Enter your keyword

Wednesday

RESEPI OVERNIGHT OAT BUAH NAGA YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum... Demam diet bermula balik, sebab Bella dan mengikuti Program Jom Kurus Musim 11. #JKM11 Korang kena ingat, senaman hanyalah menyumbangkan 30% untuk kurus dan selebihnya adalah makanan. Tapi, kalau korang diet tapi tak senam. Tup2x kurus. Mengelebeh badan tau. Jadi kena seimbang. Jom la bersama dengan Bella join Jom kurus Team Kota Damansara. Kalau korang nak tahu, antara makanan yang melambatkan korang daripada merasa lapar adalah oat. Tapi kalau asyik makan oat kosong je, boleh termuntah kan? Jadi, hari ini Bella nak kongsikan dengan korang RESEPI OVERNIGHT OAT YANG MUDAH DAN SEDAP. Cuba tau.

RESEPI OVERNIGHT OAT YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI OVERNIGHT OAT YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI OVERNIGHT OAT BUAH NAGA YANG MUDAH DAN SEDAP


RESEPI OVERNIGHT OAT YANG MUDAH DAN SEDAP

Bella malas nak membebel panjang. Korang bukannya nak baca. Jadi Bella teruskan kepada bahan - bahan yang diperlukan.

  1. Oat segera. Bella beli yang plastiknya warna merah.
  2. Chia Seed. Sikit saja. Dalam satu sudu kecil.
  3. Yogurt Greek. 
  4. Sedikit kismis (Ikut suka)
  5. Susu rendah lemak.
Caranya pula :-
  1. Masukkan Oat terlebih dahulu.
  2. Lapiskan dengan sedikit Chia Seed.
  3. Lapiskan dengan yogurt greek.
  4. Masukkan pula buah naga.
  5. Masukkan sedikit kismis.

RESEPI OVERNIGHT OAT BUAH NAGA YANG MUDAH DAN SEDAP

Siap!!! Korang simpan dalam peti sejuk dan esok bolehlah makan. Terpulang juga dekat korang kalau nak letak sedikit madu. Total kalori untuk  OVERNIGHT OAT BUAH NAGA YANG MUDAH DAN SEDAP ini adalah 368cal sahaja. Saiz bekas Bella ni, macam cawan je tau. Korang juga boleh kacau sebelum simpan dalam peti supaya oat itu sebati dengan susu. Pastikan susu letak sedikit saja supaya kemanisan buah naga korang terpelihara. Kalau tak. Tawar la jawabnya. Paling penting sedap. Bella suka. Yum2x. Selamat mencuba. 

2 comments:

  1. salam sis, sedap ke kalau oat overnight nie campur skali buah naga? and boleh ke kalau susu segar ditukarkan kepada susu badam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah kalau nak tahu sedap ke tak. Saya x pernah cuba guna susu badam. Dan saya tak suka rasa susu badam. Awak boleh cuba dulu. Takdalah masalah pun. :)

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian