Anak Punca Suami Berubah Hati?

16 June

Assalamualaikum, tajuk yang agak panas arini, jadi penceritaan Bella arini mungkin agak serious dan formal. Penulisan Bella harini hanyalah pendapat Bella, kalau tak suka atau tak bersetuju itu terpulang pada pandangan masing - masing. Ia berkenaan dengan Anak Punca Suami Berubah Hati?

Penulisan hari ini mungkin lebih menyakitkan hati lelaki dari wanita bukan sebab Bella wanita tapi sebab apa yang berlaku di sekeliling Bella semua berpunca dari lelaki!! ya.. kaum lelaki.  Memang ada masalah yang berpunca dari kaum hawa ataupun wanita, tapi perkara tidak berlaku depan mata Bella jadi Bella tak leh nak beri pandangan ataupun ulasan. Hmmm bersabarlah wanita, sebab kita ni taraf bawah kaki suami je menurut islam. Jadi memang kita kena ikut kata suami. Betulkan saya kalau saya salah.

anak syurga

Sebab itulah ada dinyatakan, nafsu lelaki satu tapi nafsu perempuan ada 9!! Walaupun ada 9 nafsu tapi akal 1. Lelaki pulak ada 9 akal, sebab tulah cerai bukan ditangan wanita. Itulah kita dah tak boleh pertikaikan lagi, sila betulkan saya kalau saya salah.

Saya berkongsi pendapat saya disini mengikut pengalaman depan mata dan sahabat-sahabat sekeliling. Pengalaman yang bermakna dan membuatkan saya berfikir dan bersyukur sebab, hikmah dan hikmat tidak mempunyai anak lagi. Mungkin hanya kebetulan, bila semua itu berlaku selepas pasangan ini dikurniakan anak atau sedang sarat. Kaitan penyataan saya sebelum ini, lelaki nafsu 9 amat berkaitan dengan anak, sebab bila perempuan mengandung emosi perempuan berubah dan tentunya nafsu turut akan terjejas. Nafsu perempuan dah terjejas tapi nafsu lelaki masih memercik!! jadi macm ne? Mulalah si nafsu mengarah hati.


zahid af, anita, putus, artis, gossip

Pernah tak anda semua dengar kisah percintaan hangat pelajar AF dulu? Zahid yang suka berpakaian orange bercinta dengan nita. Penyanyi juga. Mereka siap membina cafe bersama di Wangsa maju. Saya sempat la makan sekali disana, sebab harga yang agak mencekik.. haahahhaah.. Saya mengikuti kisah cinta mereka sebab merasakan percintaan mereka unik dari segi fizikal. Hmmm tak berapa lama kemudian, cafe mereka tutup dan saya dapat rasakan ada masalah dalam hubungan mereka. Seperti yang dijangkakan hubungan mereka putus ditengah jalan dan mereka mengambil haluaan masing - masing.

Apa yang saya mahu tekankan disini, satu game show talk telah menjemput Zahid dan topik yang di bualkan pada hari itu adalah perempuan dan lelaki mana lagi setia? Spontan zahid jawab secara jujurnya perempuan lebih setia dan saya kesiankan dia. Tengok? itu masih bercinta bagai nak rak dan mahu kawin. Takda anak lagi tapi punca lelaki. Sebabnya apa lagi kalau bukan sebab nafsu nampak perempuan lebih cantik atau lebih cun. Selepas itu saya tidak mengikuti perkembangan Zahid lagi. 

kisah rumah tangga

Kisah lain? Bukan gambar diatas hanyalah sekadar hiasan. Baru kahwin. Dah dikurniakan anak. Alhamdullilah, syukur. Badan agak berisi. Tapi saya selalu tertanya-tanya apakah status nya? Saya berfikir - fikir mana suami dia? kenapa tak pernah nampak? Dia selalu buat overtime sampai larut malam. Suami dia tak cari ke? khamis malam jemaat pun tak balik awal. Lain macam. Tapi dia selalu berdolak dalih bila ditanya. Kata laki dia selalu kerja lewat malam ataupun oustation. Sampaikan member bocorkan rahsia kata dia adalah janda dan diceraikan lepas melahirkan anak yang pertama. 

ALLAH Hu AKBAR!!!!! dia dah mengandungkan anak ko 9 bulan. Ko tak tengok pun anak ko tapi paksa dia insan yang masih lemah sign borang cerai! SubhanaALLAH. Kesian sangat Bella dengar. Dia cuma ada ceritakan selepas dipaksa sign borang cerai dia terus memangku anaknya dan memandu tanpa arah tujuan sehingga ditahan polis. Polis yang tahan dia tadi tu mengiringi dia pulang ke rumah kerana rasa amat simpati. Cara si suami ni minta cerai " Wei!! (sambil tolak kepala) ko jangan banyak cakap!!! sign cepat!!!" Sangat biadap. Berat mata memandang, cair hati yang mendengar, apatah lagi yang menghadapinya. Bertabahlah. Bella hanya boleh suruh anda bertabah.  Sebab Bella pun tidak pasti setabah manakah Bella jika di tempat anda. Percayalah, ada hikmah di setiap kejadiaan.

Anak Punca Suami Berubah Hati?

Cerita depan mata yang menyentuh hati Bella adalah rezeki yang dikurniakan kepada family nya sangat melimpah ruah. Rezeki anak terutamanya. Tapi, ayahnya seorang yang tidak tahu bersyukur dan tidak pernah peduli pasal anak-anaknya. Tinggalkan ibu yang bertungkus lumus menyara ke enam - enam anaknya termasuk seorang istimewa. Si ibu lah yang bagi belanja sekolah, beli barang-barang rumah sehinggalah si ibu mengabaikan makan nya sendiri.

Si ayah buat tak  tahu je. Anak balik sekolah pun tak dihiraukan. Si ibu perit sangat tengok. Bella yang tengok ni rasa macam eh!! tu bukan dari air mani ko ke? aduiii geram punya pasal. Mana tangung jawab ko sebagai seorang ayah? Tahulah ko tak nak anak tu, tapi tu rezeki dari ALLAH s.w.t Bersyukur la. Bella yang nak anak sangat ni tak dapat tau.

Anak Punca Suami Berubah Hati?

Bella faham mungkin ada hikmah Bella tidak dikurniakan anak lagi. Mungkin ni hanya kebetulan. Sampai member pun kata, baik je ko takda anak. Lagi bahagia. Nampak je bahagia tau, hati? Tapi korang yang telah dikurnaikan anak tolong bersyukur dan hargailah isteri korang. Bella memang nak luahkan perasaan Bella ni. Para lelaki tolong la sedar, secantik mana pun perempuan yang goda korang, selicin mana pun dahinya, tapi isteri korang tu halal. 

Percayalah dengan janji ALLAH s.w.t bidadari syurga menanti lagi cantik habis. Tak terungkap dengan kata-kata. Tak nak ke? Jadi sila la tahan nafsu tu yer. Masa mengorat dulu bukan kemain kan? Bila rasa nak mencintai orang lain, silalah fikirkan saat - saat manis bersama. Buang yang buruk - buruk. Lawan saiton dalam kepala dan hati hitam korang tu. Itulah yang selalu Bella buat bila marah. Semoga bermanfaat. 

Salam...

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Panjang lebar luahan Bella.. Ye betol tu, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Masalah lelaki yang sering terlupa tanggungjawab nie selalu berlaku... Mereka lupa di akhirat nanti mereka akan dipersoalkan dengan tanggungjawab mereka.. Ada je yang tahu hukum agama tapi bab nafkah anak bini dia lupa.. Sepatutnya dia yang menanggun anak2, tapi ini dah terbalik.. Anak2 lak yang kerja dan menanggung dia.. AllahuAkbar.. Ada jer..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY