Cabaran Diet Hari KeTujuh

Hari ini dah dekat seminggu Bella diet. Alhamdullilah. Memang turun. Bila dah seminggu diet ni, air masak dah tak mampu nak telan. Adui, pa...

Hari ini dah dekat seminggu Bella diet. Alhamdullilah. Memang turun. Bila dah seminggu diet ni, air masak dah tak mampu nak telan. Adui, payahlah gini. Ingat perut dah biasa dan boleh terima telan air 1liter dan seterusnya ke 2 liter. Tapi ni, 500ml pun tak abis!! Apa ni??? Nak kurus tapi tak displin. Hari keenam, Bella ambil kesempatan untuk puasa ganti. Jadi, Bella terus ke hari yang keTujuh.


apps diet

Bila Bella diet selama seminggu, Bella langsung tak sentuh nasi tau. Asyik makan Oat saja. Itu kira makanan asaslah, bagi menampung perut yang minta diisi. Sampailah satu hari, Bella termakan Oat yang Bella buat malamnya, (overnight oat) terlembek dan membuatkan tekak Bella terlalu loya. Jadi Bella tak boleh makan Oat lagi. Bella teringat Masa Bella diet Atkins, masa "cheat day" Bella gunakan Apps ini, supaya tidak terlajak makan. Penat - penat lepas fasa satu, cheat punya pasal gemuk balik. Apps ini amat membantu. Korang kena anggap dia, cikgu teknologi dalam mengawal pemakanan korang hari - hari.

cara kurus

Bila korang dah upload dari Apps, korang terus register dan tentukan target korang. Macam Bella, cikgu kalori Bella membenarkan Bella mengambil makanan yang berjumlah 1200 kalori sahaja. Nampak macam wow!! Banyak tu. Padahal, satu hari lepas makan nasi satu kali saja. 

cara kurus

Korang masukkan semua yang korang makan satu hari tu. Tengoklah macam Bella, dah terlebih 1130 kalori. Bila tekan untuk diary complete. Cikgu ini akan marah. Korang janganlah baca amaran tu macam mendayu - dayu lagu nasyid. Korang bayangkan dia tengah tengking korang macam ni.


"Kalau ko makan mendarah macam ini dalam satu hari, ko jangan mimpi ko nak kurus. Kalau ko teruskan sikap ko macam ni, dalam masa 5 minggu, berat badan ko akan jadi 67KG!!! Padan muka ko."

Korang kena anggap macam tu. Bella punya menhayati, sampai sedih bila baca amaran ni.


CABARAN !!!

- Banyak makanan tiada lebalkan kalori 💆🏼
- Makanan kena timbang
- Kena jujur dan berdisplin.

Betul, masalahnya korang kena tahu berapa kalori makanan, setiap kali korang makan. Bila korang terlebih ambil sodium, dia akan keluar remark pada makanan tu. Macam Bella, setiap kali plan nak makan apa - apa, Bella akan masukkan dulu dalam jadual kalori ini. Kalau lepas kalori untuk hari tu baru Bella makan. Kalau tak lepas, kalori negatif, Bella makan esok saja. Walaupun teringin sangat. Apa yang terbaik pasal apps ini. Korang boleh makan sesuka hati, termasuk nasi, coklat dan kek.Tapi tetap boleh turun. Jangan lupa senamlah.. Ok.  Lepas ini Bella kongsikan kalori setiap kali Bella makan. Jadi korang boleh ikut ataupun dapatkan idea macammana gunakan apps ini dengan cara terbaik.


Selamat menjalani kehidupan yang sihat.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. selamat menguruskan diri..kite jer memanjang postpone nak diet...nak2 plak semalam member kirim cencaluk Bintulu..mmg kelauttt la hajat tu...menambah2 nasik.. pas makan, insaff..tgk cencaluk tu balik, hilang ingatan..adoii la..huawawa

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.