MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2

21 February

Sambungan daripada Menyusuri Sungai Mekong HO CHI MINH Bella sengaja buat 2 part sebab terasa panjang sangat pula part 1 tu. Takut korang bosan baca. Ramai yang tanya, berbaloi ke pergi MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2 ni? Bagi Bella ok jer. Pengalaman baru kan.

sungai mekong, ho chi minh

Rupanya!!! ( Kena baca Part 1 baru boleh faham part 2) destinasi seterusnya hanya di belakang kilang yang kecil ini sahaja. Jalan kaki je pun. Sepanjang perjalanan, boleh nampak lah kehidupan orang disini. Kebanyakkan kerja, semua handmade. Semuanya kelihatan amat kurus dan cengkung. Tempat kerja berbumbung, tapi berlantaikan tanah. Insaf.  Kami meneruskan perjalanan hingga ke hujung.

MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2

Perjalanan taklah jauh sangat. Cuma cuaca panas membuatkan kepala berdenyut dan kaki menjadi berat. Tadi kami hanya dihidangkan dengan gula - gula kelapa. Masalah Bella, HB je. Dia kalau tak makan nasi jadi harimau. Tanya sikit kena marah. Salah cakap sikit kena marah. Redha jela. Rupanya sesuatu yang menarik menunggu kami.

bercuti di ho chi minh

Kereta kuda. Waahhh!! HB jadi semangat balik. Bukan senang dapat naik kereta kuda zaman Pak Jib ni. Eh Silap. Zaman moden ni. Nasib tak duduk betul - betul belakang bontot kuda ni. Busuk la. 

MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2

Jauh jugalah kuda ini membawa kami. Meronta - ronta jugalah tulang pungung terhentak - hentak. Walaupun "have fun" juga naik kuda ni. Tapi perasaan kesian tu menebal dalam diri Bella. Bertabah ya kuda.

ho chi minh


Kami dibawa menuju ke satu kawasan macam pasar penduduk tempatan menjual hasil ternakan dan tanaman mereka. Bella hanya lalu saja. Masing- masing hanya lalu dan memandang kiri dan kanan tanpa ada seorang pun yang berhenti untuk membeli. Boleh dikatakan, setiap tempat kami berhenti dan setiap laluan penuh dengan barang jualan. Bella tak pasti sama ada harganya lagi murah dari pasar Ben Then atau lagi mahal. Lagipun kawasan persekitarannya agak kotor. Membantutkan nafsu nak membeli tu.

ho chi minh, bercuti di sungai mekong

Perjalanan diteruskan dan rupanya kami dibawa kembali ke bot. Bila sampai sahaja, air kelapa muda sudah siap sedia untuk kami. Waaahhh!! teruja. Kalau sejuk ni, memang lagi nikmat. Tapi, untuk waktu panas terik ni, dapat air kelapa muda macam ni pun dah terasa kenikmatannya. Alhamdullilah.


Kami dibawa ke pulau seterusnya. Pulau yang agak menarik dan nampak lebih kemas dan tersusun. Macam biasa, penuh dengan kedai kraftangan penduduk tempatan. HB tak bagi Bella beli. Jangan kata beli, tengok pun tak boleh. Lagipun tak ada apa yang Bella teringin nak beli dekat sini.

bercuti di vietnam

Bella tak pasti apa khasiat minyak ni. Nyeri. Tengok pun dah meremang satu badan. Ia dijual disalah satu kedai disini. Tapi, tidaklah Bella tanya harga dan kegunaannya.

HO CHI MINH, SUNGAI MEKONG

Bila masuk lagi kedalam, rupa - rupanya, kedatangan kami memang dinantikan. Disetiap meja telah disediakan buah - buah tempatan. Makan buah lagi. Kalau di Korea, asyik makan sayur saja. Di Ho Chi Minh ini, dari tadi kami dihidangkan dengan buah - buahan tempatan. Bella sukakan semuanya!! Manis - manis. Tapi, takdalah terlalu berbeza rasanya dengan buah - buahan di Malaysia. Sama saja.


Sementara kami sibuk makan, ada beberapa orang gadis Vietnam menyanyi lagu melayu. Jangan terkejut. Bella teruja sungguh dengan adik kecil ni. Dia yang mainkan gitar untuk gadis - gadis Vietnam ini nyanyi.




Akhirnya!!! Kami diminta bergerak ke belakang kedai dan barulah bertemu dengan Sungai Mekong. Aduss. Dari tadi Bella tertanya - tanya. Bilalah nak naik sampan di Sungai Mekong ni. Keistimewaannya, Sungai yang kecil ini, penuh dengan sampan yang dibawa oleh rakyat tempatan yang kebanyakkanya tua - tua belaka. Kesian pun ada. Paling unik, walaupun penuh dengan sampan dan sungainya kecil, tiada pelanggaran berlaku. Unik kan? Hahhaha. Sebelum naik, Tour guide ada bagi penerangan supaya naik berhati- hati dan tidak melompat masuk. HB pergi pijak ntah bahagian mana ntah. Habis satu sampan hampir terbalik. Adui.. 

Ho Chi Minh, Vietnam

MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2

Kami dibawa ke seberang, dan disini ada pula teh madu dan manisan pula yang menanti. HB dah membebel dah. Lapar. Mana nasi ni. Bella kalau travel tempat orang inilah masalahnya. HB nak makan nasi. Bella suh dia bersabar kejap dan nikmati dulu secangkir teh madu limau ni. Ini dihasilkan semuanya secara semula jadi. Madu pun dorang dapatkan dari sarang lebah yang dorang bela. sedapla. Rasa unik. 

bercuti ke ho chi minh

Akhirnya kami bergerak ke bot untuk makan tengah hari. Kalau korang ambil pakej ke Sungai Mekong, pastikan restorannya dahulu. Sebab, restoran halal tiada sekitar sungai kena naik bus pula untuk menuju ke restoran yang Halal.


Selamat tinggal Sungai Mekong. Nak kata indah, takdalah indah sangat. Tapi pengalaman yang cukup berharga dalam mempelajari adat dan budaya di tempat orang.







Kami terus menuju ke Kedai makan. Inilah makanan yang disediakan. Korang rasa sedap ke tak? Sedap ke tak, dah tak penting untuk HB sebab dia makan dengan banyaknya. Bella makan sikit je. Langsung tak kena dengan tekak ni. HB marah. Dia kata, masa macam ni pun sempat memilih lagi ke? Mana nak tahu kan? Tekak dah tak boleh nak telan. Tak kan nak paksa. Kedai makan ni, langsung tak macam kedai makan. Ia lebih macam rumah, dan kami datang sebagai tetamu. Hmm hentamlah labu. Janji HB dapat makan nasi. Paling tak boleh tahan, owner siap tanya kami nak minum apa. Ingatkan dah termasuk dalam pakej. Rupanya air asing! Tertipu sungguh kami satu bas.

Masing - masing mengutarakan rasa tak puas hati sebab kami tidak diberitahu sebelum order. Oklah. Kena tipu air je. Jom balik dengan membawa 1001 pengalaman dan kenangan. Malam ni, Bella nak sambung shopping lagi. Depan hotel je. Jom.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY