Thursday

HOTEL GRANADA JOHOR - PENGINAPAN KE LEGOLAND

Bella Bercuti ke Legoland Johor memang sangat menyeronokkan  sehingga malam pun Bella tidak sedar. Nasib baik Bella sudah siap - siap dengan Penginapan di Johor ni. Pastilah yang paling selesa dan terbaik. Sebab Bella menginap di Hotel Yang paling Best Di Johor, terus terasa macam satu percutiaan yang lain. Korang boleh juga berehat - rehat dan  Bercuti di HOTEL GRANADA JOHOR.


Penginapan ke Legoland

Hotel Granada ini, tidaklah terlalu dekat Legoland, tetapi dari korang berulang alik dari Kuala Lumpur kan lagi jauh. Hotel ini terletak di tepi jalan dan nampak agak biasa dari luar. Masa sampai sini, HB kata ok ke hotel ni? Bella yakin memang ok. Review semua kata bagus.



Bila sampai di lobi hotel, barulah nampak "WOW". Cantiknya hotel ni. Bila Bella nak ambil kunci, baru Bella tahu yang hotel ini menyediakan pakej ke Legoland. Maknanya, korang boleh dapat harga yang lebih murah masuk ke Legoland bila korang menginap disini. Alamak, baru tahu. Kalau awal - awal tahu mesti boleh jimat banyak.Korang siapa - siapa hendak ke Legoland, Check it Out dulu website Hotel Granada Johor ini ok?

penginapan di johor

Betapa sinonim nya Hotel Granada ini dengan Legoland, siap ada perhiasan dari Lego lagi. Sofa pink terang tu, memang tak boleh tahan. Rasa nak angkut bawa balik rumah je. Nasib HB dah penat. Kalau  tak, Bella suruh snap OOTD situ sini.


Yay!! dah dapat kunci. Nampak sangat beg banyak. Petugas hotel siap bagi troli lagi. So far, petugas hotel semua baik - baik. Kecuali korang banyak tanya. Masa ini dorang sibuk sebab ramai orang.

hotel terbaik di johor


Sebelum masuk lif, ada diletakkan flyers Spa. Wah, ada khidmat urutan merelaxkan badanlah. Ini sudah bagus kan? Tapi Bella takda masa. Ini confirm letak kepala dekat bantal teus lelap. Penat tawaf Legoland satu hari. Esok bangun pagi - pagi nak sambung lagi.


Bercuti ke legoland Johor




Masuk - masuk bilik , Bella rasa biliknya hanya sederhana besar. Oklah buat Bella yang berdua saja ni. Macam biasa, ada kemudahan bancuh air sendiri di dalam bilik. NICE!


hotel di johor, hotel di legoland

Bawahnya ada peti ais comel. Senanglah kalau korang ada bawa susu anak ke, nak buat ais ke, nak simpan ikan ayam ke, apa - apa sajalah. Memudahkan sangat.

Granda johor, hotel di johor, bercuti di johor

Hujung sana ada meja. Buka langsir, nampaklah pemandangan bandar. Tapi, takda balkoni. Ok juga. Rasa lebih selamat kalau ada anak kecil kan? Tapi Bella masuk dah lewat malam kan, Jadi memang tak buka la tingkap. Memang selesa. Meja penting buat sesiapa yang "travel" sebab business, ataupun yang bawa kerja opis masa bercuti. "worker holic" sangat kan?



Tilam empuk, suasana ala - ala honeymoon gini, apa lagi yang ditahan. Kepala dah berat nak letakkan dekat bantal. Bilik pun berbau wangi. Cuma lantai tak berkarpet. Kalau pakai karpet baru syok. Aircond sejukk. Memang tak boleh nak buka mata dah cari apa lagi yang istimewa mengenai bilik ini. Kepala ingat nak tidur jer. Sebelum tidur haruslah mandi. Bilik dan wangi, badan busuk pun tak guna kan. 




Terus kita ke bilik air. Ok. Memuaskan. Bathtub tak ada. Pancuran air je ada. Kalau korang tertinggal sabun ke, shampoo ke, berus gigi ke, jangan risau. Granada dah sediakan semuanya. Memang terbaik! Ok, jom tidur. Esok nak sambung main kat Legoland. Perlukan tenaga banyak. Jadi, haruslah tidur awal. Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok :- 

Website :     Hotel Granada
FaceBook : Hotel Granada
Instagram : Hotel Granada
Alamat : 55, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon : 07 2318888



Selamat bercuti dan Riang ria di LegoLand Malaysia..

2 comments:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari