AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Saturday

Pantai Putih Barbara Pulau Samosir- Medan

Hai semua, minta maaf sebab slow bebenor sambung cerita Bella Bercuti di Medan ni. Sebab Bella kena post yang kerja punya dulu. Lepas itu barulah Bella banyak masa untuk cerita mengenai percutiaan bajet Bella ni. Lepas Bella panjat bukit dan melihat sepuas - puasnya keindahan alam dan kecantikkan ciptaannya, (Menerokai Alam Pulau Samosir klik link ni. ) Bella terus mengajak Supir meneroka keindahan lain di Pulau Samosir ini. Sesungguhnya alam kita Malaysia telah banyak hilang kecantikkan alam semulajadinya lebih - lebih lagi di Kuala Lumpur. Sementara Bella menuju ke Pantai Putih Barbara Pulau Samosir ini, Bella merenung sepuas - puasnya keindahan Pulau Samosir ini. Sangat indah. Massya ALLAH.

pulau samosir

Supir Ridu memberhentikan Bella di satu port yang sangat indah pemandangannya. Di sini ada aktiviti penduduk setempat. Dorang sedang memancing. Bella tidak tahu apa jenis ikan yang dorang tangkap. Nampak macam ikan talapia. Tapi bukan. Masa Bella berhenti disini, cuaca sangat terik dan panas. Tapi, kecantikkan dan keindahan alam ni memanggil - manggil Bella untuk terus mendekati alam semula jadi ini. Indahnya. Bella bukanlah pakar photographer guna auto setting je. Alam disini sememangnya indah dan tidak perlu lagi untuk di edit dan dicantikkan. Sangat indah.


percutiaan bajet di Pulau Samosir

keindahan pulau samosir

Setelah puas menikmati kesejukkan dan kesegaran alam, kami beredar. Sebenarnya HB tidak tahan kepanasan waktu ini. Sangat terik cahayanya. Kami meneruskan perjalanan ke Makan Di raja Orang Batak. Sangat terjaga dan Kemas. HB takut nak masuk. Ukiran dan hiasan traditional disini membuatkan HB rasa gentar. Takpe, niat nak belajar kerana ALLAH s.w.t dan mulut harap dijaga la yer. Kubur kot.




Disini dahulunya adalah rumah raja - raja batak dan permaisurinya. Di sini juga selalu di adakan perayaan kaum batak. Masa Bella pergi tu kosong jelah. Tapi, kalau Bella tidak salah. Bella pernah nampak rancangan honeymoon Memey dan Norman Hakim dorang kesini ditaja dan masa itu ada tariaan di persembahkan. Artis kan.. banyakla aktiviti.Semua nampak indah dan seronok. Masa kita datang, kosong.

pulau samosir

Sinilah tempat yang Bella hendak sangat pergi. Supir ni bagi 1001 alasan Bella tetap mahu kesini. Bella nak lihat pantai tapi sebenarnya tasik. Air tasik yang luas ini, dengan kuasa ALLAH s.w.t telah membentuk pantai. Pantai Pasir Putih Barbara. Supir malas nak bawa kami kesini sebab dia tahu kami tidak mahu mandi pun. Memanglah sebab kebersihan dan pakaiaan tidak bersesuaiaan. Bella rasa pantai ini kebersihan C. Bella tidak pergi pun dekat-dekat dengan Pantai ini sebab banyak anjing. Bella tengah makan pun anjing datang macam kucing. Bella nangis ok. HB pun takut nak halau anjing tu, Besar. Dia pun takut kena gigit. Orang kat situ yang halau.Rosak mekap dan mood Bella kat sini.


Apa yang istimewanya Pantai Pasir Putih Barbara ini, pemandangan bukit bakau yang sangat indah. Selalunya kalau kita mandi pantai, kita tidak akan nampak penghujung pantai kan? Tapi disini kita dah boleh nampak bukit dan gunung di penghujung Pantai ini. Pasirnya tidak la putih sangat. Putih lagi pantai pasir di Langkawi. Geram juga la hendak mandi. Tapi, kemudahan nak salin baju tiada ditambah pula anjing yang bersepah-sepah Bella batalkan hasrat itu.


Waktu amat mencemburi kami, jadi kami pun beransur ke Stone Chair. Bella melihat penempatan disini kebanyakkannya rumah daripada kayu. Penduduk disini bukan miskin tapi itulah kehidupan disini. Lebih banyak berbakti pada tanah. Banyak orang putih yang menetap lama disini. Dorang sangat seronok hidup dalam ketenangan alam ini. Setiap rumah mesti akan membela BABI. Bella dengan HB selalu macam teruja bila nampak BABI. Supir perasan tau, kali ini dia nampak je BABI dia berhentikan kereta, suruh kami tengok puas-puas. Hahahahaa.. geli.

Kekuasaan ALLAH s.w.t tidak dapat dipertikaikan lagi. Bila kebanyakkan penduduk bukan islam disini membela BABI, penduduk islam disini akan membela kambing. Bella rasa amat terpegun kerana kebanyakkan kambing disini berwarna putih. Yela. Korang, kambing dan babi saiznya hendak dekat sama kan, kalau sama warna... agak susah hendak bezakan lebih - lebih lagi waktu malam. Bella rasa disini kambimg berwarna coklat kan, jarang ada yang berwarna putih. Sebab itu Bella tak abis-abis memuji kebesaran NYA. ALLAHUAKBAR.. 

Puas.. sangat puas hati melihat alam yang tidak tercemar disini. Jom kita ke Stone Chair pula.

Klik link ini untuk melihat semua post mengenai MEDAN

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.