Kaya Cepat Dengan Melabur Saham - ASRI AHMAD ACADEMY

Siapa tak nak kaya wei ? Bella yakin semua orang yang merasakan diri mereka atau seseorang itu berjaya dengan banyaknya harta terkumpul. Ta...

Siapa tak nak kaya wei? Bella yakin semua orang yang merasakan diri mereka atau seseorang itu berjaya dengan banyaknya harta terkumpul. Tak yah cakap berlapik atau hipokrit. Korang tak pandang semua tu, kalau tak, mana mungkin korang sanggup kerja siang malam untuk nak gaji dan duit lebih kan? Duit. Bella pun mengaku. Bella nak banyak duit. Kalau jadi kaya terus lagi bagus. Bella nak Travel around the world sambil duit bekerja untuk Bella. Mungkin impian kita tak sama. Tapi, untuk mengapai impian tu, perlukan DUIT.  Ramai yang malas, tapi nak Kaya. Sebab itu yang masuk program MLM tu kan? Baik korang belajar Kaya Cepat Dengan Melabur Saham. Penting!! kena baca sampai habis. Baca pun malas, macam mana nak kaya? :)

BERANI MELABUR DAN MELEBUR

belajar melabur


Jujur Bella cakap, sangat teruja bila Ujang ajak Bella dengan HB join program ini. Sebab itu Bella suruh korang baca sampai habis. Takut baru baca pengenalan korang terus laburkan duit yang korang ada. Kang melebur sebab takda ilmu. Bella nak kongsikan ilmu yang penting - penting ni. Sangat penting lepas tu korang carilah guru yang betul macam Haji Mohd Asri ni. Melabur dalam saham ni, bukan tidak ada risiko tau. Memang ada. Jadi korang yang nak melabur ni, kena berani juga untuk duit korang tu hangus melebur. Jika ada ilmu, duit yang dapat balik lagi banyak dari yang melebur. InShaALLAH. Bella doakan untuk semua.


MELABUR SECARA PATUH SYARIAH

belajar main saham

Pagi tu, kelas bermula seawal jam 8. Ramai sungguh orang, Majlis ilmu ini nampak betul - betul meriah dengan kedatangan penuh orang yang mencari ilmu saham ni. Bella rasa. Rata - rata dah pernah melabur saham atau ada ilmu mengenai saham. Bukan macam Bella yang datang kosong ni. Memang padat otak nak sumbat semua. Paling penting, walaupun ia adalah seminar dan sebuah majlis ilmu yang sepatutnya membosankan, tapi seminar Berani Melabur ini, meriah sangat. Langsung tak rasa mengantuk dan Bella nak tahu lagi dan lagi. Teruja sangat dengan pengisian yang diberikan dari Haji Asri dan tetamu jemputan. 

cara melabur yang betul


Bella memang tengah bersemangat nak cari duit lebih ni. Paling penting nak gandakan duit dengan cara paling malas. Tidak perlu cari orang, tak perlu jual barang. Ok sangat. Paling penting Halal. Syarat utama tu untuk dapatkan keberkatan duit kita. Apa yang Haji Asri kongsikan Melabur Saham adalah memilih platform pelaburan yang patuh syariah. Apa yang Bella faham. Pelaburan yang patuh syariah adalah :-
  • Dalam Bursa Saham, ada 686 syarikat yang patuh syariah. Jadi, silalah pilih.
  • Kita kena tahu apa syarikat itu meniaga. Barang apa, perkhidmatan apa.
  • FOREX HARAM 
  • BITCOIN HARAM
  • Melabur sebab ikut orang, main letak je duit. Haram. Jadi macam berjudi.
  • Pelaburan yang menjanjikan keuntungan Haram. (MLM) 
Bella gunakan bahasa yang korang mudah faham lah ye. Takut bila Bella guna perkataan Riba, Gharar, Maysir lagi susah korang nak faham kan? Pelaburan yang perdagagkan RM dgn RM automatic jadi HARAM.

KENAPA TAKUT MELABUR? 

cara melabur yang betul

Banyak sangat - sangat ilmu yang Bella dapat, sampai Bella tak tahu yang mana satu patut Bella kongsikan terlebih dahulu. Bella tertarik untuk kongsikan Kenapa ramai orang takut melabur? termasuklah Bella. Kiranya ini adalah alasan - alasan yang kita sendiri cipta untuk menghalang diri kita sendiri daripada berjaya dalam dunia pelaburan ini. Apa agaknya alasan dalam kepala korang sekarang ini?

TAKUT MASUK KE DALAM DUNIA PELABURAN

TIPS MELABUR

Ramai yang takut masuk ke dalam dunia pelaburan diatas sebab yang dicipta minda sendiri.  Salah satunya mungkin takut kena tipu. Takut rugi. Akademi lain Bella tak tahu, tapi macam AAA (Asri Ahmad Academy) duit korang, korang yang jaga. Korang yang akan laburkan sendiri. Untung korang boleh makan sorang - sorang, rugi pun korang tangung sendiri. Takda siapa nak marah dan tiada orang perantaraan. Semuanya korang yang uruskan sendiri. Koranglah BOSS, koranglah kuli. Tidak siapa pun nak marah. Senangkan? Jadi, apa lagi yang korang takutkan? Meniaga mana yang tidak rugi. Sebab melabur saham juga seperti kita berniaga. Ada turun dan naiknya. 

TIADA MODAL UNTUK MELABUR

1001 KESALAHAN DALAM MELABUR

Ramai yang katanya melabur ini hanya untuk orang kaya. Orang yang banyak duit. Orang yang biasa - biasa macam kita ni, tiada modal untuk melabur. Melabur perlukan banyak duit! Sebenarnya salah tau. Dulu, minimum untuk beli saham adalah 1000 unit saham. Bermakna, jika saham itu bernilai RM1 maknanya korang kena sediakan atau kena ada modal RM1000 untuk membeli saham. Tapi sekarang sejak tahun 2003, minimum yang perlu beli adalah 100 unit saham saja. Maknanya kalau harga saham satu unit bernilai RM1, kita hanya perlukan RM100!! Perlu kaya ke? Tak kan? 

Paling penting!! paling perlu diingatkan, duit untuk melabur saham ini perlulah daripada duit lebihan. Duit simpanan korang yang tidak terusik atau memang saja simpanlah. Terlebih yang ada setiap bulan. Bukan dari pinjam kawan, duit barang dapur, duit susu anak. Jangan ye. Perlu dari duit lebihan. Korang simpanlah sikit - sikit. Setiap bulan sampai RM100, mana tahu dengan keberkatan duit tu beranak pinak jadi RM1000. InshaALLAH. 

TIADA MASA LAH NAK JAGA TURUN NAIK SAHAM

cara main saham

Alasan paling famous, tiada masa nak jaga saham. Kalau korang nak tahu, dari AAA ini ada seorang yang masih bekerja sebagai jurutera yang paling mahir dalam mengandakan duit dia, dan ada seorang doktor yang masih lagi bekerja sebagai doktor aktif dalam bermain saham. Saham ini ada berbagai kategori dan jenis yang boleh korang pilih bersesuaian dengan diri dan situasi korang. Sebenarnya korang tak payah jaga pun. Sebab unit saham yang korang beli tu, dah ada CEO dia sendiri. Dorang pun tak kan nak bagi saham dorang jatuh kan? Ada cara dia macam mana nak uruskan masa korang bila terjebak dalam bermain saham ni. Nak tahu kenalah belajar. Jangan main hentam je. Rugi kena tangung sendiri ni.

MELABUR SAHAM SUSAH

cara bermain saham dengan betul

Memang susah pun. Jujur Bella cakap. Bella yang nak sangat melabur ni, tapi kosong. Otak suci giler mengenai saham ini. Bila pertama kali tengok graft ni, MashaALLAH. Macam mana nak tahu naik turun ni? Sebab itu KENA BELAJAR!! Macam mula - mula belajar berjalan masa kecil - kecil. Mula - mula jatuh banyak kali dulu kan? lepas tu pandai berjalan dan terus pandai berlari. Ha! Macam itu jugalah kita hendak melabur saham. Risiko rugi memang ada. Tapi kena belajarlah. Cari guru yang betul.

SENANGNYA MELABUR SAHAM 

cara melabur saham

Terjawab tak semua alasan korang tu? Tiba - tiba terasa senang pula nak melabur saham ni. Rasa nak  labur sekarang juga. Tapi langkah pertama, haruslah ada akaun CDS dulu. Jadi, untuk korang yang  :-
  • Mahu menjana pendapatan pasif.
  • Zero mengenai saham.
  • Mempunyai pelbagai alasan seperti diatas. 
  • Ingin belajar mengenai formula 7-RM bagi pemilihan saham.
  • Inginkan kebebasan kewangan dan masa.
Marilah beramai - ramai kita belajar cara Kaya Cepat Dengan Melabur Saham di ASRI AHMAD ACADEMY. Apa yang Bella kongsikan diatas suku ilmu pun tak sampai. Korang bayangkanlah, seminar sampai malam. Kalau Bella cerita dekat sini boleh jadi buku plak. Korang pun bukan nak baca sangat kan? Mesti korang cari manalah bahagian cara cepat kaya ni. Tidak ada jalan shortcut nak jadi kaya yer. Haji Asri belajar pun satu cost modal dia 20K. Bila dia kongsikan dengan kita, takkan percuma kan? Banyak cantik muka korang. Hehehe.


BUKAN SEKADAR MELABUR 


kaya dengan melabur

Bella dah kongsikan ilmu yang Bella dapat walaupun sedikit. Apa yang penting ilmu melabur tu, carilah sebelum melabur. Pelaburan saham adalah perniagaan. Ingat, yang membezakan antara orang yang berjaya dan kurang berjaya ialah cara menggunakan setiap peluang yang ada. Dengan ilmu tiada penghalang antara KITA dan KEJAYAAN!! Nampak tak semangat Bella supaya semua orang jadi kaya? Hahaha Jadi, untuk mencari ilmu di AAA maklumat lanjut :-

ALAMAT 
ASRI AHMAD ACADEMY SDN BHD 
NO.13-1, Prima Samudera, Jalan Samudera utara 11, 68100 Batu Caves Selangor.

HUBUNGI 
017 - 6600570 / 016 - 4660690

EMAIL
events@asriahmadacademy.com

WEBSITE

FACEBOOK

Semoga bermanfaat. 

You Might Also Like

4 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.