PELANCARAN PRODUK UMAIRAH UZMA

09 March

Bella di jemput untuk bersama - sama di majlis PELANCARAN PRODUK UMAIRAH UZMA yang diadakan di Jibby East Pan Asian & Western Cafe Restaurant Taman Melawati. Bella disambut oleh SAM PR yang menjemput Bella. Nasib dia kenal Bella. Umairah Uzma ini jual apa? Jujur Bella bagitahu, ini pertama kali Bella tahu produk ini wujud. Banyak sangat kan produk yang dijual sekarang ini. Sampaikan ada produk yang betul - betul bagus pun tenggelam. 


MAJLIS YANG RINGKAS

produk umairah uzma

Melangkah masuk ke majlis yang sangat lengkap walaupun ringkas. Apa yang hendak disampaikan adalah mengenai PELANCARAN PRODUK UMAIRAH UZMA produk ini. Bagi Bella majlis seringkas ini pun sudah cukup. Rupanya produk ini telah berada dipasaran sejak tahun 2014 lagi. Produk pertamanya adalah inai, dan seterusnya dikembangkan dengan pewarna kuku yang boleh dikopek. Mungkin Bella pun ada beli, cuma tak perasan jenamanya. 

umairah uzma

PENGASAS UMAIRAH UZMA

umairah uzma

Bella bila masuk majlis ini, tengok - tengok produk yang dijual, terus Bella cari pengasasnya dulu. Puan Nurul Nur Ariani namanya. Bukan cari makanan dulu yer, walaupun Bella kuat makan. Takut nanti majlis dan bermula, pengasas mesti sibuk. Inilah pengasasnya yang tidak pernah kuar dimana - mana media sosial ataupun media cetak. Sangat simple orangnya. Bella pun terkejut, pengasas jual mekap, tapi tak bermekap? Pelik. Tapi tetap manis dan cantik. Puan Nurul kata, ia suka benda yang ringkas dan seringkas - ringkasnya. Jadi, berbekalkan sikapnya itulah produk Umairah Uzma dikeluarkan. Baginya, kecantikkan, kekemasan dan kebersihan kenalah berjalan seiring. Jadi, Puan Nurul mula mengeluarkan produk minyak penjagaan kuku dan set kelengkapan kuku. 

PRODUK - PRODUK UMAIRAH UZMA

barang kecantikkan umairah uzma

foundation umairah uzma

minyak wangi umairah uzma

Bermula dengan keuntungan inai saja tadi, Pn Nurul mengembangkan produk Umairah Uzma dengan menghasilkan celak pula. Turut mendapat sambutan yang menggalakkan. Produk - produk lain pula, diilhamkan daripada anaknya yang mengidap Ekszema. Dari situ beliau mendapat idea untuk keluarkan Makeup Fix Spray yang berasaskan air dan Alo Vera. Bila tengok penyakit anaknya semakin berkurangan, barulah Pn Nurul berani pasarkan. Begitulah seterusnya. Penghasilan produk - produk Umairah Uzma adalah daripada kajian Puan Nurul sendiri, dan jika bagus dan berkesan, baru ia akan dipasarkan.

BARANGAN KECANTIKKAN DARIPADA ARAB


Mendapat ilham daripada kecantikknan orang Arab mungkin, kebanyak produk Puan Nurul berasakan bahan - bahan dari Negara Arab. Orang Arab kan cantik - cantik. Minyak wangi contohnya. Ia adalah pati dan ia boleh dibawa solat. Ia dibancuh sendiri oleh Puan Nurul untuk memastikan kandungan alkohol dalam minyak wangi adalah didalam peratus yang dibenarkan untuk di bawa solat iaitu hanya 12% sahaja. Tutorial mekap menggunakan mekap Umairah Uzma turut ditunjukkan. Terus menyerlah model itu. Cantik. 

SELAMAT HARI JADI PUAN NURUL

umairah uzma

Lebih bermakna, majlis pelancaran ini diadakan sama hari dengan hari ulang tahun Puan Nurul. Selamat Hari Jadi Puan Nurul. Nak ucap depan - depan memang payahlah. dikerumi peminat. Comel sungguh kek. Tak sempat Bella nak rasa. Kah3x.

IFA RAZIAH X UMAIRAH UZMA

umairah uzma

Artis - artis yang datang menyanyikan lagu selamat buat Puan Nurulm amat memeriahkan Majlis.  Mesti majlis ini menjadi lebih bermakna bagi Puan Nurul. Katanya akan ada kerjasama diantara Umairah Uzma dan Ifa Raziah. Apa dia, kena tunggu. Majlis ini sebenarnya lagi meriah dengan Ifa Raziah yang bila dapat peluang bercakap. Main lepas saja. Kah2x.  Tak tengok dah kiri kanan. Bebetul ciri seorang penghibur.

SEMOGA UMAIRAH UZMA TERUS MAJU


Bella dari tadi tenung makanan dekat meja ini. Cepat sungguh abis. Hahahaha. Diet konon.  Apa yang Bella harapkan, semoga umairah uzma terus maju dan maju. Teruskan hasilkan produk - produk terbaik bukan yang banyak merkuri ya. Dari apa yang Bella dengar dari penerangan Puan Nurul, produk - produk beliau berkualiti dan boleh dipercayai. Produk yang mesti cuba. Sesiapa yang nak tambah pendapatan pun boleh. Hubungi :-

WEBSITE :- WWW.UMAIRAHUZMA.COM
FACEBOOK :- UMAIRAH UZMA
INSTAGRAM :- @umairah_uzma
CONTACT NO :- 013 - 2454024

Korang boleh dapatkan memandangkan harganya amat mampu milik tapi kualiti tip top. Jom cantik dan Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

1 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY