TUALA WANITA LAURIER DENGAN KECANGGIHAN INOVASI JEPUN

17 August

Bila wanita datang bulan, atau period, paling merisaukan bila satu hari itu penuh sangat dengan aktiviti yang memerlukan kita banyak bergerak. Selalunya ia akan membuatkan kita rasa tidak selesa dan rasa sering hendak ke tandas. Macam Bella, Bella akan memastikan kebersihan menyeluruh yang diperlukan juga masa ini. Jadi, amat penting sebenarnya memilih tuala wanita yang selesa dan paling penting memberikan penyerapan yang menyeluruh. Sekarang kita ada lebih pilihan dari Kao Malaysia yang baru melancarkan Laurier serba baharu dengan penampilan dan gaya yang lebih segar. Paling penting, TUALA WANITA INI LAURIER DENGAN KECANGGIHAN INOVASI JEPUN. Kecanggihan yang macam mana tu kan? Ini yang Bella nak ceritakan ni. 

tuala wanita terbaik, laurier, tuala wanita,kao malaysia, period, pad, pad terbaik

Kao Malaysia bukan saja melancarkan tuala wanita Laurier yang diperbuat dengan penuh perhatian (made with love) ia juga memperkayakan kehidupan wanita dengan kecanggihan inovasi jepun dalam proses pembuatannya. Kalau korang nak tahu, bungkusanya juga diperbaharui. Menunjukkan sepenuh perhatian yang diberikan pada produk baru Laurier kali ini. Ia mempertengahkan gaya dan penampilan yang lebih segar. Pembungkusan ini menyerlahkan identiti baru Laurier dan direka dengan mengambil kira keperluaan dan kemudahan golongan wanita. Kecanggihan inovasi Jepun yang dimaksudkan adalah ciri "ultra absorbent core" yang dipertengahkan.

tuala wanita terbaik, laurier, tuala wanita,kao malaysia, period, pad, pad terbaik

Memahami sangat Kao Malaysia ni kan? Memenuhi sangat gaya hidup wanita yang sofistikated dan aktif pada hari ini. Ia memang amat membantu meningkatkan keyakinan diri kita bila pakai betul tak? Bila kita yakin yang pad kita dapat menampung dengan baik, kita pun tak perlu risau lagi nak buat apa - apa aktiviti. Rasa macam hari - hari biasa saja. Kao Malaysia juga akan terus berkongsi keterujaan terhadap produk - produk keluaran mereka yang inovatif demi memaksimumkan kepuasan hati pelanggannya. Macam kita. Memang terbaik.

Tuala wanita laurier dengan kecanggihan inovasi jepun

Kalau korang nak tahu, Kao Laurier ini telah bermula sejak 35 tahun lagi. Jadi dengan pengalaman ini, tidak boleh disangkal lagi kualiti produk Kao Malaysia ini kan? Bagi ciri pembungkusan baru ini pula, ia mahu menarik minat remaja yang mahukan bungkusan yang ringkas, berwarna - warni dan segar. Patutlah Bella pun sangat tertarik. Remaja belia lagilah maksudnya Bella ni. Hehehe.  Bagi Bella, warna purple dan pink yang ditonjolkan memang amat menarik perempuan. Bukan remaja saja, makcik bawang dan nenek Bella kat rumah pun mesti tertarik. Pink kan warna kegemaran perempuan sedunia. Pink melambangkan kelembutan gitew. 

tuala wanita terbaik, laurier, tuala wanita,kao malaysia, period, pad, pad terbaik

Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara pada majlis pelancaran berkata "Kao Laurier terus berpegang pada komitmennya dalam menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan." Waahh!!! Sangat memahami. Kena sangat dengan tema mereka kali ini, make with love. Selain daripada ciri "ultra absorbent core" yang dipertengahkan, tuala wanita kali ini juga dilengkapi dengan "Quick Lock System" dan "Diamond Surface." Bukan Bella saja tau pengguna setia Laurier, Emma Maembong dan Elfira Loy juga amat berpuas hati dengan Laurier terbaru ini. 


Istimewa buat korang Bella senaraikan Laurier yang terbaru. Korang tinggal pilih saja. Setiap tuala wanita Laurier ini telah dilengkapi dengan kecanggihan inovasi Jepun iaitu :-

  • Ultra Absorbent Core - Penyerapan maksimum bagi menghalang kebocoran. 
  • Quick Lock System - Dwi lapisan udara yang lembut dan kering yang pantas menyerap.
  • Diamond Surface - Penyerapan 2x lebih pantas membuatkan wanita rasa 5x lebih kering. 
Bagi Ultra Absorbent Core terdapat pada Laurier Night Safe, dan Diamond Surface tiada pada tuala wanita maxi non wing. Korang baca saja pada bungkusan tuala wanita ini. Semua ada. Rasa teruja nak cuba kan? Tiba - tiba rasa macam bilalah nak datang bulan ni. Tak sabar nak beli Laurier terbaru ni kan? Ke Bella seorang je rasa macam tu? Tapi takpe. Korang beli je sekarang. Sebabnya!!! 

tuala wanita terbaik, laurier, tuala wanita,kao malaysia, period, pad, pad terbaik

Sebabnya korang mungkin akan memenangi hadiah utama iaitu percutiaan 5 hari 4 malam ke Jepun untuk dua orang lengkap dengan jurugambar peribadi lagi!! OMG!!!! korang hanya perlu ikut langkah mudah iaitu :-
  1. Beli mana - mana produk Laurier baharu bernilai RM20.
  2. Rakam atau snap idea "Make with Love"
  3. Muat naik gambar korang ke laman Kao Laurier Facebook
  4. Letak #LaurierMadeWithLove.
  5. Minta kawan - kawan like gambar korang banyak - banyak!!!
Peraduan 'Made with Love' ini bermula dari 8th August sehingga 31 October 2018. Jadi korang kena cepat - cepat sertai peraduan ini. Selalunya yang join awal - awal tu lagi cepat dapat like kan? Korang jangan lupa baca terma dan syaratnya pula klik link ni #LaurierMadewithLove.  Maklumat lebih lanjut :-

Facebook Laurier         :- Kaolaurier
Website Kao Malaysia      :- Kao Malaysia

Berbaloi kan? Beli tuala wanita baru, dapat keselesaan, dapat join peraduan pula. Mana tahu dapat pula ke Jepun. Semoga berjaya. 




You Might Also Like

1 ulasan

  1. bestnya kalau menang peraduan tu. nak ke join ni mana tahu dapat ke jepun

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY