TEKNIK GAMBAR CANTIK HANYA DENGAN HANDPHONE

02 March


ASSALAMUALAIKUM, harap semuanya baik - baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Doa Bella untuk semua. Rezeki buat korang yang juga ini, Bella nak kongsikan ilmu yang mesti semua orang nak tahu sangat. Kalau betul gaya dan caranya, bolehlah korang jadi InstaFamous. Gitew. Bella nak kongsikan ilmu dan TEKNIK GAMBAR CANTIK HANYA DENGAN HANDPHONE.  Gajet paling senang dan ada dengan korang 24jam. Betul tak? Masuk tandas pun korang bawa. Kan? Bella akan di ajar oleh Photografer terkenal dari SONY en. Rahman Roslan dan Kelas ilmu ini dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari

PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA (MATIC)

Blogger Terkenal

Awal pagi Bella dah bergerak Ke Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Kebanyakkan aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari kami adakan disini. 1000 penghargaan daripada Bella khas buat MATIC. Bagi sesiapa nak buat apa juga aktiviti korporat, kursus ke, apa jua majlis. Boleh juga buat dengan menyewa mana - mana dewan yang disediakan disini. Mungkin Neelofa tak tahu dekat MATIC ada bilik dan dewan yang boleh disewa dan penuh dengan kemudahan. Cuma tak virallah nanti. Korang yang tercari - cari tempat yang sangat selesa bolehlah ke WWW.MATIC.GOV.MY dalam tu semua ada. Alamat. Peta. Ruang apa yang korang boleh sewa.  Senang sangat. Berbagai kemudahan ada.

bengkel fotophone

matic, tempat seminar, tempat seminar murah

Selesa sangat masa bila bengkel fotophone dibuat di MATIC ini. Siap pesan lagi supaya kami bawa jaket takut sejuk. Aircond sejuk. Macam dekat oversea. Saja Bella letak banyak sikit gambar. Mana tahu, Neelofa berminat untuk majlis perasmiaan tudung seterusnya. Dapat pahala Bella. Ahaks.


RESTORAN NELAYAN GOMBAK 


restoran sedap

Paling seronok bila ada apa - apa majlis atau bengkel, kami banyak penaja. Sarapan pagi kami ditaja oleh Restoran Nelayan Gombak. Terima kasih. Perut tengah lapar, dapat pula air kopi bihun yang lembut dan sedap ini, memang terbaik. Tambahan lagi dengan karipap yang ranggup. Memang menyelerakan. Air yang sedap manis juga Restoran Nelayan Gombak sediakan. Mereka juga sedia menerima tempahan untuk apa - apa majlis atau keramaian. Di Restoran Nelayan Gombak juga ada dewan, ballroom untuk korang sewa. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:



Restoran Nelayan Gombak

Batu 8 ¾, Jalan Gombak (6.75)km, 53000 Kuala Lumpur


KHAISYA DELITE

RESEPI BROWNIES

brownies paling sedap, sandwich paling sedap

Masa rehat pula, ada masa rehat juga tau. Yelah ilmu berlambak - lambak, berlumba - lumba nak masuk. Kenalah rehatkan sekejap dengan sesuatu yang amat lazat. Brownies dan Sandwich tersedap dari Khaisya Delite. Bella setiap kali ada perjumpaan KBBA9 mesti tak sabar kalau ada Abang Korie, sebab dialah owner Khaisya Delite. Apa saja yang dihasilkan semua sedap - sedap belaka. Abang Korie pun baik. Badan berketak tapi buat kek you! Jangan tak tabik spring ya. Korang boleh saja pergi ke FaceBook Khaisya Delite atau Instgram @khaisyadelite jangan jilat screen telefon korang pula. Terus order, Mesti puas hati. 

RAHMAN ROSLAN PAKAR PHOTOJOURNALIST

rahman roslan

Perut pun dah penuh dan kenyang. Belajar mesti senang hati kan? Jangan ngantuk plak. Bilik sedap. Makan sedap. Belajar malas. Kena tendang dengan Abang Ben baru tahu. Hehehe. Tak2x. Abg ben baik. Bella perkenalkan dulu, pengajar yang sudi berkongsi ilmu dengan KBBA9 hari ni. En Rahman Roslan daripada Sony. Manis orangnya. Ambil gambar macam couple plak. Malu - malu gitew. Kah2x. Sebenarnya ini jarak jauh ye. Bella depan sikit, dia dibelakang. Nampak macam dekat kan? Tak, jauhhhhh sebenarnya. Bella kena letak gambar ni, kalau letak gambar dia sorang korang kata Bella Google plak kan. So ada bukti. Rahman Roslan Pakar Photojournalist bermula sejak tahun 2006 lagi. Banyak ilmu en Rahman ini dalam dunia fotografi. Terima kasih sudi berkongsi sedikit ilmu dengan kami. 

PEMBELAJARAN BERMULA DENGAN 3 ASAS UTAMA


3 ASAS UTAMA MENGAMBIL GAMBAR


Bila kelas nak mula mata dah berat? Hahaha. Bella tengah perhatikan teknik yang diajar sambil cuba memahami apa yang diajar. @alampauh_09 (cari dekat IG) yang ambil gambar macam ni. Kalau dia bagitahu nak ambil gambar Bella, mesti Bella buat Peace YO! sebab sebenarnya masa ni semangat belajar tu tengah berkobar - kobar. Melalut pula. Kembali ketajuk asal. 3 Asas utama yang diajar adalah :-

  • APERTURE - Kecil atau besarnya lubang cahaya yang masuk semasa mengambil gambar. 
  • SHUTTER SPEED - Kelajuan kamera menutup lubang cahaya.
  • ISO / ASA - Sentiviti sensor kepada cahaya.
Haa.. faham ke tak? Sebab tu muka Bella toya. Cuba memasukkan ilmu ini kedalam otak. Bahasa asing bagi Bella. Tahu Auto saja selalu. Maklumlah, iphone takda manual kamera ya. Sony ada. Bella pakai Iphone masalahnya. Memang lagi blurlah.  

asas mengambil gambar

Korang fahamkan gambar dekat atas ni. Sebab bahasa fotografi ni, nak diterangkan dalam bahasa melayu memang takut tak sampai maksudnya. Gambar diatas Bella sengaja Google supaya ilmu yang Bella nak kongsikan ini sampai. Asas fotografi ini, korang boleh gunakan juga pada kamera samada yang besar ke, kecil ke. Sama saja.

TEKNIK FRAMING

asas mengambil gambar cantik

Framing adalah seolah - olah korang meletakkan gambar korang dalam Frame. Gambar Bella dekat atas ini adalah contoh yang terbaik. Lengkap satu framing yang cantik dan tersusun. Terpulang dekat kretiviti korang, sama ada dalam satu frame nak penuhkan dengan semua benda atau nak biarkan fokus orang yang melihat dibawah frame atau dihadapan. Macam Bella, selalunya memang suka jika fokus di tengah - tengah. Apa yang Bella fahamlah pasal Framing ni, dan Bella cuba terangkan. Cuma En Rahman kata, kurangkan dengan apa - apa saja yang berwarna putih. Dia akan hilangkan fokus orang kepada fokus utama. Tapi gambar contoh dekat atas ni Bella rasa ok kot. Bella rasalah. 

TEKNIK REFLECTION

technic photografy

Sebenarnya sebelum ni, main tangkap je. Bukan ada teknik apa pun. Ambil sebab cantik. Bila belajar, baru tahu ini dinamakan Reflection. Nampak tak, cahaya yang terbias tu? Menghasilkan bayang - bayang yang membuatkan gambar Bella ni makin cantik! Teknik ini Bella jarang guna. Bella selalunya nak gambar muka Bella yang jelas. Benda lain tak penting. Hahaha. Siapa yang suka tangkap gambar tepi laut, tepi cermin, mesti hebat gunakan teknik ini. Kata En Rahman, teknik ini macam ambil gambar nyorok - nyorok. Ambil dari reflection yang dihasilkan oleh cermin saja. 

TEKNIK PERSPECTIVE LINE

ASAS MENGAMBIL GAMBAR

Teknik perspective line ini adalah teknik yang paling membuatkan budak - budak KBBA9 pening. semua tanya mana line nya? Tak nampak pun. Line apa? Mula - mula Bella pun pening. Bila diamati memang ada line semulajadi dalam setiap gambar. Bella ambil contoh gambar Bella yang paling mudah. Banggunan diatas membuatkan line didalam gambar tanpa Bella sedari. Perasan tak? Jika dalam gambar, ia akan membawa mata kita ke hujung garisan. Faham kan? Korang telek gambar yang korang dah ambil. Mesti ada punya kewujudan line - line macam gambar Bella ni.

CAFE CERITA KAMBING

CAFE CERITA KAMBING

CAFE CERITA KAMBING

Bella rasa segala ilmu yang penting Bella dah kongsikan. Sila berlatih dan cuba teknik - teknik ini. Mesti korang puas hati. Balik dari belajar pandai - pandai, kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang sungguh lazat dari Cafe Cerita Kambing. Korang silalah baca di Masakan Kambing Tersedap. Bukan masakan kambing saja yang sedap. Semua yang dihidangkan di Cafe ini sangat lazat dan sedap - sedap belaka.

BRILL PREMIUM COFFEE

BRILL PREMIUM KOPI

Minuman tengah hari pula, bukan biasa - biasa. Brill Premium Coffee ini, Bella minum sekali. Terus ketagih. Tengok gambar pun dah 1000x telan air liur. Sedap. Sangat cukup rasa. Korang yang nak cuba, boleh terus Whatsapp 0192697375 atau ke Instagram BrillPremiumCoffee dijamin korang akan puas hati dan ketagih macam Kak Azni dan Bella. Esok nak terus order la. Sedapnya! 

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

KBBA

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Terima kasih kawan - kawan yang sangat comel. Bengkel berjalan dengan sangat seronok. Semua balik terus berlatih mengambil gambar. Sangat hebat dorang ni. Terima kasih Ben Ashaari. Ini semua gambar dia. Terima kasih bagi pinjam Bella HP SONY untuk Bella lebih faham penggunaan manual pada telefon. Bila SONY nak sponsor Bella plak. Aminn. Nak juga. Hehehe. Semoga ukhwah kita semua berpanjangan.

Buat korang semua, silalah guna ilmu ini. Dari En Rahman, kepada Bella dan terus kepada korang. Harap dapat memberi manfaat dan membantu korang untuk dapatkan gambar yang lebih cantik. Salam.

You Might Also Like

5 ulasan

  1. comel entry bella. mcm tgh sembang depan2.. br prsn dh tukar template. nice. sdp mata mbaca

    ReplyDelete
  2. Suka sangat baca perkongsian macam ni.. terima kasih bella

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat join kursus ni . Dapat belajar banyak benda tentang photography guna phone.. InshaAllah, next time kalau saya ada peluang, saya pun nak join..

    ReplyDelete
  4. Sony memang terbaik dari segi gambar, kan?
    Bertuahnya dapat join kursus camni. Boleh tambah ilmu & sharing. :)
    InshaAllah nanti ada rezeki Sony sponsor pula tu. Hihihi.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY