Tarikan Utama di LEGOLAND MALAYSIA

Salam, sebelum ini Bella ada cerita mengenai percutian Bella ke Legoland kan? Korang boleh baca:- SERONOK SANGAT KE LEGOLAND JOHOR? ...

Salam, sebelum ini Bella ada cerita mengenai percutian Bella ke Legoland kan? Korang boleh baca:-


Sekarang ini sambungannyalah kan? Selepas Bella check out dari Hotel Granada korang boleh baca juga di :- 


Semalam kebanyakkan game tak sempat main sebab masa sangat terhad. Jadi kita sambung hari nilah. HB teruja nak cuba Roller coster la. Apa lagi, sebab semalam tak sempat nak cuba. Sempat cuba permainan budak - budak je. Jadi kami terus mencuba Project X. Nama gempak kan? HB kata ada satu part selekoh yang menakutkan. Lain - lain ok. Bella memang tak cubalah. Tak nak hadapi perasaan gerun dan montot terawang - awangan. Arrghhh!! Tak nak.

PROJECT X -  LEGOLAND

permainan di legoland, johor, tempat menarik di johor


legoland, roller coaster legoland

Disini ada ketinggiaan yang ditetapkan. HB kata biasa je, sebab dia dah biasa naik kan? Project X ini terdiri daripada 15 selekoh dan ia adalah Roller Coaster yang mempunyai selekoh dan pusingan yang paling banyak diantara permainan yang lain. Disekitar sini juga terdapat permainan dan tarikan lain seperti :-

  • Aquazone Wave Racer
  • LEGO Mindstorms
  • LEGO Academy
  • PROJECT X
  • Technic Twister
Kebanyakkannya Bella tak singgah sebab lebih sesuai buat kanak - kanak. Yang bawa anak bolehlah singgah semua tempat ini ya.

LEGO STAR WARS MINILAND - LEGOLAND

seronok sangat ke legoland johor


tips ke legoland johor

Ia adalah mempamerkan lebih 2000 model star wars yang terkenal dari enam episod Star Wars. Apa yang paling menarik, model ini mengeluarkan bunyi, cahaya dan pergerakan yang sama seperti dalam episod movie. Pameran ini terdiri daripada tujuh bilik yang masing-masing menggambarkan pemandangan dari setiap filem Star Wars, dalam susunan kronologi. Korang akan masuk, berdasarkan Star Wars Episod I: The Phantom Menace, dengan Istana Naboo Royal yang menakjubkan menjulang Pertempuran Naboo antara Naboo, Gungans dan droids pertempuran 'Persekutuan Perdagangan.

Bilik-bilik seterusnya akan membawa anda ke Geonosis (dari Episod II: Serangan Clones), Kashyyk dan Mustafar (Episod III: Revenge Of The Sith), Tatooine (Episod IV: Harapan Baru), Hoth (Episode V: The Empire Strikes Back ), Endor (Episod VI: Pulangan Jedi), dan akhirnya, Christophsis (dari Star Wars: Ciri animasi Clone Wars). Peminat filem Star Wars mesti masuk tengok.

DRAGON'S APPRENTICE - LEGOLAND

legoland Malaysia

Roller Coaster legoland, Permainan legoland


legoland malaysia, johor

Kami terus berjalan masuk jauh kedalam dan terjumpa dengan permainan Roller Coaster naga yang kecil. Namanya The Dragon's Apprentice. Permainan macam ini Bella selalu nampak dan jumpa di kebanyakkan taman permainan. Mesti ada. Kecil macam ini pun Bella takut nak cuba. Terasa rugi. Tapi tak nak korbankan perasaan gerun tu. Tak nak kuarkan dan bazirkan. Bukan luak pun padahal. Sekejap sangat. Sekali pusingan yang laju saja. 

THE DRAGON - LEGOLAND

legoland

The Dragon Roller Coaster ini akan membawa kita masuk ke dalam istana, seolah - olah kita masuk ke zaman pertengahan dahulu kala. Ia adalah sebuah Roller Coaster yang Besar berbentuk naga dan seolah - olah permainan ini seumpana naga yang sebenar, sebabnya, pada sesuatu masa ia akan mengeluarkan nafas yang berapi. Roller Coaster ini, dapat membawa 600 orang penumpang dalam sesuatu masa. Roller Coaster biasalah kan. Siapa pernah naik mesti tahu. Laju, terbalik, terlingkup, berpusing dari ketinggian yang agak menakutkan. Bella tengok dari bawah saja. Tegak semua rambut. Tapi, semuanya nampak seronok. Bella yang tengok ini plak yang rasa macam Fuh! gerun.



CASTLE STAGE - LEGOLAND



bercuti ke legoland

bercuti ke legoland

Tempat untuk tangkap gambar OOTD dekat sini. Memang tak bolehlah Bella nak ber OOTD dekat sini. Pakai t-shirt dengan seluar track je. Mana boleh pakai cantik - cantik. Lepas ini nak main air. "view" memang cantik dan terbaik. Ia adalah tempat beli cenderahati sebenarnya. 

KING'S GRILL - LEGOLAND

legoland malaysia


legoland malaysia

Ini pula tempat makan. Luas dan sangat cantik. Bella tak pasti berapa harganya, sebab Bella tak makan dan tak lepak dekat sini. Tapi Bella suka tengok tempat makan ini  yang sangat cantik, kemas, bersih dan tersusun.

ROYAL JOUST - LEGOLAND

tip ke legoland


WATER PARK - LEGOLAND


Seronoknya legoland

Akhirnya!! Kita ke Water Park! Yay! Tempat yang paling bahagia bagi Bella untuk merenang - renang dan berendam. Nak berenang jauh ketengah memang tak la. Sebab Bella mana tahu berenang. Ia telah dibuka dari 21 ctober 2013 lagi. Ia mempunyai 20 permainan yang unik dan 70 model Lego yang bertaburan dalam Taman Tema air ini. 


jom ke legoland

Sebelum masuk haruslah beli tiket. Harga tiket korang boleh tengok harga di www.legoland.my Korang boleh pilih sama ada :- 

  1. One Day Combo Ticket RM196  (1 day LEGOLAND Theme Park + Water Park )
  2. Theme Park Ticket RM156 (Theme Park sahaja)
  3. Day Water Park Ticket RM100 (Water Park sahaja) 

Banyak sangat permainan menarik yang korang dan anak - anak korang kena cuba. Cuaca agak panas, jadi terjun dalam air memang "heaven" giler lahh!! Jom2x. Oh harga dekat atas ini harga biasa. Kadang - kadang ada harga promo dan ada harga istimewa buat pemegang MyKad juga. 


tips ke legoland

Bakal bapak budak ini pun happy bebenor. Semua permainan dia main. Impian sungguh dia nak main semua permainan dekat Legoland ni. Budak besar berjanggut macam ini pun seronok, mestilah budak kecil lagi seronok kan? Boleh main permainan laju, boleh cuba bawa kereta, bawa bot, mereka cipta, banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat dan dicuba.

Bercuti ke legoland

Boleh nampak banyak permainan yang mesti dicuba dari atas jambatan ini. Bawah jambatan pula ada lorong air yang dipenuhi dengan pengunjung yang mandi manda. Paling comel ada beberapa kanak - kanak yang duduk diatas legoland yang direka khas seperti tempat duduk. Legoland disini memang diperbuat seakan - akan pelampung dan tidak akan tenggelam. Bella pun nak duduk atas Legoland macam kerusi tu, Bella nak buat kapal. 

BUILD-A-RAFT RIVER

legoland malaysia

Tengok dekat sikit, alamak, budak - budak yang naik pelampung Lego tu dah hilang. Patutlah banyak pelampung comel - comel yang di "Lego" kan, nama tempat mandi ini pun diberi nama sungai membina rakit. Banyak Lego yang ditaburkan jadi silalah berebut kutip dan binalah rakit mengikut kretiviti korang yer. Tapi takda contoh plak. Tinggal yang naik pelampung betul - betul jer. Korang terpaksa datang sinilah nak tengok yer. Bella "personally" suka main dekat sini. Hahaha. Jadi budak - budak kejap. Walaupun tengah panas terik.

JOKER SOAKER 

legoland malaysia

Joker Soaker ini jelaslah untuk kanak - kanak je, tapi Bella pun sibuk panjat - panjat. Cuma gelongsor je dorang tak kasi Bella main takut tersangkut. Gelongsor kan kecik. Apa yang istimewa mengenai tempat ni, ada "surprise"!! Korang nampak tak macam ada timba atas tu? Korang tunggu sampai dia penuh. Bila dan penuh dia akan tumpah tau. Tunggulah bawah. Air yang tumpah sebaldi tu, kena kepala, rasa lega. Cubalah. 

DUPLO SPLASH SAFARI

legoland malaysia

Ia dicipta khas untuk kanak - kanak yang kecil yang baru hendak belajar main dengan air. Ala - ala mandi dalam besenlah kan. Ada juga reptilika binatang - binatang comel yang memancutkan air kepada kanak - kanak yang bermain disini. Jadi, ibu bapa bolehlah bawa anak - anak main disini bersama - sama. Jangan tinggalkan tanpa kawalan pula. Tempat ini luas.

TIDAL TUBE - LEGOLAND

legoland malaysia

Tidal Tube ini Bella cuba Sebab HB paksa. Permainan ini boleh main berdua. Dia tahu Bella sebenarnya seronok main permainan yang ada air ini. Bella pun naik lah. Perasaan tu, memang susah nak cakap sebab korang duduk atas pelampung yang gitu - gitu je dan perasaan takut tercampak tu memang susah nak diungkapkan. Tidal Tube ini ia berbeza dari permainan meluncur yang lain sebab korang akan meluncur dengan lajunya didalam gelap! Paling kelakar, kalau korang jerit macam nak tercabut anak tekak, bergemalah satu Legoland. Hahahaha.

WAVE RIDER - LEGOLAND


Wave Rider ini kena naik sorang - sorang dan permainan meluncur paling tinggi sekali disini. Meluncur laju dari ketinggian 240 Berpusing - pusing bagaikan naik roller Coster. Tapi Bagi Bella, ia lebih selamat. Pada pendapat Bella la. Etika pakaian turut diutamakan. Keselamatan korang juga kan?

LEGO SLIDE RACERS - LEGOLAND

BERCUTI DI LEGOLAND JOHOR


Bercuti ke legoland,

Lego Slide Racers ini adalah permainan yang menarik bagi Bella. Ia permainan meluncur sambil meniarap. Tidaklah gerun sangat. Tapi lajulah. Permainan ini paling seronok sebab sekali main boleh meluncur sekali 5 orang. Jadi korang kalau datang sepasukan, bolehlah acah - acah berlumba siapa sampai kebawah dulu. Masa main ini, tidak dibenarkan bawa kaca mata korang. Takut hilang atau rosak. Pakai seluar jeans atau berjubah pun tidak dibenarkan main. Kena pakai baju mandi. Mana - mana permainan air ala - ala gelongsor macam ini, memang kena pakai pakaian renang atau licin. Takut tersangkut dipertengahan gelongsor. Kalahlah korang nanti.



Sebelum balik, HB sempat main permainan dekat sini. Memula - mula Bella macam tak bagi main. Takut membazir je duit. Hadiah tak dapat. Tapi sekali baling je! HB berjaya memenangi hati Bella. Eh! menjatuhkan semua tin - tin yang disusun. Yay!! Memang berbaloi. Dapat bantal besar. Bella pening nak pilih mana satu. Tapi pink tetap dihati. Jadi kita pilih pink jelah. Permainan macam ni, banyak dimerata - merata tempat dan berlainan permainannya. Cubalah.



Fuhh!! Habis 2 hari Bella dekat Legoland yang penuh keasyikkan dan keriangan ini. Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari dan LEGOLAND Malaysia sebab jemput Bella menikmati keseronokkan disini. Seriusly sangat seronok. Banyak keriangan lain yang Bella tak sempat nak rakamkan dn tak sempat nak coretkan. Korang bolehlah dapatkan maklumat selengkapnya di :-

Website : www.legoland.my
Hotline :- 607 5978888




Selamat berseronok!! 

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Mmg best Legoland Kan.. Rasa nk pergi lagi

    ReplyDelete
  2. Project X tu akak kena paksa nak sampai 3 kali tau. Si kembaq punya pasai laa, depa nak naik so akak kena teman. Nak luruh jantung rasa, jerit sampai sakit tekak hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.