ILmu percuma
Kongsi Sikit
KLIA TERSENARAI SEBAGAI LAPANGAN TERBANG TERBAIK UNTUK TIDUR
29 November
KLIA tersenarai sebagaI LAPANGAN TERBANG terbaik untuk TIDUR?? Bila tu? Korang pernah baca atau tidak? Tapi Bella hanya nak kongsikan dengan korang apa yang Bella baca di surat khabar The Star yang telah menyenaraikan Airports terbaik untuk tidur. Terbaik Dunia tau, bukan Asia. Bangga la sekejap.
Tempat Ke -10
TORONTO PEARSON INTERNATIONAL salah seorang pelancong berkata "Saya tidur dibelakang dan jauh dari kaunter dan ia dapat memberi saya sedikit privasi."
Tempat Ke -9
ZURICH AIRPORT - pelancong berkata "Banyak kerusi panjang untuk tidur dan mudah untuk membersihkan diri. "
Tempat Ke - 8
MUNICH INTERNATIONAL AIRPORT - pelancong berkata " Kita hanya perlu menyediakan bantal dan selimut atau mungkin topeng muka untuk tidur. Anda akan dapat keselesaan maksimum."
Tempat Ke - 7
VANCOUVER INTERNATIONAL AIRPORT - Pelancong berkata " Malam anda tidak akan digangu disini "
Tempat Ke - 6
HELSINKI VANTAA AIRPORT - pelancong berkata " Saya amat bertuah tidak ada siapa yang menggangu saya."
Tempat Ke - 5
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT - pelancong berkata " Staff disini sangat baik dan tidak ganggu saya. Ia sangat baik dan lebih baik dari hotel. Saya hanya perlu mengambil beberapa langkah untuk menghirup teh tarik yang segar. "
Tempat Ke - 4
AMSTERDAM SCHIPOL AIRPORT - pelancong berkata " Saya baru sahaja abis belajar, jadi saya berjimat dengan tidur disini. Boleh melihat kapal terbang berlepas juga."
Tempat Ke - 3
HONG KONG INTERNATIONAL AIRPORT - pelancong berkata " Saya mendapat tidur dan rehat yang cukup sementara menunggu penerbangan seterusnya"
Tempat Ke - 2
INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT - pelancong berkata " Tempat yang amat selesa untuk tidur dan tiada siapa yang akan menganggu."
Tempat Ke - 1
CHANGI AIRPORT - pelancong berkata " Sangat selesa, luas dan bersih. Tidak perlu tidur dihotel sementara tunggu penerbangan seterusnya. "
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.