Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

12 May

Assalamualaikum...warahmatullahhi..wabarakatuh...


Bella doakan semua yang baca blog Bella hari ini dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini ringkas sangat. Bella nak kongsikan Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap yang makan seketul tak kan cukup.  Resepi ini ringkas saja. Bella rasa ikut air tangan juga. Sebab Mak Su HB Bella buat lagi sedap walaupun menggunakan resepi yang sama. Ok jom tengok bahan - bahannya. Mana tahu ada dekat dapur korang kan? Bolehlah terus buat. 

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

Bahan - bahan yang diperlukan :-
  • 1 tongkol jagung yang disagat.
  • 4 cawan tepung gandum.
  • 1 gengam ikan bilis ditumbuk halus.
  • Segengam daun kucai.
  • 1 biji bawang holland.
  • 3 biji bawang merah. ( tak letak pun xpe)
  • Air panas suam mengikut adunan.
  • Sedikit garam dan perasa.

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

Masukkan tepung gandum yang telah diayak kedalam mangkuk. Masukkan jagung dan gaul sebati. Bella akan pastikan jagung sama banyak dengan tepung. Baru power. 

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

Masukkan pula bawang merah yang telah dihiris. Kacau rata dan masukkan pula hirisan bawang holland. Masukkan juga ikan bilis yang telah ditumbuk halus. Kacau rata. Masukkan sedikit garam dan perasa. 

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

Masukkan pula air secara perlahan - lahan sambil kacau. Bila aduan elok, tidak terlalu cair atau terlalu pekat, berhenti masukkan air. Boleh masukkan sedikit kunyit untuk memberi warna yang cantik kepada adunan. Masukkan daun kucai dan kacau. Panaskan minyak dan goreng. 

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

Taraaaaaa!!!!! dah siap untuk dihidangkan. Warna kunyit membuatkan cucur ini nampak lebih berseri dan menyelerakan. 

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

Ia memang ranggup dibahagian luar dan ambil lembut dibahagian dalam. Hidangkan bersama sos pilihan ataupun enak sungguh dimakan begitu saja. 

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis Sedap

Jemput minum petang. Minum dekat balkoni ni. Ada masa nyaman sangat sebab tiada gangguan bau. Ada masa, adui dilarang duduk diluar. Nanti kalau ada rezeki lebih kita cari rumah depan kolam renang. Ini bila duduk dengan jiran yang tak jaga kebersihan ni memang susah. Biarkan saja kucing dia membuang merata - rata. Bella sentiasa doakan jiran Bella ini sedar dan jaga kucing dia baik - baik. Kebersihankan tuntutan agama. Eh membebel plak. Nanti bila Bella dah tukarkan balkoni Bella ni jadi taman, Bella buat satu post closed up ok. Sekarang ni kosongkan dulu. Sebab bila malam kucing selalu buat projek dekat sini. Hmmmm... hujung minggu mencuci jelah kerja kita. Eh termembebel sekali lagi.  okla.. 


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba resepi yang ringkas ini.

You Might Also Like

4 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY