PANTASNYA LALAMOVE

PANTASNYA LALAMOVE ??? Lalamove itu apa? Ini yang Bella tak sabar nak ceritakan dekat korang ni. Sekarang kita sudah makin lebih banyak pil...

PANTASNYA LALAMOVE ??? Lalamove itu apa? Ini yang Bella tak sabar nak ceritakan dekat korang ni. Sekarang kita sudah makin lebih banyak pilihan dalam memilih khidmat penghantaran yang lebih pantas dan berkualiti untuk pesanan makanan kita. Kalau korang nak tahu, Lalamove ini adalah pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on-demand) global yang kini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia. 

lalamove, khidmat penghantaran cepat

Dengan adanya Lalamove, penghantaran barang belian kini diukur berdasarkan minit dan bukan lagi hari. Kepantasan ini dibolehkan oleh pemadanan pemandu - pemandu dengan para pengguna menerusi aplikasi Lalamove dalam tempoh beberapa saat sahaja. Mudah sangat kan? Penghantaran jarak dekat boleh dipenuhi dalam tempoh satu jam sahaja. Jadi, bagi korang yang meniaga, aplikasi ini membolehkan peniaga macam korang memperkembangkan lagi perniagaan tanpa dibebani masalah logistik ataupun kos operasi yang tinggi. Buat masa sekarang, Lalamove baru beroperasi menggunakan motor dan kereta sahaja. Tapi, pihak Lalamove bakal meluaskan pilihan perkhidmatan dengan menyediakan van dan trak bagi memenuhi keperluaan yang berbeza.

lalamove, perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan laju, cepat sampai

Kalau korang nak tahu, sebelum Lalamove ini beroperasi sepenuhnya, proses pengujian selama sebulan di Kuala Lumpur telah dijalankan. Lalamove telah mencapai keputusan yang amat memberangsangkan dengan merekodkan tempoh penghantaran kurang 36min untuk jarak sehingga 5km, manakala bagi jarak sehingga 10km pula, Lalamove merekodkan purata 50min sahaja. Cepat kan?? Paling penting, platform penghantaran Lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata (real time), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminggu malah sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa mempunyai gambaran berkenaan penghantaran mereka.


lalamove, perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan laju, cepat sampai

Lalamove memanfaatkan teknologi internet, aplikasi mudah alih dan ekonomi perkongsian (sharing economy) untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on-demand) sebagai satu platform penghantaran bersepadu yang mampu memadankan pengguna dan pemandu dengan sekelip mata. Sekarang ini Lalamove telah menyempurnakan sekitar 300 penghantaran setiap hari dan telah menyokong operasi lebih 200 PKS dengan rangkaian lebih 1800 pemandu yang berdaftar. Boleh juga sesiapa yang nak cari duit lebih daftar sini. Bella pun macam nak daftar saja, sementara takda buat apa ni kan? Dapat juga duit poket. 

lalamove, perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan laju, cepat sampai

Korang upload saja App Lalamove ini untuk menggunakannya. Mudah sangat. Register guna no telefon saja. Sekarang ini, perkhidmatan Lalamove ini hanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur sahaja. Bella tadi cuba daftar, perkhidmatan ini tidak sedia lagi di Rawang. Bella pun teruja nak cuba sebab caj perkhidmatan Lalamove bermula hanya dari RM5 untuk penghantaran segera. Murah kan? Setiap penghantaran pula, dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan buka berdasarkan berat pakej. Sistem pengiraan ini akan mengurangkan kos overhead dan menjimatkan lebih 70% dari segi kos penghantaran dan operasi. 

lalamove, perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan laju, cepat sampai

Menurut pengarah Yong Sik Hoe, " Malaysia, mempunyai ekonomi yang sedang berkembang pesat dengan kadar penggunaan teknologi yang tinggi. Kami yakin bahawa Lalalmove akan membantu rakyat Malaysia, terutamanya golongan usahawan, dengan menyediakan kecekapan yang mereka perlukan di era perhubungan yang pantas dan meluas ini. Tambahan pula, permintaan untuk khidmat penghantaran barangan belian juga kian berkembang seiring dengan pertumbuhan sektor e-dagang. Aplikasi ini bakal meningkatkan bukan saja perusahaan kecil dan sederhana, malah juga seluruh ekosistem penghantaran di Kuala Lumpur dan seluruh negara." Betul. Sekarang kan semua orang lebih suka membeli di website saja. Bella pun suka. Sebab masa dapat tu terasa macam dapat surprise dan hadiah. Betul kan?

lalamove, perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan laju, cepat sampai

Bella rasa korang semua sudah dapat gambaran jelas mengenai Lalamove kan? Bella rasa siapa yang duduk di Kuala Lumpur dan sekitarnya kena cuba sebab tiadalah masalah barang hilang ke, kena lempar ke. Dorang akan hantar terus. Tiada pit stop. Tambahan pula caj ikut jarak, bukan kuantiti. Ha, nak untung hantar barang terus kan? Maklumat lanjut, korang bolehlah melayari LALAMOVE.COM 

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.