Stone Chair Pulau Samosir

Hai korang Bella masih lagi di entry bercerita mengenai aktiviti Bella di Medan di Pulau Samosir Hari Kedua.Hari kedua ini memang penuh den...

Hai korang Bella masih lagi di entry bercerita mengenai aktiviti Bella di Medan di Pulau Samosir Hari Kedua.Hari kedua ini memang penuh dengan aktiviti kerana hari ini adalah hari terakhir kami di Pulau Samosir, jadi kenalah pulun untuk cover kesemua tempat. Selepas Bella Memanjat Bukit dan melihat keindahan Pantai Pasir Putih Barbara, Bella ke Stone Chair Pulau Samosir pula.

Stone Chair

Stone Chair atau Kerusi Batu terletak di Huta Siallagan Ambrita.Stone Chair ini adalah antara tarikan yang terdapat di Pulau Samosir. Menurut mitos, Stone Chair ini adalah tenpat perbincangan Raja - raja batak dalam menentukan atau menjatuhkan hukuman kepada penjenayah, Hukum pancung tau.  Masa Bella datang tu, hujan. Sepatutnya masuk tu kena bayar, tapi masa Bella sampai tu takda orang jaga pun. Mungkin sebab hujan kot. Selamat. Hehehe.

ambrita

Inilah Batu Siallagan tempat hukum pancung dijalankan. Seram juga la kan kalau tengok. Dulu disini dorang akan menentukan kesalahan penjenayah untuk kesalahan yang besar seperti membunuh dan mencuri.

stone chair

Sepatutnya adalah tour guide yang bagitahu sejarah tempat ni. Tapi, sebab hujan supir Bella duduk je dalam kete. Hampeh kan? Jadi Bella pun tak tau adakah ini rumah ketua kampung. Hehee.. Sebab menurut cerita kat bawah rumah ketua kampung ada tempat ikat pesalah. Dorang akan ikat kaki pesalah supaya tak lari, lepas tu bagi pesalah tu makan banyak - banyak supaya gemuk. Bila dah gemuk baru dorang akan sembelih. Kepalanya akan dibuang kedalam tasik dan daging dorang akan makan beramai - ramai. Arggghhh takutnya!!! tetiba rasa geli mandi kat tasik aritu. Eyuuu...

Bercuti Di Pulau Samosir

Punyalah lebat hujan, sampai nak banjir. Bella tetap juga cuba meneroka Stone Chair ini. Ada beberapa rumah disini masih didiami sehingga kini. HB dah bising. Yela..Bella bukannya sihat sangat pun. Tapi sekali je kan datang sini. Tak nak la datang lagi. Hehehe. Disini juga ada orang berjual. Dengar cite orang berjual kat sini extrem. Siap tarik -tarik tangan pelanggan lagi. Sekali lagi Bella tak terkena itu. Lalu tempat jualan tu dorang tutup sebab hujan.

bercuti di pulau samosir

Kami sampai awal di homestay. Lupa pulak nak ajak supir cari makanan. Jadi, terpaksalah kami berjalan cari makanan sendiri. Masa Bella keluar rumah tu Bella nangis-nangis sebab takut anjing. Bersepah -sepah kat tepi jalan. HB lapar jadi terpaksa la turutkan.Bella pejam mata sambil jalan. Alhamdulillah Bella selamat sampai kesini.

makanan halal di pulau samosir

Hajat hati nak makan dekat rumah makan islam disini tapi tutup la plak. Bella tercari - cari juga kedai roti yang dikatakan sedap disini. Tapi, tak jumpa. Dah tutup kot. Kami hanya jumpa kedai makan tepi jalan yang diusahakan penduduk setempat. Paling rare makan dalam rumah dia lagi. Hahaha..

Lepas kenyang kami pun pulang untuk berehat dan melalui jalan yang panjang keesokkan harinya.. Nanti sambung balik ok..

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.