Bercuti Ke Ho Chi Minh Vietnam - Hari Pertama

" Airport HCM ni tak la besar sangat. Jalan pun tak berapa jauh. Paling penting tiada borang untuk diisi. Ramai yang mencadangkan nai...

"Airport HCM ni tak la besar sangat. Jalan pun tak berapa jauh. Paling penting tiada borang untuk diisi. Ramai yang mencadangkan naik naik teksi Vinasun, kerana teksi ini akan menggunakan meter. Keluar aje airport, cari disebelah kiri airport tersebut ada kaunter teksi. So kalau nak ke hotel di sekitar Ben Thanh Market dari airport, tambang teksi Vinasun dalam lingkungan 120,000VD (RM20.00) sehingga 200,000VD (RM32.00) bergantung kepada kesesakan jalanraya. Teksi tersebut juga akan meminta bayaran sebanyak 10,000VD (lebih kurang RM1.60) sebagai bayaran airport gate fee. "
Bila baca ini macam alamak kacang putih jer. Aku dah pergi merata kot. Takkan la benda kacang macam ni tak boleh nak hadam? Betul tak? Hakikatnya, tuhan saja yang tahu. Korang kena baca Tips Penting Sebelum Ke Vietnam  Masa Bella baca pengalaman orang ke Ho Chi Minh, rata - rata minta berhati - hati dengan pemandu Teksi. Hari pertama sampai mestilah naik Teksi kan? Bella mana tahu cara pengangkutan lain. Jadi macam mana Bercuti Ke Ho Chi Minh Vietnam - Hari Pertama, benda pertamanya kena fikir macam mana nak cari teksi yang tidak menipu? Seram wei.


BERKONGSI TEKSI DENGAN MAKCIK YANG BAIK HATI

bercuti ke ho chi minh

Masa Bella beratur dekat imigresen tu, Bella tegur - tegur la rakyat Malaysia yang paling penting melayu tanya dorang akan bergerak ke mana. Sebab kebanyakkan yang datang ke Ho Chi Minh ini adalah yang sudah selalu sangat datang. Jadi lebih baik jangan sombong. Ringan mulut dan murah senyuman Bella bertanya ajak kongsi Teksi. Ada dua pasangan Bella tegur. Malangnya!! Sombong bagaikan Bella nak ngorat laki dia. Adus. Akhirnya, makcik dua orang ini kata jom la ikut makcik. Sama haluan tu. Alhamdullilah. Mak sape ni? Raya nak datang rumah. Hehhee.

Ho chi minh, bercuti

Lepas saja kami turun dari teksi, masing - masing letak bag di hotel. Tapi kami dah pesan dengan makcik tu tunggu kami, kami nak balas dengan belanja makan tengah hari. Budi baik di balas baik. Masing - masing hotel tengah kemas. Kawasan "top and hot" kot sini. Hotel sekitar sini mesti sentiasa penuh. Makcik ini kata memang selalu datang, dan kali ini datang untuk borong baju raya buat anak dan sedara mara. Untung. Nak jadi anak angkat boley? Cita - cita Bella sangat. Pencen berduit tak kerja holiday sentiasa. Bahagianya. 

MAKANAN HALAL DI HO CHI MINH VIETNAM


Makanan halal Di Ho Chi Minh

makanan halal di ho chi minh

Makanan asas menghilangkan kelaparan yang kami pesan. HB macam biasa mestilah order nasi goreng. Paling terbaik, datang sekali dengan setalam ulam - ulaman. Sambal tu, Bella yang ambil masukkan dalam keaw Teaw sup Bella. Terus terangkat rasanya. Rasanya biasa saja. Takdalah wow sampai teringat - ingat. HB kata nasi goreng tu rasa macam rempah sikit. Jadi potong kesedapan nasi tu. 

makanan halal ho chi minh


makanan halal ho chi minh

makanan halal ho chi minh

Nampak tak betapa banyaknya Bella makan. Ini semua dekat Restaurant Hajah Basiroh. Namanya Hajah jadi tidak perlu di khuatiri lagi. Kalau korang was - was nak makan dekat sini, silalah berlapar. Ramai yang kata kena makan bingka ubi. Paling sedap la, lembut la. Makanan pertama yang Bella cuba. Sepanjang berapa lama Bella research sebelum sampai sini, haruslah teringin. Sampai sini terus makan. Sedap. Lepas teringin tu.

KOPI VIETNAM YANG SEDAP DAN KETAGIH

KOPI VIETNAM

Lepas makan, terus mencari - cari kopi Vietnam ini. Bella akan beli dengan orang perempuan dan paling penting ramah dan bersungguh - sungguh jual kopi dia. Kalau setakat duduk sambil main game Bella memang tak beli. Mungkin dia tak perlukan sangat duit. Lebih baik membantu yang bersungguh - sungguh. Pendapat Bella macam tulah. Kopi Vietnam ni, merata - rata korang akan jumpa. Tak payah susah - susah nak cari. Paling penting sedap namati dan buatkan Bella ketagih! Ya ampun! Sini panas, dapat air kopi sejuk sekata memang nikmat la cerita dia. 

RANCANG AKTIVITI UNTUK HARI ESOK

ho chi minh, vietnam

Lepas perut dah kenyang, terus masuk balik hotel kami. Bilik masih belum siap. Duduk kejap book aktiviti melayari sungai mekong untuk keesokkan harinya. Ramai yang cadang booking saja disini yang terbaik dan halal. Korang boleh baca link di bawah pengalaman Bella di Sungai Mekong .



SYURGA MEMBELI BELAH HO CHI MINH VIETNAM


bercuti ke ho chi minh

Disebabkan bilik kami masih tidak "ready" Bella ajaklah HB pusing - pusing sekitar hotel ni. Sepatutnya HB nak mandi dulu, hemsem - hemsem barulah dia lebih bersemangat untuk shopping! Bella pula takda masalah. Badan panas pun rasa sejuk. Muka selebet pun terasa macam dah kena mekap dengan MUA. Pergi shopping punya pasal. Bella pula, lupa nak pesan dekat HB, penjual di Ho Chi Minh ni, Kamikaze sikit. HB pandang je barang dia, lepas tu terus menerus dia promote. Sampai HB tertanya harga. Apa lagi, terus kena kerumun dengan penjaja dekat situ. Bella jalan jauh kedepan, tak perasan dia dah kena kepung dekat belakang. Patah balik, cakap thank you10x. Dorang masih ikut juga. Akhirnya HB beli jugalah. Harap harga yang beli tu berbaloi. Bella tak compare pun harga tu dengan mana - mana kedai. Takut sakit hati. hahaha.

BARANGAN HAND MADE VIETNAM


pasar murah ho chi minh


pasar murah ho chi minh

Ini semua Handmade tau. Masa Bella tengok tu macam tak tertarik sangat. Bila tengok balik gambar - gambar ni, macam kenapalah Bella tak beli satu?? Dam!! tapi Bella takdalah nak sangat ke sini balik, kecuali dengan keluarga ke, sponsor ke, bawa anak ke. Licin duit wei. Semuanya korang rasa nak beli. Murah ke? Bella pun tak pasti. Apa yang pasti dekat Ho Chi Minh ni, Bella sangat takut untuk tawar menawar. Bella tengok dari jauh saja. Betul - betul nak beli, baru Bella pegang dan tanya harga. 

SYURGA KAIN PASANG 

membeli belah kain cotton


kain pasang cantik, kain pasang murah

Ini kedai kain Cotton yang dicanangkan ramai kualiti terbaik dan murah. Sebab korang semua dah promote kedai ni, secara meluas, sombong terus dorang ni. Tapi apa yang penting kain. Dorang nak sombong itu dorang punya pasal. Semua kedai ni dalam pasar Ben Thanh saja. HB dah bosan dah. Dari tadi, dah la daling, dah la. Esok ada lagi. Esok lain. Hari ini beli jelah separuh dulu. Bella ada dekat sini pun 3 hari je. Bella tengah mengila memilih dia sibuk ajak balik hotel. Tak bujang betullah. Okla. Jom balik. Esok datang balik. Nasib baik dekat sangat dengan Hotel. Jom sayang. Penat yer?


Nanti Bella sambung ya. Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

5 ulasan

  1. wah syoknya shopping...lama xpergi sana..blh masuk dlm list travel lps ni
    sudi2 la jenguk blog rosa yg baru nih..tqvm
    https://rosapegitravel.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Hai awak..Kita nak pg bulan 5 Ni. Memg Ada kaunter teksi vinusen ye Kat airport

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello bella nak tanya pasal vietnam and u kata pergi vietnam tak isi borang kerrr and masa saya pergi thailand ada ku isi borang..... so phi sana tak perlu isi borang kerr?? Ada bercadang holiday kat vietnam neeee tengok blog bela ne membantu sya thanks ya upzZ mohon infonya yaaa

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.