Pusat Urut Terbaik Di SI FU - Master Of Reflexology & Wellness

Holla... Assalamualaikum... Bella baru saja balik dari bercuti. Bella pergi Hatyai je. Yer.. Thailand. Penat sangat sebab memandu sen...

Holla... Assalamualaikum...

Bella baru saja balik dari bercuti. Bella pergi Hatyai je. Yer.. Thailand. Penat sangat sebab memandu sendiri saja. Niat nak rasa la berurut di Hatyai, tapi tak sempat la pula. Hmmm.. Nasib baik kawan perkenalkan SI FU. Nama pun SI FU kan.. SI FU pakar urutan. SI FU berada lama di Malaysia, cuma outlet di Desa Sri Hartamas baru mencapai usia setahun. Masih banyak promosi yang diiklankan disini. Jom Bella kongsikan Pusat Urut Yang Terbaik Di SI FU - Master Of Reflexology & Wellness. Terbaik.

pusat urut keluarga

SI FU - Master Of Reflexology & Wellness ini terletak di Desa Sri Hartamas. Bagi semua yang berdekatan dengan SI FU mesti cuba dan pergi tempat ini. Bella pergi sini rasa terubat sangat hendak berurut di Thailand. Jangan tak tau, SI FU ada wakil tukang urut dari ASEAN seperti THAILAND, INDONESIA dan MALAYSIA. Power tak power lah kan... SI FU - Master Of Reflexology & Wellness ni. Jadi, korang yang merindui nak berurut di Thailand atau mana-mana negara jiran yang lain, tak yah pergi jauh-jauh dah. Segalanya ada di Malaysia. SI FU  kan ada.




Buat masa sekarang, SI FU - Master Of Reflexology & Wellness masih memberikan harga promosi walaupun sudah setahun beroperasi. Harga yang ditawarkan amat berbaloi dan boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang diberi dan suasana pusat urut itu sendiri. Suasana dan keadaan dalamannya amat bersih dan terjaga. Jom.. Bella dah tak sabar nak berurut ni. Owh Sebelum itu, jom Bella cadangkan Pakej yang hangat disini.

PUSAT URUT MURAH

Inilah harga dan pakej yang ada disini. Baik korang pergi cepat sebelum harga promosi ini ditukar. Menurut pekerja disini, Pakej yang hangat adalah  Sifu A dan Sifu C. Korang nampak tak harganya tu? 

SIFU A = Urut kaki 60min + Bahu, Belakang dan Leher  30min = RM90
SIFU C = Urut kaki 45min + Bahu, Belakang dan Leher 15min = Rm60

Bella pilih SIFU C. Cukuplah belakang 15min. Kaki Bella yang penat dan letih sekarang ini. Syokla kalau ada yang sudi belai dan urut kan.


Masuk je kedalam Bella disambut oleh pekerja yang ramah dan penuh dengan senyuman. Ada ruangan menunggu yang kecil tapi bersih dan teratur. Kemas sangat SI FU - Master Of Reflexology & Wellness ini. Selepas memberitahu Pakej apa yang kita mahukan, kita akan disuruh duduk untuk menunggu persiapan untuk mengurut seperti tempat urutan dan minyak urut. Jangan salah faham tau, SI FU - Master Of Reflexology & Wellness adalah 100% milik bumiputera, telah berdaftar dan tiada menyediakan khidmat yang terlarang. CLEAN !!. Jadi tidak perlu takut dan was-was untuk kesini.

pusat urut bersih

Masuk-masuk je nampak mangkuk ni. Waaaa... tak sabarnya nak manjakan kaki!! bestnya. Ini adalah untuk merendam kaki kita sebelum diurut. Ada juga yang terus duduk dikerusi dan air rendaman itu dibawa ke kaki. Bagi wanita yang mahukan privacy, ada bilik tertutup dan khas untuk wanita. Bagi bilik tertutup ada bayaran tambahan dikenakan. Masa Bella sampai tu, orang takda. Jadi mana-mana pun boleh. 

     foot massage best

Sebelum mulakan urutan, kaki Bella direndam dengan air garam. Air garam tu warna pink lagi. Rasanya sangat nyaman. Panas suam2x macam tu. Comel je rasa sebab warna pink. Selepas rendam dalam 5min - 10min macam tu, kaki Bella dilap dengan kain bersih. Waaa... terasa bak puteri. Kaki orang sambut ko. Ahaks.

massage terbaik

Bella disuruh untuk baring di ruangan ini. Waa.. cantik dan selesa. Menurut Pengasas SI FU - Master Of Reflexology & Wellness ini, En Raja Fuad, suasana dalam ini memang dicipta damai, suram, kelam dan malap untuk semua pengunjungnya merehatkan diri dan tidur sahaja. Jadi disini memang sunyi dan hanya muzik yang slow dan merehatkan diri akan dipasang. Aduss damai sungguh. Terasa rugi pula ambil pakej yang sekejap saja. Sepatutnya Bella ambil pakej SIFU RELAX. Rugi sangat rasa. Kena datang lagi ni.

    pusat urut kaki terbaik

Bella diurut oleh SIFU dari Malaysia. SIFU disini terdiri daripada lelaki dan wanita. Bila SIFU ni, mulakan saja urutan pada kaki Bella, Fuhhh!! rasa macam terkena kejutan elektrik sedapnya. Menyentap!! Mestilah kaki pun perlukan rehat. Selesa sangat urutan SIFU disini. Biasalah kalau berubat mestilah rasa sakit sikit-sikit. Nak baik kan? Nak rasa relax kan? Tahan sikit la yer.. Biasanya urutan paling sakit adalah pada tempat yang bermasalah. Macam Bella pada ibu jari kaki. Mak aihh! menyentap-yentap bahagian tu. Mesti sebab Bella kerja kena pakai kasut tumit. Tu yang kaki sakit tu.

      relax

Punyalah syok diorang urut kan.. siap leh main tenet lagi. Selepas SIFU mengurut kedua-dua tapak kaki, sampailah masa untuk mengurut bahagian belakang badan pula.

       

Masa urut belakang, memang sakit sikit yer. Alamak!! tercrop plak kepala SI Fu. heheh.Ini pusat urut, bukan SPA memanjakan diri. Pusat urut ini untuk melancarkan perjalanan darah. Lepas urut tu,badan terasa panas je. Menunjukkan perjanan darah lancar.

urut terbaik

Selepas habis berurut, kami dihidangkan dengan teh halia yang menjadi signature disini. Rasanya sedap dan merehatkan badan. Elok la untk membuang segala angin dalam badan kan. Sedap.

      
     
Kalau korang berhajat nak massage satu badan, SI FU menyediakan minyak aroma yang diadun sendiri. Baunya lebih kepada mint dan menyegarkan. Memang menarik - narik Bella untuk meminyakkan satu badan Bella ni, tapi Bella tak booking jadi tak sempat la. Bagi korang yang nak datang hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad kena booking. Full House. Takpelah dah tau service kat sini macam mana nanti boleh la datang lagi.Terbaik!!

Untuk keterangan lanjut, bolehlah ke :-



Email :-sifuwellness@gmail.com 

Address :-   2, Jalan 27/70 A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
(Betul-betul belakang AmBAnk dan Sebaris dengan Klinik Segara)

Tel No :- 03 62065970 / JO 012 2672624

You Might Also Like

14 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.