Khasiat Kiwi

Hai korang, hari ini Bella nak kongdikan pasal buah yang namanya comel iaitu kiwi . Kiwi bukan saja namanya comel, khasiatnya juga banyak ...

Hai korang, hari ini Bella nak kongdikan pasal buah yang namanya comel iaitu kiwi. Kiwi bukan saja namanya comel, khasiatnya juga banyak tau. Eh, korang kenal kan Buah Kiwi tu apa? 

        
      
Kiwi dari Zespri adalah pilihan Bella. Terdapat dalam dua pilihan KIWI HIJAU (GREEN KIWI) & KIWI EMAS (GOLD KIWI). Bella dah rasa kedua-dua nya. Makan masa sejuk.. Wahhh!! sedapnya!! Jangan korang Tak tahu pulak. Kiwi ini berasal dari New Zealand tau.  Buah kiwi bukan saja sedap, malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.

Banyak sangat kebaikan Kiwi ini. Sekarang, Bella nak berkongsi resepi. Apa korang boleh buat dengan Kiwi ini ya? Selain daripada makan begitu saja. Jangan ingat korang makan tu sia-sia tau. Korang makan khasiat Kiwi yang banyak. Langsung tidak rugi. 

Buah Kiwi adalah sumber semulajadi yang penuh dengan serat. Serat makanan yang terdapat pada buah kiwi ini amat penting untuk mencegah sembelit. Serat ini akan berkerja untuk menggalakkan pergerakkan usus menjadi lancar dan teratur.

Buah Kiwi mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukuplah kalau korang sekadar menikmati dua biji buah kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang diperlukan. Waaah..tidak perlu lah makan pil vitamin C lagi kan..

Bella buat kesimpulan dengan berkongsi mengenai Fakta Buah Kiwi ini.

 Kandungan Buah Kiwi

  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi
 

You Might Also Like

1 ulasan

  1. buah kiwi memang sedap sbb masam,jus lagi laa ..banyak khasiat rupanya ingat cit C saja

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.