AIRASIA RAIKAN MAJALAH 3SIXTY SEMPENA ISU YANG KE-100

AIR ASIA telah mengadakan satu majlis yang gilang gemilang di Marini's On 5 . Majalah 3Sixty Air Asia adalah majalah yang terdapat dal...

AIR ASIA telah mengadakan satu majlis yang gilang gemilang di Marini's On 5. Majalah 3Sixty Air Asia adalah majalah yang terdapat dalam kapal terbang Air Asia.Maknanya, tidak terdapat diluar lah yer. Kalau korang teringin nak baca kenalah naik kapal terbang, Air Asia. Majalah 3Sixty ini telah memenangi pelbagai anugerah, jadi sempena isu nya yang ke 100 dan ulang tahun ke 8 majlis ini diadakan. Jangan tidak tahu, pembaca majalah ini hampir mencecah 3juta setiap bulan. Jom Bella ceritakan AIRASIA RAIKAN MAJALAH 3SIXTY SEMPENA ISU YANG KE - 100.


Dato' Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah Air Asia Berhad memperkenalkan kulit majalh travel 3sixty dalam majlis ini. Datuk Kamarudin Meranun, Penerbit Majalah travel 3sixty yang juga pengerusi Eksekutif, AirAsia Berhad dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Air Asia X berkata,

"Perjalanan bagi majalah dalam penerbangan ini amat menarik sejak ditubuhkan pada tahun 2007.  Saya berbangga melihat perkembangan majalah ini dan kini telah menjadi sebuah majalah yang anggun, bergaya dan informasi dan juga merupakan satu-satunya majalah dalam penerbangan yag diaudit dan disahkan oleh Audit Bureau of Circulations. of Malaysia (ABCM)."

"Misi utama najalah ini adalah untuk mempamerkan yang terbaik dalam percutiaan, budaya dan cara hidup dan kami mahu semua pembaca untuk terus mendapatkan pengalaman dan menikmati majalah ini melalui pelbagai media - kedua -dua  media cetak dan digital. Isu yang ke 100 bukanlah pencapaian yang mudah, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan editorial travel 3Sixty atas kejayaan ini," Tambah Datuk Kamarudin Meranum.


Ada cerita menarik disebalik majlis ini, Bella pun terharu bila baca. Sebenarnya, satu pertandingan khas turut diumumkan. Pertandingan ini adalah untuk membuka peluang kepada pembaca majalah untuk menjemput pasukan editorial untuk melawat kampung halaman mereka dan juga akan ditampilkan sebagai rencana utama, membolehkan cerita cerita tempatan dapat dikongsikan sebagai cerita serantau melalui majalah.

Inspirasi untuk pertandingan khas ini datang dari seorang guru sekolah dari kawasan luar bandar di Tebedu, Sarawak yang telah menghantar emel kepada pasukan editorial dan telah berkongsi cerita bagaimana beliau menggunakan majalah travel 3Sixty untuk mengajar murid - muridnya tentang budaya lain di rantau ini, selain daripada meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Inisitif beliau sampai ke telinga pasukan editorial apabila guru sekolah menulis dan meminta salinan lama majalah untuk disumbangkan kepada sekolah beliau. Sejak dari tu, salinan majalah Travel Sixty telah dihantar ke sekolah tersebut untuk digunakan sebagai sebahagian daripada pelajaran mereka.


Travel 3Sixty adalah majalah bahasa Inggeris bulanan, majalah itu dihasilkan sepenuhnya secara dalaman tetapi mempunyai pasukan editorial yang berdedikasi bertempat di ibu pejabat AirAsia di Malaysia. Isu yang pertama diterbitkan adalah pada bulan ogos 2007. Dengan konsep majalah berunsurkan gaya percutiaan dan cara hidup.

Travel 3Sixty boleh didapati dalam penerbangan Malaysia AirAsia, AirAsia X, Thai AirAsia, Thai AirAsia X , Indonesia AirAsia, Indonesia AirAsia X, Philippines AirAsia dan India AirAsia. Pencapaiaan lain Travel 3Sixty selama penubuhan majalah ini adalah :

  • Sabah Tourism Award 2009 - Best Tourism Article On Sabah Published in Malaysia (Magazine)
  • 25th ASEANTA Awards for Excellence, Manado 2012 - Best Asean Travel Article.
  • 26th ASEANTA Awards for Exellence, Vientiane 2013 - Best Asean Travel Article.
  • Marketing & Advertising Singapore's Magazine of The Year 2013 - Third Place Magazine Of The Year in (Inflight Magazine Category)
  • 27th ASEANTA Awards for Excellence, Kuching 2014 - Best Tourism Photo.
  • 28th ASEANTA Awards for Excellence for Best Asean Travel Article, Nay Pyi Taw 2015.

You Might Also Like

1 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.