Tuesday

HOMESTAY Murah Di JOHOR

Assalamualaikum.. Baru - baru nie, Bella ada kongsikan penginapan Bella semasa pergi ke Johor. Buat Bella yang hanya berdua, Bella memilih hotel dan masih ok dan "under budjet". Jadi macam mana buat korang yang datang dari jauh beramai - ramai? Datang satu keluarga besar? Pemilihan Hotel adalah sangat "over budget" dan boleh dikategorikan sebagai satu pembaziran yang besar. Hotel satu bilik hanya muat 2 hingga 4 orang sahaja, berbanding jika kita memilih Homestay yang dapat memuatkan 2 hingga 4 keluarga dalam satu masa. Bilik tak muat, tidur saja beramai - ramai di ruang tamu. Jadi! meh Bella kongsikan HOMESTAY Murah Di JOHOR. 

Rumah sewa murah di Johor


Homestay murah di Batu pahat


Penginapan di batu pahat

Bahagian Depan Homestay ni. Korang kena ikut maps untuk sampai ke sini. Kalau tak, memang sesat. Homestay ini boleh dikatakan agak strategik kerana terletak di tepi jalan besar. Ia terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Tun Hussain Onn Malaysia (UTHM) dan pusat bandar Batu Pahat. Kereta pun boleh bawa masuk ke dalam. Kalau banyak, parking saja di tepi rumah. Kereta pun selamat. 

rumah murah di johor, batu pahat

Bila melangkah masuk ke ruang tamu, wah! rumah ini bagaikan berpenghuni. Cukup lengkap dan bersih. Ruang tamu yang luas dan selesa. Rumah ini sentiasa dipastikan kemas dan tuan rumahnya akan datang sekali sekala untuk tidur dan menginap disini. Jadi, rumah ini tidaklah dibiarkan kosong terlalu lama. Rasa selamat sikit kan? 

peginapan murah di batu pahat

homestay bersih di batu pahat,


TV kecil turut disediakan. Tapi Bella, tak buka pun TV tu. Aktiviti lebih kepada merehatkan badan dan bersembang. Bila berkumpul janganlah main HP ya. Marilah kita merapatkan hubungan.







Bella memilih untuk tidur di Bilik utama. Ada tandas kecil didalamnya. Bilik yang sederhana besar. Cukup puas hatilah buat 2 orang. Cuma jangan harapkan kelembutan tilam nya sama macam dihotel lah ya. Tak apa. Hanya buat satu malam. Sebelum merebahkan badan tu, korang hanya pastikan cadar bersih. Masa Bella menginap disini, semuanya ok. 

homestay murah batu pahat





Selain daripada satu bilik utama, terdapat juga 2 bilik lain yang menempatkan katil "single" jadi bolehlah anak- anak diletakkan dibilik ini. Bantal, tilam, selimut semuanya berlebihan. Jadi, tiada masalah jika tak cukup tilam atau katil. Hamparkan saja toto atau bawa saja bantal dan tidur di kerusi ruang tamu.


Dapur yang sangat lengkap dengan semua peralatan! periuk, kuali, pinggan mangkuk, sudu garfu. Kelengkapan masak memang cukup lengkap .Tapi Bella memang tak masak. Makan luar saja. Selain daripada Homestay ini dekat dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi (MARA), dan Kolej Jururawat Masyarakat ke arah Kluang hanya mengambil masa 15min saja. Manakala untuk ke Kawasan Perindustrian Sri Gading mengambil masa 5 minit. Untuk ke destinasi BP Mall hanya mengambil masa 15 minit memandu dari lokasi kami.

ALAMAT PENUH 

NO 9, JALAN GADING,
TAMAN GADING,
83300, SRI GADING,
BATU PAHAT, JOHOR 

019-7566 159 (AZIHANI)


Semoga membantu ya :)

1 comment:

  1. setuju! kalau bercuti dengan keluarga lebih pilih homestay dari hotel lebih selesa dan bebas.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari