Bercuti
Ho Chi Minh
Vietnam
MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 1
01 February
Siapa yang pergi ke Ho Chi Minh buat pertama kali, tidak lengkaplah kalau korang tidak pergi MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH. Shopping ia juga. Tapi, kalau contoh pergi dengan anak - anak atau suami mesti diorang bosan tidak ada aktiviti. Asyik ikut kita ke hulu hilir cari barang dihajati kan? Bella shopping tu hanyalah part of aktiviti wajib buat. Tapi datang ke Ho Chi Minh tujuaan utama bukan membeli belah. Jadi, memang aktiviti ni wajib kami buat.
MENCARI PAKEJ HALAL UNTUK MENYUSURI SUNGAI MEKONG
Bella mengambil pakej di Hotel tempat Bella menginap saja. Bella pun cadangkan korang ambil dekat situ saja, sebab dijamin 100% halal. Bukan semua pakej ke Sungai Mekong menyediakan makanan halal tau. Sebelum korang beli, korang kena pastikan betul - betul dulu ia adalah pakej halal. Sebab, Tour ini boleh dikatakan mengambil masa 1 hari. Inilah Tour Guide kami. Buat lawak yang takda orang gelak. Slang English dia buatkan lawak tu tak sampai. Kah2x. Sian dia. Ingat nak keluar awal dan bersarapan terlebih dahulu. Tapi semalam shopping sampai tak ingat malam, pagi ini kali lewat. Tunggu bas dekat hotel saja. Senang.
Kami menaiki bas sehingga ke Kinh Chao Qui Khach ini. Panas terik tersangat. Disini, kami menaiki bot yang bergerak perlahan. Ramai juga orang Malaysia dalam ni.
MENAIKI BOT YANG UNIK
Keadaan didalam bot ini. Kami memilih duduk memandang ke depan saja. Bella takut pening. Bot siap ada meja kat dalam. Keadaan dalam bot ok sikit la dari luar bot yang panas terik tu. Air laut sangatlah coklat. Bella pun tak pasti kenapa. Kotor mungkin.
KILANG YANG SEPI
Kami dibawa ke sini. Nama tempat Bella tak ingat. Sunyi sungguh. Bella rasa kalau tak ada pelancong datang, mesti tempat ni lagi sunyi. Adalah jual T-Shirt, keychain dan bag. Tapi mahal. Bella rasa dah lama terbiar dekat situ.
BELAJAR CARA MEMBUAT GULA KELAPA TRADISI VIETNAM
Bila sampai sahaja di tempat membuat gula - gula kelapa ini, Bella diperkenalkan dengan mesin untuk memerah santan. Walaupun ia masih memerlukan tenaga manusia, tapi masih ok jika hendak dibandingkan dengan memerah santan menggunakan tangan. Masa kami sampai, santan telah pun siap diperah. Jadi, Bella tak dapat tengok bagaimana cara menggunakan mesin ini.
Bella sempatlah pura - pura cuba mengacau kelapa ini. Senang sangat. Sebab ia tidak likat lagi. Baru nak masak. Boleh dikatakan, 100% adalah menggunakan tenaga manusia. Macam bengkel la macam tu.
MEMEGANG ULAR SAWA VIETNAM
Selepas melihat cara pembuatan gula - gula kelapa, tiada aktiviti khusus. Bella mengambil kesempatan berjalan ke sekitar kilang ini. Nampaklah kuih tradisi ni. Siapa tahu? Bella tidak pasti ini kuih apa. Apa yang pasti, ia harus dijemur. Berlambak - lambak. Atas atap pun ada. Harap Bella tak termakan semasa di Ho Chi Minh. Hehehehe.
Masa Bella tengah lepak - lepak tu, Bella ternampak la ular sawa ni. Terus Bella bagitahu HB. Kesiannya ular ni. HB kata huish besarnya! Tetiba ada pekerja sini ternampak. Terus dia offer untuk Bella pegang. Seriously??? dalam sangkar ini pun Bella tengok jauh - jauh. HB bersetuju untuk pegang. Dia memang, pergi mana - mana kalau nampak, mesti nak pegang. Kalau dekat Zoo mesti cari sangkar ular. Bagi dia, ular adalah binatang yang sangat unik. Bagi Bella mashaALLAH. Kenapalah binatang ni wujud dalam dunia ni. Geli geleman!!
Bila dapat ular tu, sakanlah dia bergambar. Buat aksi cium la, peluk la, apa la. Bella letak sekeping jelah. Kang takut ada yang terkenan plak ngan ular ni.
Rupanya !!!!! sambung nantilah yer. Panjang bebenor dah Bella rasa. Takut korang bosan plak. Jangan lupa baca juga
1 ulasan
Besarnya ular sawa tu
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.