Hari Keluarga Terbaik

Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan HARI KELUARGA TERBAIK untuk ahli-ahlinya. Paling terbaik lagi,  Keluarga ini telah mendapat ...

Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan HARI KELUARGA TERBAIK untuk ahli-ahlinya. Paling terbaik lagi, Keluarga ini telah mendapat tajaan daripada beberapa nama besar seperti COSMODERM, AZZUHA TRAVEL TOURS, KAIO STUDIO dan BUKU PTS. Havoc giler. Bella rasa amat bertuah kerana telah diberi peluang untuk bersama - sama dalam menjayakan family day Kelab Blogger Ben Ashaari ini. Kalau ada lagi, korang ajak Bella lagi tau..


Ok, Percutiaan 3hari 2malam ni memang terbaik dan jadi terbaik dengan kehadiran semua Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang sangat gegila dan sempoi. anyTempat biasa-biasa je, bak masalah dan mencipta berbagai kontroversi tapi disebabkan orang yang datang tu best dan owesome!!! Hari keluarga ini menjadi sangat happening..Adus terus rindu korang semua guys.. 


Bella ngan HB join pertandingan karaoke. Karok lah kau!! hahaha..Suara kami bukan la sedap sangat, dan kami sedar tu. Tapi, kami masuk sebab nak support family day ini supaya lebih seronok dan ramai penyertaannya. Berdebar nak mampus kot. Ini pertama kalinya Bella nyanyi depan semua orang. Arrrggghh.. harap xdalah yang rasa Bella ni tidak sedar diri yer.. Suara x sedap nak nyanyi. hahhaaa. Paling Bella tidak sangka, rupanya banyak bakat terpendam yer.. blogger ni. Suara sedap-sedap rupanya. Tahniah kepada Blogger yang menang. Blogger Que Ahmad, Razzwey dan Ayujean. Sila add dorang di IG. Hahhaa.. artis tu. Owh kalau korang nak dengar suara Bella and HB adalah rakaman 15min di IG. IG Bella (BELLA_IDURA) haahahha.. nak jugak.


Masuk je bilik.. Bella ngan HB berpandangan! hahahah.. nanti Bella cite kenapa. Tapi, haruslah tido, sebab Bella nak main Flying Fox esoknya!! Nanti bella cite dengan lebih detail mengenai Flying Fox. Ni Bella cite sal aktiviti kami yang best giler dulu k.. Mana nak tahu, kot2x korang nak tiru ke jadual kami. Kan? Jadual je tau. Tempat kena g cari tempat yang lagi best. Pepagi harus la sarapan dulu dan kami menari poco-poco! amboi happy semua. Bella ni, poco-poco pun tak reti. Hahhaha... walaupun dan buat banyak kali. Lepastu apa lagi???? Biasalaa.. blogger, kerja selfie 24jam. Yelaaa peminat nak tengok. Hhahaa.. dorang ye.. bukan Bella. Hhahaha..

Selepas habis aktiviti flying fox, kami makan tengah hari dan menukar baju untuk aktiviti sukan. Haaa.. best giler kot. Bella kumpulan biru. Kalah.. tapi yang penting kegembiaraan dan kenangan yang tercipta. Susah nak dapat. Time ni memang boleh tengok la, perangai sebenar semua. Macam budak-budak! hahaha. 

Permainan sukaneka terbahagi kepada dua kategori iaitu permainan darat dan air. Permainan darat yang kitaorang main seperti terompah gergasi, bowling padang, bawa bola dan memancing tin. Memancing tin kami juara tau..Setelah berbagai strategi kami aturkan. Yeahh... Biru Power!!

Paling menghiburkan dan melucukan adalah aktiviti dan permainan air. Kelakar sangat2x. Apapun korang the best. Sporting giler menyebabkan hari keluarga ini menjadi sangat bermakna. Korang semua bersedia untuk digelakkan. Takda lah semua malu-malu. Sebenarnya kalau korang semua nak tahu, kebanyakkan blogger berkerja. Kerja dorang pula, bukan biasa- biasa yer.. kalau dengar pun macam WOw!! hebatnya. Haaa tapi dorang sangat sporting untuk menjayakan semua aktiviti tanpa mengira pangkat dan usia. Tiada terasa apa-apa gap disitu. Rasa macm semua family.Tebaik!!


Permainan air pula yang sangat seronok tu kebanyakkannya melibatkan lelaki. Perempuan buat kalah je kan.. Permainan air seperti gusti atas batang kayu. Sebenarnya Bella tidak tahu nama permainan ni.Bella bantai je. hehehe.. Permainan ini menunjukkan yang fizikal badan tidak membawa kepada kemenangan ya. Perserta kena duduk diatas batang kayu dan geletek pasukan lawan supaya dorang jatuh. Gambar atas sekali tu.

Berbagai aksi lawak la dorg buat. Main juga tarik tali dalam air, dan kena buat satu permainan baru. Ada satu batang paip yang ditebuk kecil, semua ahli kena tutup lubang kecil tu menggunakan anggota badan.Nanti akan ada bola ping pong yang keluar bila air dapat dipenuhkan. Huh.. tu tengok pic. Sampai minum air nak tahan air kuar.. Good Job team. Kita kalah sebab tiada persediaan je. Kalau x, sure juara.



Apa lagi semua dah basah kan.. sambung main lompat - lompat pula la dalam sungai. Setuju, tempat ni jadi best sebab ada sungai.  Hahahaha... lain-lain out! Ada tau video awesome gaya lompatan kami. Boleh tengok di IG la, apa lagi. Follow jangan tak follow. Fikirkan seronok mandi sungai ni, memang tidak mahu naik la. Tapi apa boleh buat, haruslah menunaikan kewajipan.


Makan lagi!! Dinner time! Makan kambing BBQ lagi. Malam ni, jadi malam penyampaian hadiah untuk pemenang karaoke. Lepas tu yang juara tu kena nyanyi sekali lagi. Nasib sedap. Hahahaha.. kalau x sedap, sure dia bagi rasuah pastu menang. Takdalah.. gurau je. Juri bukan dari kalangan kami.



Bella juga dapat hadiah cabutan bertuah, Thank you Blogger DKNA bagi Bella cabutan bertuah Ephyra. Bella juga dapat baju tajaan Azzuha Travel Tours cantikkan bajunya. Malam tu best sangat sebab dapat banyak hadiah! Terima kasih semua. Paling best Cosmoderm!! Jadikan kulit Bella jadi lembut dan gebu. Nyamuk pun dapat dihalang dengan losyen Cosmoderm ni tau.


       

Pagi2x bella dah bangun untuk buat aktiviti jungle trekking!! hahahaha... jungle trekking lah sangat!! sebab ikut jalan bertar. Pastu motor pun boleh lalu. Jadi seronok sebab sepanjang perjalanan.. sibuk ada orang selfie, melfie and wifie ni. hahhaaa... Jungle trekking kami ini, akan menjumpai sungai. Yeeeeaaahhh!! mandi lagi.



Setelah lebih kurang perjalanan kami, sampailah dikawasan sungai kecil yang indah. Ciptaan Allah s.w.t kan.. Pastilah indah. Kawan-kawan Bella yang lain sibuk panjat batu untuk selfie. Bella idok la.. baru nak turun ke sungai nampak pacat! OMG!!!! pacat! nightmare. Bella terus nak patah balik tapi HB kata ok.. mandi sebelah sini xda pacat. Nasib Bella ikut cakap suami, kalau tidak...tak merasa la kesejukkan air sungai di Hulu Langat ni. Setelah lebih kurang 30min, kami haruslah pulang ke resort sebab nak Check out. Tak puas mandi lagi sebenarnya.
    

Ok la..sampailah masanya untuk kita pulang ke rumah.. hehehe.. Bye2x resort yang misteri di Hulu Langat. Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari untuk hari yang hebat ini. Terima kasih buat semua blogger yang menerima Bella menjadi sebahagian dari sejarah hidup korang. Terima kasih cosmoderm. 

Lepas ni Bella cerita mengenai Flying Fox pula yer... da... da.

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.