Wednesday

Cabaran Diet Hari KeLapan

Semalam Bella dah cerita diet baru Bella dengan kira kalorikan? Boleh tengok link dibawah :- 



Dengan apps yang boleh ajar ni, diet korang tak akan bosan dan jemu lagi.  Korang boleh makan apa saja termasuk coklat! Tapi korang jangan asyik makan saja. Lambat turun kalau tak bersenam. Jadi, Bella kongsikan pula, Apps yang membantu Bella untuk menyusun dan mengajar cara senaman setiap hari. Senaman bukan lagi sesuatu yang membosankan! Have fun!


CABARAN DIET HARI KELAPAN

cara bella idura kurus

Hari ini Bella bukan nak kongsikan resepi ataupun pemakanan Bella untuk hari kelapan ini.  Bella dah boleh makan apa saja. Hanya kena perlu tahu berapa kalori dan sukatannya. Apa yang perlu Bella kongsikan sekarang adalah cara Bella bersenam menggunakan guru senaman teknologi iaitu FITONOMY. Cabaran Diet Hari Ketujuh Bella perkenalkan cikgu  kalori kan? Diet hari Kelapan ini, Bella perkenalkan cikgu senaman teknologi pula. Kemudahan teknologi jika digunakan dengan betul memang banyak sungguh manfaatnya.

pemakanan diet, cara bersenam dengan mudah

Bila korang dah berjaya men "install" applikasi ini, korang tidak perlu pun register. Masuk as guest saja. Dia akan minta korang pilih apa malamat korang untuk dibantu. Korang akan buat senaman ini dimana. Korang tinggal pilih senaman yang sesuai dengan korang. Cadangan Bella, silihlah pilih dengan betul dan sesuai dengan kemampuaan diri korang. Kalau tak memang naya nak ikut. Lagi - lagi super challenge. Bella pertama kali cuba, sakit belakang! Insaf. Jangan paksa diri.

senaman untuk kurus

Kali ini Bella memilih untuk menfokuskan bahagian perut. Jadi dia akan pilih senaman untuk perut. Korang ikut mana yang termampu. Tapi, janganlah menipu sangat. Masa jalan, tapi korang duduk diam. Mana boleh. Kata nak kurus kan? Berkorbanlah sikit. Memang sakit dan teruk. Sape suruh ko makan tak ingat dunia dulu? 


Bila korang klik saja untuk "Start Workout" dia akan tukar - tukar jenis senaman. Maknanya setiap hari senaman kita tak akan sama. Memang seronok la nak bersenam. Bella buat saja perlahan - perlahan janji ikut. Walaupun peluh keluar sikit saja, mesti buat. Cuma kalau penat sangat janganlah paksa. Sakit lagi susah.

tip kurus

Bila korang tekan saja, untuk mulakan senaman, akan keluar screen macam ni. Jangan tak tahu, model patung yang bersenam ini dalam bentuk 3D. Korang bolehlah zoom in, zoom out, pusingkan, dan ubah posisi model patung ini untuk memudahkan korang faham gaya dan cara senaman dengan betul. Muzik yang dimainkan pun bagi Bella seronok juga. Bila korang bersedia untuk memulakan senaman, korang click pada button "Start Exercise" tu. Barulah dia akan kira saat untuk korang. Dan akan bagi masa untuk korang berehat sebelum memulakan gaya senaman yang baru.

senaman kurus

Paling "best" bukan saja ada panduan WORKOUT. Ada panduan cara pemakanan juga. Korang klik je bahagian atas sebelah kanan tu, akan keluar  Meals. Bolehlah korang dapatkan nasihat pemakanan sihat juga. Amat sesuai untuk korang yang hendak cuba eat clean. 


Tengoklah, menunya nampak sedap - sedap belaka kan? Bella tak pernah cuba lagi. Sebab Bella dekat rumah takda bahan - bahannya. Siapa yang masak hari - hari tu, semua bahan - bahan ada  dekat rumah, senanglah nak cuba.


Korang jangan risau, sebab disediakan menu dan kalori setiap hidangan lagi. Senang kan? Bagus betul cikgu teknologi senaman ini merangkap terus cikgu pemakanan kan?



Keburukan!! ya, ada juga keburukkan Fitonomy ini. Apps ini boleh digunakan dengan perasaan puas hati selama seminggu saja. Trial. Selepas itu digalakkan untuk melanggan. Arrrghhh!! Bella tak pernah melanggan apa - apa dari internet untuk apps. Tidak reti dan sangat takut kalau apps ni makan kredit macam air terjun. Banyak berlaku tau. Jadi cari terbaik, Bella selalu buat adalah :-


  1. Delete application Fitonomy ini.
  2. Install balik. 
  3. Hahahaha. Jimat dan perlukan wifi saja. 
Jadi, Apa tunggu lagi? Cepatlah upload dan sama - sama dapatkan shape badan bagaikan biola. Phewit! semoga bermanfaat.

3 comments:

  1. Nak shape hour glass...pandang balik kat diri sendiri..ok..skit je lagi

    ReplyDelete
  2. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari