cantik
Kongsi Sikit
Review By Saya Isabella Idura
Shopping Here
Shopping Here!!
Set Penjagaan Kulit Muka Terbaik ZZ by ZAZA
13 November
Hai cantik - cantik semua, sebelum ini Bella dah perkenalkan dengan semua bagaimana Skincare ZZ by ZAZA dapat membantu untuk mencantikkan korang. Nak cantik tak?? Sekarang, Bella bagitahu pada semua bagaimana cara menggunakan Set Penjagaan Kulit Muka ZZ By Zaza ini dan kesannya pada wajah Bella.Bella dah guna, dah nak abis dah produk ni. Barulah Bella kongsikan pengalaman Bella gunakan Produk ini. Ini adalah set penjagaan muka terbaik yang Bella pernah guna. Memang amat berbeza dari produk - produk yang lain.
Bella dah pun perkenalkan semua pada produk ZZ by Zaza ni yang masih hijau di dunia kecantikkan ini ( Kekal Berseri Dengan ZZ By ZAZA ) klik jer.. Produk ini sudah mendapatkan pengesahan KKM dan telah diiktiraf tiada bahan kimia didalamnya dan selamat digunakan.Terdiri daripada 4 penjagaan muka utama iaitu pencuci muka, penyegar muka, pelembab muka dan krim malam. Jom Bella bagitahu kat korang, macam mana cara menggunakan produk ini.
Memula korang cuci la muka korang dulu menggunakan pencuci mekap kalis air (waterproof) kerana pembersih muka ZZ by Zaza, dapat membersihkan kulit muka dan muka korang daripada kotoran tapi bukan waterproof mekap. Macam bedak tu bolehlah hilang. Masa Bella cuci muka Bella tu, buih - buih yang dihasilkan akan menyerap dan membersihkan wajah. Bella yakin sebab daripada air yang menitis jatuh dari muka Bella ke sinki putih itu, jelas kelihatan debu - debu dan kotoran yang jatuh dari wajah Bella. Kesan mekap dan sebagainya.
Bella dan cuba pam kan pembersih muka ini ke tangan dan gosok, tapi buih yang dihasilkan tidak banyak dan rasa tak puas cuci muka. Kemungkinan bahan semulajadi yang terdapat pada pencuci muka ini, tidak dapat menghasilkan buih yang banyak. Jadi, apa yang korang perlu lakukan, Pam ke tapak tangan dan terus sapu ke muka. Macam Bella pam ke tapak tangan kanan dan terus sapu ke bahagian kanan muka. Pam ke tapak tangan kiri dan terus sapu ke bahagian kiri muka. Baru puas hati. Korang pun guna cari ini tau. Kalau tak, korang kena pam bebanyak. Tak jimat la..
Selepas menggunakan pencuci muka, korang akan dapat rasakan kulit muka terasa tegang dan licin. Seriously !! Bella kuar je dari bilik air, HB terus tegur." Waaahh licinnya muka." Guna pencuci baru ke?? Bella terkejut sebab HB boleh perasan !! gembiranya hati. Nak kesannya lagi terbaik, haruslah guna dan sapukan toner. Sekarang, antara banyak - banyak toner abis dulu. Aiyakkk!! Lepas saja cuci muka, tidak kiralah pagi atau malam. Sila sapukan penyegar wajah ZZ by ZAZA ini. Tiada bauan yang wangi sangat. Sangat nuetral.
Sekiranya korang menggunakan Skincare ZZ By ZAZA ini waktu malam, lepas pakai penyegar wajah (toner) sebelum tidur. Sapukan pula krim malam dari ZZ By Zaza. Korang akan dapat rasakan perubahan pada wajah korang bila bangun pagi esoknya. Sekiranya korang guna pada waktu siang pula, gunakan matte mouse krim yang se akan - akan penutup cela. Lembut sangat diwajah. Bila sapu saja, terus nampak berseri. Bella guna Krim ZZ By ZAZA saja dan terus sapu bedak.
Cuba tengok testimoni atas ni. Pengelupasan kulit ni pun terjadi pada kulit muka Bella. Tapi, takdalah teruk sangat. Tiada orang yang perasan pun. Bella pun tak perasan kulit muka Bella mengelupas. Bila sapu Cream Matte Mouse tu, Baru perasan. Apa lagi terus la Call pengasas Produk ini. Risau kot. Dia kata ini adalah proses normal untuk membuang kulit mati. Bella percaya itu. Sebab, Bella pernah pergi SPA wajah dan konsultant kecantikkan disitu kata kulit Bella macam mengerutu di bahagian bawah tepi bibir dan bahagian itulah yang paling banyak mengelupas. Maknanya memang bekerja la ZZ by ZAZA ni pada Wajah Bella. Alhamdullilah...
Keterangan lanjut bolehlah ke :-
IG : @PRODUKMENJEMPUTJODOH
#ZZBYZAZA
HOTLINE : 011.2343.8986
13 ulasan
menariknya
ReplyDeleteCubalah!! best dan terbaik.
DeleteNice review kak bella 👍🏻 :)
ReplyDeleteLyssa pun tgh guna produk Zaza ni . Memang terbaik lah
Mesti bertambah cantik lysaa..
DeleteWahh... Menarik!
ReplyDeleteHaah kak... memang menarik.
DeleteMenarik nie,menggunakan bahan semulajadi..lepas nie bertambah cantik la kulit Bella ye.. ;)
ReplyDeleteAaminn.. cantik tertarik kebabom.. hehehe.. jemput order..
DeleteKak bella dah la putih, pakai produk ni makin auumm aumm laaa hehehehe
ReplyDeleteheehhee.. makin licin dan flawless sangat. hahahaa
DeleteNie yang kena belikan wife aatu set..hehehe
ReplyDeleteCall je number tu. Pasti puas hati.
DeleteWowwww...mesti cubaa
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.