Where To Eat
Coklat Sedap
28 June
Assalamualaikum semua, hari ni Bella nak kongsikan benda sedap yang Bella jumpa. Nampak sedap haruslah kongsi. Bella tahu mesti ramai yang suka coklat kan? Mesti kalau dapat coklat dari pakwe melompat - lompat kan? Baru-baru ni, Bella ada pergi ke KLIA 2 sebab nak bercuti ke Sabah. Tekak Bella sakit masa tu, jadi Bella pun carilah air mineral kegemaran Bella tu, cari punya cari jumpalah market Jaya Grocer ni. KLIA 2 ni besar kan? Ini dekat bahagian pintu 3 yang baru balik dari luar negara punya. Apa yang menarik? Banyak giler COKLAT SEDAP yang jarang - jarang Bella jumpa ada dekat sini.
Masa Bella masuk la cari air mineral nampak selonggok coklat yang rare! Bella rasa memang rare sebab Bella jarang nampak bentuk, corak, brand dan perasa coklat mcam tu. Eh silap, keluaran sama cuma perasanya lain. Nampak giler yummy! Bella memang pengemar coklat, bila nampak longgokan coklat ni, rasa macam high semacam. HB dari tadi jeling. Kata nak Bella air je kan?
Korang tengok tu, ada ke snickers perisa peanut butter ngan rockin nut road? Macam tak pernah nampak sebelum ni kan? Almomd tu Bella pernah beli kat Singapore. Ingat takda jual dekat Malaysia. Perisa lain tak pernah nampak lagi dekat mana - mana.
Korang pernah nampak m&m Perisa milk choclate? 3x chocolate? lain macam. Selalunya 1x coklat saja kan?? owhh perisa mint pun ada? Macam mana rasa nya kan? Bella kalau nk beli semua, abis la tak tidur ratah chocolate ni. Birthday cake dengan dark choclate pun ada. Wow!! teruja nya nak rasa.
Ini keluaran Nestle? Eh tak pernah nampak pun kan? Baru je tau ada Brand Nestle chocolate nya nama Chunky. Macam sedap je kan..
Ini aiskrim tau.Yummy nya nampak. Perisa Oreo? aaarggghhh... sedap nya!!nakk.. nakkk please. Maknanya Nestle ada banyak produk lain yang kita tak tau la kan? Bestnya kalau dapat pergi ke Nestle tengok semua coklat ni macam mana dibuat kan? Pastu tengok sambil makan. Sedapnya. Nestle kalau ada open house jangan lupa call Bella tau. Korang, siapa yang dah rasa semua chocolate ni? Share la sikit ngan Bella. Kalau sedap mahu borong la. Hari tu tak boleh beli banyak sangat sebab nak pergi Travel. Mana boleh angkut banyak makanan. Lain kali nak pergi belilah. Jom?
6 ulasan
bestnyaaa coklattt..teringin pulaaa
ReplyDeleteYummy!! pas puasa kita balun coklat bebanyak tau.
Deletehuih..nampak sedapp je eskrim oreo tuuu
ReplyDeleteTulaaa...sedap kan... nanti nak cuba jugak. Hahhaha..
DeletePerrghhhh rare gilerrr. Okay I should go usha2. T_T Thanks kak publishkan ni. XD
ReplyDeleteOK..go go. Memang rare kan? akak pulish ni bagi peringatan kt diri sendri juga. Nanti nak g. hehehe
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.