KELEMBAPAN WAJAH SEMPURNA DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS

Lama dah Bella nak kongsikan sebenarnya mengenai rangkaiaan produk kecantikkan dari Althea Korea yang sibuk digosipkan sekarang ini. Semua...

Lama dah Bella nak kongsikan sebenarnya mengenai rangkaiaan produk kecantikkan dari Althea Korea yang sibuk digosipkan sekarang ini. Semua bergosip mengenai keberkesanannya dalam mengekalkan Kecantikkan dan KELEMBAPAN WAJAH SEMPURNA DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS. Bella pun tidak mahulah ketinggalan mencuba produk yang dikatakan terbaik dari Althea Korea ini.

3 ASAS MUDAH PENJAGAAN WAJAH 

tips kelembapan wajah

Hanya dengan 3 langkah asas yang mudah korang akan dapat mengekalkan kelembapan wajah dan mendapatkan kecantikkan kulit yang korang inginkan. Bukan itu sahaja, ia juga akan memberikan kesan berganda dengan mengekalkan kesihatan kulit dan juga mencerahkan kulit dalam masa yang sama. Hanya dengan 3 langkah yang tidak akan membebankan kulit muka dengan penjagaan yang bermacam ia akan membuatkan kulit wajah kita lebih berehat dan lebih mudah untuk dijaga. Barulah wajah kita akan dapat kulit yang bermaya dan berseri tanpa mekap yang tebal.

CONTOUR CLEANSER


pembersih muka terbaik

Ia sama saja seperti pencuci biasa. Sesuai untuk semua jenis kulit. Tapi apa yang sangat istimewa mengenai Contour Cleanser ini adalah ia bukan saja mencuci kulit wajah dengan kandungan utamanya iaitu ice plant, dalam masa yang sama ia membantu kita mendapatkan dan membentuk wajah menjadi V-Shape. Seriouslaaa.. ??? Ini buat Bella tak sabar - sabar nak cuba! Selain dari bahan utamanya ice plant yang berfungsi untuk menghidratkan dan mengurangkan kesan kemerahan pada kulit, terdapat juga didalamnya lemon myrtle yang kaya dengan vitamin c dan antioksidan untuk menguatkan kulit. Banyak sungguh kelebihannya kan? Harganya pula sangat murah dan berpatutan. Harga Contour Cleanser hanyalah RM23 sahaja. Murahkan?

PRIMER WATER

tips kelembapan wajah, cantik macam korea

Ia seakan - akan toner. Menggunakan snow lotus sebagai bahan asas yang penting dalam melicinkan  dan mencerahkan kulit. Selain daripada itu, patented dewdrop formulation yang terdapat didalam primer water ini akan bertindak sebagai pengecas semulajadi untuk memberikan kelembapan segera. Ia juga boleh digunakan sebelum memakai make up. Teksturnya tidak terlalu cair atau berminyak memang memudahkan kita untuk menyapunya dimuka. Jangan risau sebab ia cepat saja menyerap. Harga Primer Water pula hanyalah Rm43 sahaja. Owh! lupa. Ia juga mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu toner dan primer. Jadi tidak perlu mempunyai banyak produk penjagaan wajah. Mudah sangat kan?

FIXER CREAM


penjagaan wajah gadis korea

Ia berfungsi sebagai krim wajah yang kaya dengan aktioksidan. Menggunakan bahan utama trehalose, wild green tea dan baobab tree extract. Wild green tea berfungsi untuk meningkatkan kolagen dan antioksidan. Bella rasa ia diformulasikan dengan begitu baik kerana tiada langsung kesan berminyak pada muka selepas memakainya. Ia juga cepat menyerap dan memberikan penghidratan kepada kulit selama 24jam. Ramai kawan Bella kata, perubahan positif dengan penggunaan fixer cream yang berterusan kulit terasa semakin lembut dan lembab! Korang tak nak ke? Harganya pula hanyalah Rm50.

CARA MENDAPATKAN KELEMBAPAN WAJAH SEMPURNA DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS



Gunakan Contour Cleanser terlebih dahulu sebagai pencuci muka setiap pagi dan sebelum tidur. Ia bertindak mencuci dan menyegarkan wajah. 


Selepas muka dicuci bersih tanpa meninggalkan sisa kotoran mekap, gunakan pula PRIMER WATER yang bertindak mencuci jauh lagi kedalam memastikan tiada kotoran yang tertinggal atau melekat. 


Sapukan FIXER CREAM sebagai langkah terakhir untuk mendapatkan kelembapan wajah sempurna dengan Althea Bare Essentials. Mudah dan amat diyakini keberkesanannya.

MAKLUMAT LANJUT

FB : Althea
Instagram : @altheakorea

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Ramai dah org caap althea BE ni best. nk try nanti

    ReplyDelete
  2. Best kan hehehehe dah try and repeat order ❤

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.