MASK RUN LARI SAMBIL PAKAI TOPENG

28 March

Aktiviti sihat banyak sekarang ini kan? Macam - macam program yang boleh kita sertai janji sihat dan keluarkan peluh. Tapi kali ini lain sikit. Tetap aktiviti yang sihat, cuma ia lebih menarik dan kretif. MASK RUN LARI SAMBIL PAKAI TOPENG. Ha.. pernah dibuat orang? Berlari sambil pakai topeng? Ini larian yang lain dari yang lain yang dibawakan khas oleh Resilience Studios

lari bertopeng

Inilah orang- orang kuat yang menjayakan MASK RUN ini. Selaku penganjur, Resilience Studio mencadangkan penggunaan topeng sewaktu berlari ini adalah untuk membantu meningkatkan tahap keyakinan para peserta dan melahirkan satu semangat yang lebih positif untuk diri sendiri. Mungkin ada yang selama ini, nak sangat join aktiviti macam ni. Tapi tak nak orang tahu. Contoh paling senang lah kan, Salena Gomez. Dia teringin sangat nak masuk aktiviti rakyat macam ni. Berlari pagi - pagi dekat jalan raya. Tapi kalau dia join mana - mana larian mesti dia tak boleh berlari. Kena hurung dan serbu dengan peminat kan? Bila dia pakai topeng macam ni. Kan senang. Tidak seorang pun tahu. Dia pun boleh berlari dengan tenang. Macam tulah. 

mask run

Puan Shuhada selaku pengarah Resilience Studios berkata, "Larian riadah ini turut mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi program KL Car Free Morning." Maknanya, hari tu kalau korang tak mahu join aktiviti larian ni, korang jangan turun KL la. Banyak jalan akan ditutup. Objektif utama adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi motivasi kepada masyarakat menjalani hidup yang lebih sihat selain dapat menggalakkan aktiviti kekeluargaan di mana larian ini terbuka untuk semua peringkat umur. Jadi korang boleh lah bawa anak - anak korang. Jangan biarkan dorang main gajet saja kan. 

aiman tino

elite, azza elite, shasha elite

Masa sidang media ini berlangsung, Azza Elite menjadi pengacara. Sasha Saidin dan Aiman Tino menjadi selebriti jemputan. Sama juga, masa hari Mask Run ini berlangsung. Azza Elite akan menjadi pengacara dan akan ada persembahan khas daripada Aiman Tino dan Shasha Saidin. Bukan itu saja, aktiviti cabutan bertuah pun ada. Persembahan khas dari Aimon Tino adalah persembahan kemuncak untuk aktiviti larian Mask Run ini. Bella dah dengar Aiman Tino nyanyi live depan muka Bella. Sedap. Korang kena datang kalau nak dengar. 

Aiman tino, mask run

Bila korang daftar, korang akan dapat sehelai t-shirt macam Aiman Tino pakai ni. Comel kan? Bayaran yang dikenakan hanyalah Rm60 sebagai yuran penyertaan. Tapi, korang akan dapat T-shirt dan  medal. Ok sangat kan? Sepanjang larian pun air akan disediakan. Bukan itu saja, ada cabutan bertuah juga. Hadiah utama Handphone! Perghhh Bella nak je join. Tapi, HB pula tak bagi. Ada lagi, jalan lupa. Acara kemuncak. Persembahan dari Shasha Saidin dan Aiman Tino. Banyak sangat kelebihannya kan?

mask run

Apa yang korang mesti ambil tahu mengenai Mask Run ini :-
  • Aktiviti riadah yang santai yang memerlukan korang berlari sejauh 7km. 
  • Terbuka kepada semua terutama penduduk Lembah Klang.
  • Larian akan diadakan pada 15 April 2018.
  • Bertempat di Dataran Merdeka.
  • Menerapkan TEMA LARIAAN BERTOPENG (jadi korang kena bawa topeng.)
  • Bermula pada jam 6pagi.
  • Kawasan larian adalah sepanjang jalan Raja Laut ke Bukit Nenas dan kembali ke Dataran Merdeka melalui Kawasan Masjid India.
larian sihat

Topeng Bella dah ada, tapi Bella tak dapat join. Bella kesian dekat kak Nani dengan kak Tati. Masa dorang daftar, topeng ni dah habis. Nasib Bella sempat dapat. Kalau Bella tak dapat, Bella nangis dekat situ juga. Tak patutlah macam tu. Sepatutnya sediakanlah dan bagi mengikut yang daftar nama saja. Teguran kecil sajalah buat pihak penganjur. Moga dapat perbaiki untuk majlis akan datang. Lain - lain semua ok. Kami bukan nak sangat, tapi terasalah diri dihargai. Kedatangan dihargai. Owh ter membebel plak. Maklumat lanjut :-

Tarikh Tutup Penyertaan :- 

6 April 2018

Bayaran :- 

RM60 (Kanak - kanak 12 kebawah percuma)

Masa :- 

7.00am

Website :- 


FaceBook :- 


Tel No :- 

013 2592009 / 019 2010602 / 011 12287332

You Might Also Like

2 ulasan

  1. hahah ada kelainan tu. tapi macam best jer, lari pakai topeng. gempak lah. nice info. http://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Aiman comel & sporting giler kan, best lah kalau dpt dgr dia nyanyi live lagi, sedapnya suara dia

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY