang menyeronokan. Bella mengambil kesempatan untuk melawat tapak kawasan. Dikatakan kawasan Anise Homes telah boleh didiami pada tahun hadapan. Rumah ini kosong saja. Tapi rumah ini adalah yang paling banyak terjual sebab harganya masih mampu milik untuk golongan yang baru pertama kali mahu membeli rumah. Dibina dengan keluasan 1733 sq ft. 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Kecil sikit saja dari Valerian Homes. Deco contoh yang menghiasi Valerian Homes juga boleh diaplikasikan di Anise Homes. Selesa. Dapat rumah macam ni pun sangat puas hati. 

MAKLUMAT LANJUT KUNDANG ESTATES GAMUDA LAND

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Mesti korang pun tertarik nak dapatkan satu unit kan? Gambar yang Bella tunjuk adalah secara rambang saja. Korang bolehlah pergi melawat sendiri rumah contoh di Kundang Estates.

Waze : Kundang Estates Sales Gallery
Contact No : 03 6034 2884
Address : Gamuda Land (Botanic) sdn bhd, Kundang Estates Sales Gallery, Lot 24680, Jalan Kudang- Tasik Puteri, Bandar Baru Kundang, Rawang, Selangor Darul Ehsan.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. woww cantik rumahnyaaa.. best nya bella dapat pergi event ginii😁

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.