AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Wednesday

Cafe Cerita Kambing - Masakkan Kambing Tersedap

Cerita Kambing? apa tu? Cerita teladan ke? Cerita kanak - kanak ke? Sebenarnya Cerita Kambing adalah sebuah Cafe yang telah lama bertapak dalam dunia katering dan sekarang mengorak langkah kedepan dengan membuka sebuah cafe yang bertempat di Tingkat 1 Anggerik Mall. Cafe Cerita Kambing ini menyediakan pelbagai hidangan yang berasaskan kambing. Jom Bella ceritakan Masakkan Kambing Tersedap di Cafe Cerita Kambing.

      Makanan Kambing sedap

      cafe sedap

Kedai ini terletak di tingkat 1 di bahagian deretan kedai makanan berdekatan dengan escalator didalam Anggerik Mall. Pemilik Cafe, Chef Zakaria dahulunya adalah seorang Chef disebuah hotel terkemuka. Berbekalkan pengalaman yang ada,Chef Zakaria menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Melihat perkembangan positif perkhidmatan kateringnya, Chef Zakaria membuka cafe ini bagi memudahkan pelanggannya merasa makanan yang bakal dihidangkan disamping memberi peluang kepada pelanggan yang lain merasa makanan enak hasil air tangan Chef Zakaria ini. Maknanya korang tiada apa2x majlis untuk di buat tapi hendak cuba masakkan kambing disini, datang saja. Chef Zakaria akan sediakan buat korang.

    restoran sedap

Ini Kambing Masak Beriyani Masala. Bella tidak suka sangat kambing ni. HB yang memang gemarkan kambing. Kegemaran sangat. Bella kesini pun sebab HB. HB makan banyak la masakkan ni. Dia kata sedap. Daging lembut je. Langsung tak hanyir. Jadi, maknanya pengemar kambing pasti takkan rugi kalau kesini.

     Restoran tersedap

Ini pula Ayam Masak Merah, nasib ada ayam. Bolehla makan sepuas - puasnya. Paling terbaik, punyalah besar saiz ayam dalam bekas ni. Bella macam alamak, besarnya...nanti tak abis. Rupanya abis. Sedap punya pasal.  

     

Acar Timun mestilah ada sebab menu hari ini adalah nasi beriyani. Acar timun ni mudah saja, ada bawang besar, timun, nanas dan cili besar. Bella tak tahu pun, tapi Bella nampak dan rasa itulah bahan asasnya. Kesegaran bahan-bahannya memang terasa segar. Takkan lengkap menu nasi beriyani tanpa acar timun ini.

     Sedapnya

Ini pula pencuci mulut. Pengat Pisang Tanduk. Arrrrggghhh sedap sungguh. Bella makan terus terasa bersinar- sinar biji mata sebab kesedapannya. Lembut, cukup rasa, manis - manis buah dan kelemakkan santannya. Cukup lengkap dan sempurna.Nak datang lagi nak makan ni saja. Sedap laaa... teringat2x rasa pisang tu. 

    

Paling Bella teruja, ada ubi rebus. Apa??? ubi rebus?? ini bukan makanan zaman jepun ke?? susah nak dapat kan sekarang. Chef Zakaria ada sediakan di Cafe Cerita Kambing ini. Memula memang Bella terkam ubi rebus ni dulu. Takut sold out. Tak merasa plak nanti. Jadi Bella makan ini dulu la. Ubi rebus ini disediakan bersama - sama sambal ikan bilis dan kelapa bercampur gula. Bella cuba kedua - duanya sekali. Sedapnya. Lama sungguh tak makan. Lepas gian.

LAKSA JOHOR

Ini adalah menu terakhir yang Bella makan. Penuh dah perut. Tidak terdaya nak telan. Laksa johor. Perrgghh sedap rupanya. Selalunya kita makan makanan tu,  makan dah kenyang dah tak terasa dia punya kesedapan tu kan?? tapi Laksa Johor ini tetap terasa kesedapannya. Terbaik. Bella tak pernah makan laksa johor. Lepas makan laksa johor kat Cafe Cerita Kambing ni, terus rasa nak makan lagi. Apa yang lain dari yang lain, Laksa Johor ini diletak daun selasih.Sedap sungguh laksa johor ni. Gambar sementara dulu, Sebabnya gambar pada Hp HB. Jadi sementara ni guna gambar ni dulu la. Sambil-sambil promote IG. Hehe.


Sebenarnya banyak lagi dan berbagai menu lagi yang Chef Zakaria boleh masakkan. Kalau korang nak tempah katering dengan Chef Zakaria korang nak menu lain dari yang lain, korang boleh minta saja. Chef Zakaria akan menggunkan kepakarannya masakkan untuk korang. Jangan risau, pasti sedap dan puas hati. Korang boleh lah menghubungi sendiri Chef  Zakaria di :-
  
Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah :  019 2816 308  ( tel )  | 019 3531 320 ( whatsapp )
Atau boleh ke Facebook mereka iaitu di Nor Aziah Dahari atau Endau Briyani Caterers.

Lagi satu, jangan lupa datang ke Pesta Makanan di Anggerik Mall. Cafe Cerita Kambing pun ada.  Selamat Menjamu selera korang... xoxo.

3 comments:

  1. Masakan menu Kambing sedap sesedap ceritakambing, saya suka..

    ReplyDelete
  2. nanti nak datang lagi nak try kambing panggang lak heheheh

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.