Aktiviti di Sepang International Circuit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni Bella nak kongsikan mengenai Sepang Circuit . Iya, litar sepang tu. Bila korang fi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni Bella nak kongsikan mengenai Sepang Circuit. Iya, litar sepang tu. Bila korang fikir saja pasal litar Sepang circuit mesti F1 dan Motor GP yang akan korang fikirkan betul tak? Sebab Litar Sepang Circuit ni, sangat sinonim dengan lumba-lumba ni. Kereta dan Motorsikal. Korang nak tau lebih lanjut boleh juga ke website http://www.sepangcircuit.com/ litar sepang ini diilhamkan oleh Tun DR. Mahathir Mohamad pada 9 March 1999. Tapi sebenarnya, tahu tak korang yang banyak Aktiviti di Sepang International Circuit yang boleh kita lakukan. 

litar sepang, litar lumba

Kedatangan Bella disambut baik oleh kaki tangan litar sepang circuit dan CEO litar sepang circuit sendiri turut turun memberi sedikit penerangan mengenai Litar Sepang Circuit yang mahu diperluaskan lagi kegunaannya bukan hanya sekadar sebagai litar perlumbaan sahaja. Perkenalkan, Dato' Razlan Razali. Bella amat bertuah kerana dapat berkenalan dengan dato yang manis dan lembut orangnya. Salam perkenalan Dato. Bella cerita serba sedikit mengenai Litar Sepang Circuit ini dulu ya. Sikit Saja.

Aktiviti di Sepang International Circuit

Ini adalah map litar sepang ni. Memang pening. Tapi, menurut En. Mohd Faizul Saadon, selaku Event Operation Assistant disini, peta ini amat diminati oleh engineer kereta lumba F1. Melalui peta ini saja, engineer kereta lumba F1 ini boleh menjangkakan kereta F1 itu boleh laju dibahagian mana. Mana nak layan corner tu guna gear apa. Bahagian mana nak potong, sangat pakar ok. Hanya berpandukan peta saja. Record menunjukkan, Formula 1  J.P. Montoya - BMW Williams telah membuat record pecut yang sampai sekarang tiada siapa yang dapat kalahkan lagi, 1:34.223 (2004) di litar yang lurus.

f1, litar sepang

Bukan itu saja, bagi penonton pula korang boleh memilih tempat duduk yang bersesuaiaan dengan minat korang. Ada 9 lokasi tempat duduk yang boleh dipilih. Maksud Bella, lokasi tempat duduk itu akan menentukan aksi mana yang korang sebagai penonton dapat tengok lebih. Bagi peminat-peminat F1 atau motor GP korang mesti dah arif dan pakar kan tempat duduk mana korang nak pilih. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan perlumbaan motorcycle ataupun kereta lumba F1 ini, Bella just share sedikit info. Jika korang datang ke litar sepang circuit ni, sebab nak tengok pelumba dengan lebih dekat. Silalah beli tiket di Start and Finish point. Diamond and Crystal nama tempat duduk tu.Haaa macam tu la.. faham kan?


sepang international circuit

Siapa yang tahu dekat Sepang International Circuit ni boleh buat aktiviti Go-Kart? Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi,  dekat sini ada facilities GO-Kart. Litar Go-Kart kat sini menggunakan material yang sama dengan litar track sepang circuit. Jadi bagi sesiapa yang nak memandu ala - ala Pelumba F1 boleh cuba bawa Go-Kart disini. Litar disini adalah litar yang terbaik tau. Yela.. kan international.

Aktiviti di Sepang International Circuit

Track litar sepang ini juga sebenarnya boleh di sewa. Macam event SIC & Air Asia Fun Run pernah di adakan disini. Ia bertujuaan mengadakan aktiviti buat staff Air Asia. Macam Family day. Aktiviti seperti ini boleh diketengahkan oleh semua syarikat jika mahu adakan aktiviti larian seperti ini. Keselamatan terjamin lagi. Nampak je lari di litar mudah, tapi sebenarnya sangat memenatkan!! Track ini boleh disewa keseluruhannya atau sebahagiaannya sahaja.

Aktiviti di Sepang International Circuit

BMW turut mengadakan hari test driving disini. Sepang International Circuit yang mempunyai track sepanjang 5.542km memang sesuai sangat untuk event seperti ini. Malahan ciri-ciri keselamtan juga amat dititik beratkan disini. Lepas ni, boleh semua kereta buat test drive disini. Lebih selamat dan tidak la membahayakan pemandu yang lain. Bella pernah nampak kereta Test Drive Accident dekat highway. Nasib tidak kena mana - mana kereta lain. Jadi, lepas ini jangan test dekat highway ok?

tempat kahwin unik

Perdana suite biasanya dikhaskan untuk raja dan VVIP tetamu. Tempat ini sesuai untuk perjumpaan rasmi.

Aktiviti di Sepang International Circuit, perkahwinan unik


Tempat yang cantik ini diberi nama Paddock Club. Paddock Club ini adalah seperti dewan yang mewah. Keseluruhan dewan dipasang penghawa dingin. Paddock Club ini terletak di pintu masuk bahagian atas banggunan utama.Ini memberikan pemandangan yang menarik dari trek F1. Bila berlangsungnya sesuatu perlawanan,kawasan ini adalah kawasan yang paling diminati penonton. Dewan ini pula, boleh diubah untuk dijadikan ruangan yang lebih besar untuk sesuatu event. Amat sesuai untuk persidangan, pameran, majlis perkahwinan, makan malam tahunan, pertunjukkan fesyen dan lain -lain mengikut kesuaian majlis. Dorang akan diubah dewan ini mengikut permintaan.
































Aktiviti di Sepang International Circuit


Roof Top. Korang semua tahu tak yang apa - apa majlis juga boleh dibuat di sini. Roof Top. Atas bumbung litar ini. Mesti majlis korang akan jadi lebih gempak dan menjanjikan suasana santai dan relax. Boleh juga buat party kecil-kecilan, pelancaran produk ataupun konsert. Happening kan? Bella berpeluang lunch di atas roof top ini. Gempak sangat wei! Rasa waahhhhhh!! hebatnya. Nak lagi.

F1, Aktiviti di Sepang International Circuit


Macam- macam sebenarnya kita boleh buat dan lakukan di Sepang circuit ini. Paint ball, motor cross, track day, konsert, wedding photo, family day, gathering dan macam-macam lagi. Seriously banyak sangat benda yang boleh kita buat yang Bella sendiri pun baru tau. Korang check dekat kalender, event yang dijalankan di Sepang circuit ini tau. Kadang-kadang dorang buka track seperti hari sabtu lepas ada track day. Buat pertama kalinya,Track ini dibuka untuk orang awam. Bukan senang tau nak masuk sini kalau takda track day ni. Masa tu korang boleh la naik basikal, jogging, main skateboard dan main rollerblade dengan sesuka hati di track ni. Merasa la berjalan di litar F1 kan?

Bella pun tak sangka sebenarnya, banyak sangat Aktiviti di Sepang International Circuit yang boleh kita buat sebenarnya.  Jangan lupa ke website http://www.sepangcircuit.com/ untuk maklumat lanjut dan jadual perlumbaan. Salam.


You Might Also Like

4 ulasan

  1. Replies
    1. Yela... sebenarnya banyak benda kita boleh buat di Sepang Circuit ni...

      Delete
  2. Bella, ada contact email encik faizul tu x?

    ReplyDelete
  3. berapa yee kalau nak main Go-Kart tu?
    Yang kereta punya ada ke?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.