7 SEBAB KENAPA IMPIANA HOTEL IPOH MENJADI PILIHAN

Percutian Bella ke Ipoh kali ini memang dirancang. Berdasarkan pengalaman Bella terdahulu, Hotel Impiana Ipoh tetap menjadi pilihan. Bella ...

Percutian Bella ke Ipoh kali ini memang dirancang. Berdasarkan pengalaman Bella terdahulu, Hotel Impiana Ipoh tetap menjadi pilihan. Bella tahu, bila Bella cerita dan bagitahu saja pasal hotel ini ramai makcik bawang yang sibuk menyibuk tanya apa yang best sangat pasal hotel ini sampai Bella datang saja Ipoh mesti menginap di sini. (Hehehe gurau je tau makcik bawang) Jadi, meh Bella bagitahu  7 SEBAB KENAPA IMPIANA HOTEL IPOH MENJADI PILIHAN.  

7 SEBAB KENAPA IMPIANA HOTEL IPOH MENJADI PILIHAN

1. LOKASI YANG STRATEGIK


Pemilihan hotel bagi Bella amat penting untuk memilih penginapan yang berdekatan dengan semua tempat menarik, tempat makan yang sedap dan tempat tarikan utama. Pemilihan ini amat penting sebab ia dapat dan akan menjimatkan masa dan kos kita semasa bercuti. Impiana Hotel Ipoh memang memenuhi ciri Hotel yang Bella pilih sebab lokasinya memang strategik dan berdekatan dengan banyak tempat antaranya :-

AKTIVITI MALAM
  • Pasar malam Gerbang Malam - 7min
12 TEMPAT MENARIK DI IPOH
  • Fantasy House Trick - 8min
  • Ipoh World Han chin Pet So - 9min
  • Ho Yan Hor Muzium - 9min
  • Padang Reakasi padang polo - 9min
  • Art Of Old town & Ipoh Herittage - 9min
  • Dataran KTM Ipoh - 10min
  • Kinta Rivet Front -10min
  • Stesen Keretapi Ipoh - 11min
  • Pasar Karat Memory Lane - 12min
  • Muzium Darul Ridzuan - 13min
  • Tasik Cermin Gunung Rapat - 15min
  • Taman Reaksi Gunung Lang - 18min
  • Lost Of Tambun - 21min
  • Movie Animation Park Studio - 22min
Sebenarnya dalam Impiana Hotel Ipoh sendiri ada banyak makanan yang sedap. Tapi mungkin korang dah tertengok gambar dekat Facebook atau instagram dan korang teringin nak rasa. Macam Bella. Selalu macam tu. Jadi, sini Bella senaraikan 6 tempat makan sedap dan wajib pergi.

TEMPAT MAKAN SEDAP DAN WAJIB PERGI
  • Nasi Ganja Restoran Tumpangan - 6min
  • Mee daud Mat jasak - 6min
  • New Hollywood Ipoh - 8min
  • Plan B Ipoh - 9min
  • Green Town Dimsum Cafe - 9min
  • Restoran Simpang tiga - 11min
Banyak lagi sebenarnya. Tapi yang ini sebab Bella nak pergi dan Bella buat note, jadi Bella tulis yang ini dulu. Paling penting dekat juga dengan mural - mural untuk ambil gambar OOTD kite. Gitew!!


Impana hotel ipoh, penginapan terbaik ipoh, hotel ipoh, hotel terbaik ipoh, ipoh, bercuti ke ipoh

2. HARGA YANG BERPATUTAN
Harga yang sangat berpatutan dan masih mampu milik. Ini Bella check untuk tarikh hari ini. Harga akan sentiasa berubah - ubah mengikut promosi yang ada dan waktu peak season. Tapi selalunya harga ini masih berbaloi dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

Impana hotel ipoh, penginapan terbaik ipoh, hotel ipoh, hotel terbaik ipoh, ipoh, bercuti ke ipoh

3. PEKERJA YANG SANGAT "FREINDLY"
Betul, Bella tak tipu. Bella suka sangat dengan staff - staff dekat sini. Semua baik - baik belaka dan sangat bertanggungjawab. Nampak sangat semua gembira dengan tanggungjawab yang diberikan. Semua pekerja disini pekerja lama yang sangat setia dengan Hotel Impiana Ipoh ini. Paling penting dorang semua murah dengan senyuman. Tapi, kena ingat la, bila kita buat baik dengan orang, barulah balasan yang kita dapat pun baik. Kalau korang melanggar aturan hotel, lepas tu nak salahkan pihak hotel memang tak patutla kan? 





4. BILIK HOTEL YANG BERSIH
Bilik hotel sajalah yang Bella boleh huraikan dan ceritakan dekat korang sekarang ni. Tak kerja plak la Bella nak periksa keseluruhan hotel. Termasuk bila orang kena parang pulak kang. Bilik memang superb. Bella sukakan keluasan bilik Bella. Selasa buat dua orang. Lengkap semuanya siap dengan bath tub lagi. Nanti Bella tunjukkan keseluruhan bilik Bella ok.



5. BUFFET MAKANAN YANG MURAH
Buffet makanan yang murah. Betul - betul murah. Dekat KL, mana dapat buffet semurah ini. Sekarang lagi bertambah murah dengan promosi Merdeka 3 + 1 Special deal. Bila korang beli buffet untuk 4 orang dewasa, seorang akan dapat makan secara percuma. Bermula dari 1 August 2018 sehingga 31 August 2018.


Impana hotel ipoh, penginapan terbaik ipoh, hotel ipoh, hotel terbaik ipoh, ipoh, bercuti ke ipoh

6. KOLAM RENANG YANG LUAS
Kolam renang dekat Impiana Hotel ini baru saja di pertingkatkan keluasannya. Bagi Bella, kolam ini seronok sangat mandi sebab tidak terlalu dalam. Bagi orang yang tak tahu berenang macam Bella ni, memang seronok sangatlah mandi dekat sini. Kalau yang pandai berenang lagilah seronok kan? Sekeliling kolam renang ini juga disediakan tempat berjemur dan tempat duduk lepak minum air sambil mandi. Di bahagian hujung sana pula, bahagian kanak - kanak. Seronok. Cuma kadang - kadang ada daun masuk ke dalam kolam renang. Tapi takpe. Daun kering saja, dari pokok tepi kolam tu. "Nature"sangat kan?


Impana hotel ipoh, penginapan terbaik ipoh, hotel ipoh, hotel terbaik ipoh, ipoh, bercuti ke ipoh

7. KEMUDAHAN YANG LENGKAP
Impiana Hotel Ipoh bukan saja mempunyai kemudahan kolam renang, tetapi juga mempunyai kemudahan :-

  • Gym
  • Ballroom 
  • Meeting room
  • Garlet
  • Wifi
  • Restaurants
  • Banquet services
  • surau
Bolehlah nak menempah untuk buat apa juga aktiviti, event, pelancaran majlis, perjumpaan keluarga, hari keluarga, majlis perkahwinan dan macam - macam lagi lah. Korang boleh baca maklumat lanjut:-

Alamat :- 18, Jalan Sultan Nazrin Shah, 30250, Ipoh Perak.
Tel :- 05 - 2555555 Fax :- 05 2558177
Email :- info.ihi@impiana.com
#impianainspires


Selamat bercuti. Seronok tapi masih dapat berjimat.


You Might Also Like

4 ulasan

  1. menarik..impiana nie mmg dekat dengan ipoh..dlu pernah berkursus di sna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Nama Impiana Ipoh mestilah dalam Ipoh syang. Mesti seronok kan? khusus sini.

      Delete
  2. Kak Vit suker foods dia. Sedap sangat. especially cucur udang. Rangup kat luar, lembut di dalam. Nyumss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul setuju. Sedap. Saya 2x tambah. Karipap isi dodol ada cuba tak?

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.