AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Sunday

Cabaran Diet Hari Keempat

Hari keempat ini, Bella dah mula rasa LAPAR, LAPAR, LAPAR dan LAPAR. Rasa tak mampu dah nak bertahan. Hari ini Bella balik kampung. Sebelum balik kampung Bella dah bagitahu HB yang Bella takut DIET Bella gagal sebab mak masak sedap - sedap. HB kata, takpe nanti dia halang.


CABARAN DIET DI KAMPUNG

CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

- Mak masak sedap
- Adik ejek - ejek
- Mak paksa makan

Sampai kampung petang. Terus ajak adik pergi jogging. Bolehlah tahan kuarkan peluh. Sarapan pagi tadi makan biskut saja. Memang lapar. Balik kampung sambut birthday apak sekali. Bella tak mampu menolak untuk menelan 2 slide!! HB takda masa tu. Kalau dia tahu, abis kena bebel.




CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

- Perut lapar giler nyanyi lagu keroncong.
- Sarapan, makan tengahhari siap!

Bangun pagi semerbak bau nasi lemak! Cubaan sungguh. Paling Bella tak boleh tahan, sambal tumis mak memamg terbaik. Bella makan nasi lemak separuh pinggan. Gilerlah ko Bella. Makan tengah hari, 2x tambah! Bella kesian mak masak penat - penat, Bella tak makan. Bella makan nasi pakai pinggan kecil pun mak dah tegur. Nak buat macam mana?




Balik rumah timbang, tuuuuuu dia!!! Dari 68kg aritu dah turun 64kg, naik balik 66kg!! Padan muka ko Bella. Dua hari je makan tak ingat dunia, naik 2kg. Hampa! Tapi, jangan cepat mengalah!! Kita teruskan juga diet ini. Malam nya Bella detok kan diri dengan minum Teh  hijau dari gc.tea boleh dapatkan dengan @ceritaita di Instagram. Rasanya manis dan berangin. Bukan manis gula tau.





Senang sangat. Rendam dan minum. Siap!! Bella juga ada terbaca resepi membersihkan usus. Bersihkan usus? Bella bajet mesti rasanya teruk, makan ulam. Rupanya sedap bukan main! Bella terus rasa was - was. Betul ke gabungan yogurt dan nata de coco ini mampu membersihkan usus? Kalau betul, memang hari - hari nak makanlah! Sedap teruk. Kalau korang tak percaya, cuba buat. Resepinya Bella kongsikan di bahagian Bonus. Bawah ni je pun.

BONUS!!!!! 

RESEPI PENCUCI MULUT SEDAP!!


Bahan - Bahan 

▶️ YOUGORT GREEK PEACH
▶️ NATA DE COCO

Cara - Cara

Campurkan kedua - dua bahan!! Siap!! 



Kan. kan? Sedap kan? Bella tidak pasti betul atau tidak ia mampu membersihkan usus. Tapi tak salah mencuba. Sedap lagi.

Selamat berdiet semua..

2 comments:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.