cadangan makan
cari makan
Makanan Sedap
Review By Saya Isabella Idura
Kek Coklat Lembab
22 September
Korang!!! pernah makan kek x?? sape tidak pernah makan memang menipu. Paling kurang pun mesti orang pernah makan kek span. Kan... Kek yang paling Bella suka adalah KEK COKLAT LEMBAB. Lembab disini bukan bermaksud lampi atau slow. Lembab disini maksudnya sangat moist, berkrim lagi yummy!! Rugi betul sape yang x pernah rasa.
Inilah chocolate moist atau dipanggil kek coklat lembab. Sila lap air liur korang yang menjejes tu yer...dan sila jangan minta sikit kat Bella. Beli sendiri. Hahaha. Kek Coklat Lembab ni adalah hasil kerja tangan Nina Mirza. Kek yang betul-betul lembut dan langsung x rasa melekat-lekat kat lelangit. Maknanya tidak terlalu lembik. Sedang2x elok sangat.
Kek Coklat Lembab ini juga tidak terlalu manis. Bella bawa kek ini pergi berkelah, walaupun order size yang kecil boleh makan banyak kali tau.Kek kan dibuat dari tepung, cepat kenyang la. Kalau korang nak menikmati kek ini, silalah makan time lapar. Kalau dah kenyang makan apa pun x sedap. Segala detailnya semua ada dikotak. Sape nak rasa kelembapan kek coklat ni, boleh terus hubungi Nina Mirza.
Nina Mirza juga menjual biskut-biskut raya, segala jenis kek dan DURIAN CREPE!!! aaarrrrggghh sedapnya durian crepe dia. Bella upload gambar ni pun dah teringin. Terasa-rasa kat tekak. Korang nak rasa durian crepe ni kenalah tanya dulu, sebab buat masa sekarang bukan musim durian. Jadi, tidak boleh la dapat durian yang segar dan sedap. Nina Mirza tidak menggunakan durian yang sejuk beku kerana amat mementingkan kualiti makanan yang dihasikkan olehnya.
Perkenalkan... inilah kak Nina Mirza.. untuk hubungi beliau boleh lah ke :-
Facebook album koleksi : NINA MIRZA
Instagram : NINA MIRZA
Blog : www.ninamirza.blogspot.com
Hubungi : 019 - 3406454
2 ulasan
Alahai..pagi2 dah tergida ngan kek choc moist...sampai hati Bella..terus Akak teringin ni
ReplyDeleteAkak amanda... order je terus.. ehhe
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.