Bercuti di Resort Agrofarmstay @ Skill-tech

Assalamualaikum.. Hujung minggu ini, apa perancangan korang semua untuk Keluarga? Mandi manda di laut? atau pantai? Tapi bagi yang nak ba...

Assalamualaikum..

Hujung minggu ini, apa perancangan korang semua untuk Keluarga? Mandi manda di laut? atau pantai? Tapi bagi yang nak bawa anak kecil-kecil lagi agak susah kan? Takut main jauh - jauh. Kalau boleh nak tempat yang tenang dan semestinya 100% lari dari kesibukan dan kekusutan kota. Yes!! Sinilah tempatnya. Tenang sangat. Resort Agrofarmstay @ Skill-tech. Bella kesini datang untuk bloggers day!! dan bercuti!! yeahhh!!

Bercuti di Agrofarmstay

Rasa amat dialu - alukan sebab masuk - masuk saja ada banner welcome untuk bloggers. Terasa kedatangan dinantikan sangat-sangat gitew!! Perjalanan untuk sampai ke sini korang kenalah menuju ke Melaka dan menuju ke Durian Tunggal. Paling seronok Bella kat sini 3 hari 2 malam. Jadi Bella akan ceritakan apa yang seronoknya Bercuti di Resort Agrofarmstay @ Skill-tech. 3 hari kot, memang banyak sangat masa untuk Bella menjelajah dan terokai apa yang seronok di Agrofarmstay ini.

Bercuti di Resort Agrofarmstay @ Skill-tech

Inilah bilik Bella. Namanya river view. Di Resort Agrofarmstay ini terdapat banyak jenis bilik. Ada  yang jenis bilik, villa dan chalet. Kalau ketenangan lah yang korang cari, disinilah tempatnya memang sangat tenang dan best. Jom kita masuk dalam. Cantik ke?


Taraaaa... jemput masuk. Hiasan didalam bilik ini menekan konsep alam semulajadi dan keasliaan adat melayu kita. Contohnya katil ini hanya terdapat pada zaman 80an sahaja. Barangan ini dibaiki dan dijadikan hiasan dalaman di tempat ini. Unik. Old school and really cool. Selesa. Rehat-rehat kan badan sementara menunggu makan malam yang akan disediakan di dewan Lily.

tempat bercuti di Melaka

Masuk-masuk terus dijemput kedalam dewan. Kata-kata aluan dari Pengerusi Resort Agrofarmstay.  En Ahmad Bashiruddin. Lembut kata-katanya. Manis orangnya. Banyak di bantu oleh anaknya.En Abdul Bari sebagai pengurus tempat ni. Di akhir pengucapan.. kami diberi cenderamata. Terima kasih sebab menghargai kedatangan Bella. Selepas diberi ucapan tentang perjalanan majlis besok, kami pun dibelanja makan malam oleh tuan rumah. Waaa!! semoga murah rezeki ya.

agrofarmstay, penginapan di Melaka

Sini pula terletaknya villa yang besar. Boleh terus parking kereta dekat depan villa lagi. Sekitar kawasan ini memang sangat menekankan alam semulajadi. Seriously macam di berada di kampung halaman. Kalau korang tak pernah merasa macam mana indah dan tenangnya kehidupan dikampung, mesti cuba menginap disini sekurang - kurangnya 2 malam. Baru dapat feel tu.

penginapan di melaka, penginapan murah melaka

Ni plak rumah jenis chalet. Terletak diatas bukit dan jenis sebuah - sebuah. Sesuai untuk team building.  Aktiviti sekolah ataupun family day. Bentuk dan design rumah ini, memang banyak dekat kampung Bella di pahang. Comel kan?

penginapan murah di melaka

Petang - petang pula kitaorang layan makan cucur kat sini. Punya la syok. 3 dalam satu. Kita dapat lihat keindahan yang jarang kita dapati. Kekosongan fikiran. Ketenangan yang sukar nak dapat bila di bandar. Awesome kan? Actually ada itik tau kat dalam kolam tu. Bella nak je pergi dekat dengan itik tu, tapi takut kena kejar plak.Hahahaaha...semua takut. APTB.

penginapan murah di melaka

Malamnya kita nak buat apa yer? Haaaa!! ini lah yang paling best kat sini. Ada karaoke!! comel gile. Bentuk kasut lagi. Ada 6000 lagu tersedia dan mempunyai audio terbaik. Bella dengan kawan - kawan berebut - rebut nak menyanyi. Dijadikan cerita, line internet kat sini sangat slow dan wifi disini sedang dibaiki. Ok, memang rasa macam arrghhhhhhh!!! lagi - lagi nak buat artikel yang live Update.Tapi ada 1000 kebaikan disebaliknya. Bila internet tiada, barulah kita duduk bersembang. Kalau tak mesti semua duduk menunduk. Memang terbaik sebab jumpa ramai kawan baru.

penginapan di melaka, agrofarmstay

Zoom in dalamnya.Perghhh!!! memang selesa sungguh. Bantal yang lembut. Memang boleh buat kita tertido kalau yang nyanyi tu suara mendayu - dayu. Hahahhaa Kitaorang dalam ini memang boleh lepak sembang-sembang lagi sebab terlalu selesa. Bila fikirkan balik pasal tempat ni, rasa bestnya!! nak pergi lagi boleh?

agrofarmstay, penginapan di Melaka

Morning!! pagi - pagi Bella dah jejalan sekitar sini. Tengok alam semulajadi yang menghijau. Hirup udara yang segar. Jalan - jalan kat tasik berdekatan dengan surau teratai lepas tu boleh pula terjumpa telur itik yang baru bertelur. Bersepah-sepah. OMG!!! so cute! Bella tak pernah tengok telur itik bersepah macam ni. Hahaahaa.. teruja sikit. Selalu jumpa telur itik yang salut hitam tu je. Ini putih lagi. Macam mana Bella tahu ni telur itik??? good question. Sebab kat sini takda ayam. Hahhahahaa.

agrofarmstay, penginapan murah di Melaka

Lepas abis je selfie ngan telur itik tu, Bella beralih pula selfie dengan Bujang kuda comel ni. Kesian dia takda kawan. Jadi korang jom la kesini temankan dia. Sian kan? Bujang ni masa Bella nak selfie dia tengok je. Mungkin dia ingat Bella nak bagi dia sarapan kot. Nak je Bella datang peluk kuda ni. Tapi seram. Kena sepak saja je.

Agrofarmstay, bercuti di melaka

Lepas abis saja Bella sarapan, kitaorang buat aktiviti sukanneka. Seronok sangat. Bella cadangan siapa yang kesini mesti datang beramai-ramai dan paling terbaik korang buat family day macam kitaorang ni. Memang jadi kenangan terindah. Masa inilah kita boleh gelak bersama-sama. Semua haruslah sporting untuk join semua aktiviti yang telah ditetapkan. Masa ni pun Bella gelak tak ingat dunia. Happy sangat - sangat.

hasz aiskrim, aiskrim murah, aiskrim sedap

Bila dah penat main sukan tu, panas plak la. Apa yang korang akan terfikir? Mestilah air kan? Boleh plak masa ni Agrofarmstay panggil Hasz Aiskrim untuk basahkan tekak kitaorang. Apalagi, berebut - rebut la semua. Mak orang, bapa, ayah, atuk semua sibuk nak menikmati aiskrim yang enak ini. Aiskrim ini adalah homemade tau. Bukan di buat dikilang. Buat kat rumah je. Keluaran bumiputera, orang Melaka dan 100% halal.

Hasz Aiskrim ada dalam pelbagai perisa seperti vanila, strawberi, coklat keladi dan jagung. Kon aiskrim yang digunakan boleh disamakan macam kon cornetto. Tidak mudah lemau dan sangat la ranggup. Korang semua boleh la hubungi Pn. Asmida untuk sebarang tempahan. Hp NO: 0137060466. Menerima tempahan untuk apa saja majlis. Kalau ada kat majlis korang mesti gempak kan?

bercuti di melaka, agrofarmstay

Ini adalah permainan terakhir. Cari gula dalam tepung. Permainan ini saja Bella tak join. Tak nak lah nanti muka jadi kelakar. HB je join. Sporting sangat. Tapi kesian dia lemas. Permainan cari gula-gula dalam tepung ni sebenarnya nak tengok muka orang yang main tu je pas kena tepung macam mana. Hahhahaha...

HARI KELUARGA

Abis je main seronak la HB terus terjun la ke dalam kolam renang yang tersedia indah tu. Fasiliti kolam renang kat sini memang terbaik. Ada dalam, kurang dalam, dan untuk kanak-kanak. Sekitar kolam ni ada wifi. Korang yang tak nak mandi, boleh lepak je tepi kolam main wifi. Sambil minum petang plak, memang perrrggghh!! la. Bagi perempuan agak leceh la nak tukar baju bagai. Bella tak mandi sebab dah nak balik. Lelaki senang la buka baju pun boleh mandi.

agrofarmstay

Makan sudah,bermain dengan fauna sudah, melihat keindahan alam sudah, berseronok main game sudah. Apa lagi? haruslah kita pulang meninggalkan kenangan manis kita disini. Happy sangat. Jumpa bloggers yang hebat - hebat. Berkongsi ilmu dan pendapat. Berkenalan dengan lebih rapat. Memang seronok. Jadi amatlah digalakkan korang juga datang kesini dan merasai keseronokkan yang Bella dah rasa.

Agrofarmstay, boleh diadakan semua jenis majlis. Birthday party, family day, wedding, majlis pertunangan, renuoin dan macm-macam lagi. Bagi siapa-siapa yang berminat untuk mengadakan majlis disini. Bolehlah menghubungi :

Agrofarmstay di FB : Agrofarmstay at Skill-Tech
Website : www.agrofarAgrofarmstaymstay.com
Address : Resort Agrofarmsaty @ Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap 76100 Durian Tunggal,Melaka.
Tel : 012 2118246

Have fun semua... jalan-jalan la di Malaysia.Segalanya ada disini... salam.Harap bermanfaat.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. happening kan? tapi part telor itik tu bukan dia menetas... tp bertelor.... klu menetas dah keluar anak hekehhekehekh

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.