AKTIVITI CUTI SEKOLAH - ANCASA JUNIOR CHEF

CUTI SEKOLAH BERMULA Cuti sekolah telah bermula! Bella sudah tentulah seronok. Bukan sebab Bella masih dibangku persekolahan, tapi jalan...

CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah telah bermula! Bella sudah tentulah seronok. Bukan sebab Bella masih dibangku persekolahan, tapi jalan raya pagi - pagi sangat lengang. Kurangnya kesesakkan lalu lintas. Bila cuti sekolah bermula, bangun lewat sikit pun tidak jadi masalah besar. Masih boleh menarik nafas lega sebab Bella pasti perjalanan memang lebih mudah dari hari biasa. Tapi, bagi ibu bapa yang ramai anak masih bersekolah, mesti merungut sakit kepala dan lebih menyukai hari persekolahan. Pening rumah sentiasa bersepah walaupun dah kemas banyak kali kan? Anak - anak bergaduh dan ada juga yang sakit kepala memikirkan dan menyusun aktiviti - aktiviti buat anak - anak supaya sentiasa terisi dengan perkara yang berfaedah. Bella berkesempatan mengikuti aktivti bersama dengan Ancasa Residences Port Dickson. AKTIVITI CUTI SEKOLAH ANCASA JUNIOR CHEF.

aktiviti cuti sekolah

ANCASA JUNIOR CHEF 

ANCASA JUNIOR CHEF adalah program yang sentiasa ditunggu - tunggu oleh kanak - kanak yang telah mengikuti program ini sebelum ini, kerana ia adalah program yang dijalankan tiap - tiap tahun semasa musim cuti persekolahan di Ancasa Residences Port Dickson. Acara tahunan ini, korang hanya boleh sertai sama ada di Ancasa Resident Port Dickson ataupun Ancasa Royale Pekan Pahang. Tapi tarikhnya berbeza - beza. Mesti korang tertanya - tanya kan? Program apa ni? Tak pernah dengar pun. Seronok ke? Jangan risau. Bella sudah sedia dengan semua jawapan yang korang nak tahu. Janji korang baca sampai abis je. 

aktiviti menarik di port dickson

PENDEDAHAN  MEMASAK DIDALAM USIA YANG MUDA

Bagi ibu bapa yang tertanya - tanya mengenai objektif dan tujuan program ini, ia adalah satu program khas buat kanak - kanak untuk memberi pendedahan awal mengenai masakan. Ia bukanlah pertandingan memasak. Siapa masak paling sedap, atau siapa masak paling cepat akan dapat hadiah. Ia juga bukanlah kelas masakan untuk mengajar anak - anak kita cara - cara memasak. Ia hanyalah memperkenalkan kepada anak - anak kita memasak itu apa. Unik sangat kan? Bella pun teruja. Sangat menarik. Ia seolah - olah main masak - masak, tapi "in real". Kalau anak - anak korang suka sangat main masak - masak guna dapur dan makanan plastik atau tanah liat tu, memang sesuai sangatlah bawa dorang kesini. 

aktiviti cuti sekolah

MEMUPUK MINAT DALAM DUNIA MASAKAN

Seronok Bella tengok bila anak - anak comel ini teruja setiap kali diberi peluang memasak makanan mereka sendiri. Ada yang terlalu seronok sehingga masak sambil menari. Sebab pihak resort memasang lagu baby shark sepanjang mereka sedang memasak. Ada juga yang terlalu fokus dan serius semasa memasak. Mungkin takut memegang alatan memasak buat pertama kali, atau risau apa yang mereka masak tidak menjadi. Paling penting semuanya kelihatan sangat teruja setiap kali diberikan arahan untuk mula memasak. Korang pun mesti nak tengok kretiviti anak - anak korang kan? Inilah masanya.

ANCASA JUNIOR CHEF

PENYERTAAN PENUH SETIAP TAHUN

Pada kali ini, Program Ancasa Junior Chef yang diadakan di Ancasa Residences Port Dickson ini, telah disertai seramai 40 orang kanak - kanak. Ia terbuka hanya untuk kanak - kanak yang berumur 8-12 tahun sahaja. Penyertaan memang mengalakkan terutama daripada penduduk setempat dan juga anak - anak yang telah menyertainya pada tahun lepas. Lepas ini daftarkan pula anak korang ok. Mak bapa juga boleh datang temankan anak masing - masing. Tengoklah kretiviti anak masing - masing kan. Mana tahu, rupanya mereka ada bakat terpendam. Bakal chef terkenal rupanya.

aktiviti kanak - kanak

TEMA MAKANAN SIHAT SEIMBANG

Tema Ancasa Junior Chef bagi tahun ini adalah makanan sihat seimbang. Jadi Chef Ancasa Residences telah memilih 3 menu yang ringkas dan sihat untuk chef - chef cilik ini masak. Menu pertama adalah Mixed Fruit Salad With Mayonnaise. Ia bagaikan menu perkenalan buat chef - chef cilik ini. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka hanyalah memotong buah - buahan ini ke bahagian yang lebih kecil dan gaulkan dengan mayonnaise. Nampak segar dan lazat. 

aktiviti menarik cuti sekolah

Menu kedua, pada Bella ia lebih kelihatan berat sikit sebab chef - chef cilik ini kena memasak diatas api. Chicken Schnitzel With Orange Segment Butter Sauce. Namanya pun panjang berbelit lidah nak sebut. Apa yang chef - chef cilik ini perlu belajar dan buat sendiri adalah :-
  • Mengaulkan tepung, telur dan panko didalam mangkuk pertama.
  • Mengaulkan ayam dengan lada hitam dan garam.
  • Mengaulkan tepung dengan ayam dan breadcrumbs.
  • Mencairkan mentega didalam kuali.
  • Masak ayam menggunakan mentega yang telah dicairkan selama 3 minit.
  • Siap dan hiaskan. 
Fuh!! memang hebat. Semua chef - chef cilik ini berjaya melakukan tugasan. Semuanya menjadi dan nampak sedap. Bella tengok pun telan air liur.



aktiviti menarik cuti sekolah

Menu ketiga lebih kepada melihat kretiviti anak - anak masing - masing. Mexican Bun Decoration. Bila tengok pada menu, Fuh! chef - chef cilik ini kena baking ke? Serious la. Bella pun tak pandai buat roti. Rupanya tugasan ketiga ini, hanyalah menghiaskan roti. Anak - anak diberikan whipped cream, choclate rice, marshmallow dan chocolate stick untuk mencantikkan roti masing - masing. Memang sangat kretif. Berbagai bentuk  gubdahan dan corak dapat dilihat.


ASPEK KESELAMATAN 

Bila dilihat menu - menu yang anak - anak ini perlu sediakan, mesti ibu bapa menjadi risau tentang aspek keselamatan anak - anak ini kan? Kena pegang benda tajam macam pisau dan benda panas. Jangan risau, pihak Ancasa Residences Port Dickson telah cukup bersedia dengan menyediakan pembantu disetiap meja, termasuk seorang chef hemsem di setiap meja chef cilik ini. Fuh! tengok chef - chef kacak ni dik, akak pun tetiba ringan tangan nak masak sama. Hahaha.


Segala peralatan dan kelengkapan dipastikan selamat. Kalau anak - anak ni dilihat kekok ataupun sukar hendak memegang peralatan yang lebih besar dari mereka, Chef yang akan buatkan. Hanya kerja - kerja ringan dan chef yakin untuk mereka buat sendiri, barulah chef lepaskan. Jadi ibu - bapa, jangan risau. Biarkanlah anak - anak korang menyelami dunia masakan ini ye.


aktiviti melukis batik

MELUKIS BATIK

Acara yang terakhir adalah melukis batik. Bella pun berkesempatan melukis batik. Teringin juga. Seronok juga rupanya melukis batik ni. Memerlukan ketelitiaan kita dalam pemilhan warna. Bella rasa macam eh, nak guna warna apa ni? Macam mana nak letakkan warna dengan kemas ni? Tapi, anak - anak yang lain, semua dah siap. Berbagai campuran warna dan sangat - sangat kretif. Power dik, akak pun tak terfikir nak warna macam tu.

aktiviti menarik cuti sekolah

Tengoklah lukisan anak - anak ni. Cantik kan? Sangat kretif. Siapa kata bintik pada badan zirafah  mesti berwarna orange? Tidak semestinya penyu berwarna hijau lumut!. Inilah namanya seni. Bella pula, sibuk campurankan warna untuk dapatkan warna hijau lumut. Padahnya, budak - budak lain semua dah berlari - lari, Bella sibuk lagi mewarna.  Adus.


aktiviti menarik semasa cuti sekolah

YURAN PENYERTAAN

Mesti ada yang tak sabar - sabar nak daftarkan anak - anak korang untuk aktiviti tahun hadapan kan? Bagi setiap penyertaan, yuran pendaftaran sebanyak Rm70.00 sahaja dikenakan. Bagi Bella sangat berbaloi. Sebab dengan hanya Rm70.00 mereka akan dapat :-

  • Setiap penyertaan akan diberikan apron dan topi chef yang direka khas untuk Ancasa Junior Chef ini. Nanti masa nak ajar anak - anak masak, bolehlah suruh mereka pakai. Berbolai kan? Apron ini boleh dipakai berulang kali. 
  • Ramai tenaga pengajar dan petugas yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan anak - anak dan berbagai aktiviti yang menarik anak - anak untuk turut sama serta dalam semua aktiviti. Setiap pergerakkan anak - anak akan dipantau dan akan dipastikan anak - anak berseronok dalam aktiviti ini.  Mereka juga boleh bergaul dengan rakan - rakan yang baru. 





  • Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan. Ala - ala macam graduation. Seronok anak - anak ini bila naik ke pentas dan diberi penghargaan macam ni. Bolehlah simpan sebagai kenangan juga.



  • Chef - chef cilik ini dirai dengan majlis memotong kek tanda tamat majlis. Berebut - rebut mereka hendak memang pisau untuk potong kek. Masa potong kek ini pun, belon dijatuhkan. Majlis ini hanya untuk anak - anak kita sebab mereka berjaya menjayakan progam ini dengan jayanya. Semua dengar cakap.  


aktiviti menarik cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah


  • Kesemua barang yang anak - anak kita masak memang disediakan. Termasuklah alatan melukis batik. Bukan itu saja, apa yang anak - anak ini masak, mereka boleh terus makan, atau bungkus bawa balik. Bella rasa, kos barang - barang ini pun dah lebih RM70 Memang sangat berbaloilah.


chef cilik, chef kanak - kanak,

ancasa residences port dickson

penginapan menarik di port dickson

  • Makanan tengah hari disediakan buat semua peserta.Buffet di Coffee House lagi. 
Berbaloi sangat kan? Ini semua anak - anak akan dapat dengan hanya RM70 Bella rasa program ini macam percuma saja dengan pulangan yang anak - anak kita dapat. Itu tidak dikira dengan keriangan, pelajaran yang mereka dapat, senyuman di wajah mereka, kesungguhan dan kretiviti yang mereka tunjukkan. Itu semua tak ternilai kan? Pandangan Bella sendiri, program Ancasa Junior Chef ini memang amat menarik. Bella pun tak pernah tengok program yang macam ini dimana - mana. Ilmu dan keseronokkan buat anak - anak dalam masa yang sama.



HUBUNGI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON


Maklumat yang lebih lanjut, korang boleh hubungi AnCasa Residences Port Dickson di:

WEBSITE ANCASA HOTEL :- www.ancasahotels.com
ALAMAT :- 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang. Negeri Sembilan, Port Dickson, 71050 Malaysia.
TELEFON NO :- 09-4246600


Semoga Bermanfaat :)

You Might Also Like

21 ulasan

  1. cam menarik je aktiviti gini utk kanak2 ye

    ReplyDelete
  2. Bagus ada program macam ni...!! Bestnya bella dapat join tengok gelagat chef cilik tuu. Mesti seronok kannn

    ReplyDelete
  3. Menarik. Anak-anak pun suka bila kita beri peluang untuk mereka mencuba aktiviti sebegini

    ReplyDelete
  4. Wah, bawa anak² sini kemain diorang seronok nanti

    ReplyDelete
  5. menarik aktiviti ni.. dan best stay dekat ancasa.. tempat favorite family.. every year kesana..

    http://www.athirahassin.com/2016/04/pd-short-trip-15-17-april-2016.html

    ReplyDelete
  6. Wah banyak juga aktiviti yang disediakan...menarik juga ni... sesuai utk bagi pendedahan awal buat kanak2..

    ReplyDelete
  7. Bagus ni..tapi anak kita baru dua tahun..kalau dh pandai sikit lehla bawak

    ReplyDelete
  8. Wahh bagus buat aktiviti cam ni.. Sambil bcuti kanak2 ada aktiviti yg bfaedah utk diorg..

    ReplyDelete
  9. amboii.. pandainya budak budak ni masak... kalau iman pandai masak.. mmg akan antar jugak ...

    ReplyDelete
  10. Dah pernah duduk kat ancasa hotel. Memang best bilik dia luas sangat! Btw, nampak menarik sangat aktiviti untuk si cilik cuti sekolah ni!

    ReplyDelete
  11. Seronok tgk anak2 boleh asah bakat dalam masakan...terasa mcm nak bg abg Qi turut serta la...sbb dia dari dulu suka nak masak2...tp sebab umur 5 tahun muda kan risau plak...tp tgk kat ancasa ni menariknyaaa

    ReplyDelete
  12. Nak bawak family datang sini lah. Banyak betul aktiviti. Best!

    ReplyDelete
  13. seronok ni..ade atvt mewarna..silap2 anak xnak balik

    ReplyDelete
  14. bestnye aktiviti anak2 ni, seronok tengok, bagus untuk anak2 ni belajar memasak, berdikari!

    ReplyDelete
  15. best yer aktiviti camni. The Arifs mesti suke, hope next2 year dapat join.

    ReplyDelete
  16. wahhh...menariknya aktiviti yg diorang buat...tutorial shawl please bella...hihiih

    ReplyDelete
  17. Comelnya semua.. Dan yang penting aktiviti tu best!

    ReplyDelete
  18. Bestlah aktiviti² dia, anak² pasti suka!

    ReplyDelete
  19. Bagus lah isi masa lapang anak-anak dengan aktiviti macam ni

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.