KENAPA NUTRIBROWNRICE BAIK UNTUK KESIHATAN?

Saya hendak kurus!! Tiap - tiap tahun, mesti tulis azam macam tu kan? Tapi kurusnya tak juga. Macam Bella, memang Bella tak pernah tulis ...


Saya hendak kurus!! Tiap - tiap tahun, mesti tulis azam macam tu kan? Tapi kurusnya tak juga. Macam Bella, memang Bella tak pernah tulis azam untuk kurus sebab, Bella tak nak tinggalkan coklat, aiskrim, nasi, kek, dan semua - semua makanan sedap tu walaupun tahu ia adalah penyebab Bella gemuk.Teruk sungguh. Hahaha. Niat hendak jadi kurus tu memang dah lama terpendam. Bukan setakat terpendam, terbuku dan kadang - kala hampir terkubur. Ramai yang telah berjaya menguruskan bahan menyatakan campuran senaman dan diet yang sihat merupakan kunci utama untuk kita cepat menjadi KURUS! Tapi bagi Bella, kurus itu adalah BONUS! Apa yang paling penting sekarang, makanan terbaik untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita. Bila dah terkena penyakit, barulah berusaha untuk mengamalkan "EAT CLEAN". Tak nak kurus takpe, tanamkan pada diri untuk kesihatan. Jadi, Bella telah memilih NutriBrownRice. KENAPA NUTRIBROWNRICE BAIK UNTUK KESIHATAN? 


makanan kurus


MINUMAN SEGERA YANG PENUH BERKHASIAT

Betul! Memang Nutribrownrice ini menjadi peneman setia Bella sekarang. Sebab senang sangat nak minum.Ia adalah minuman segera yang penuh berkhasiat dan vitamin. Ia bukan saja puas untuk diminum, tetapi ia juga dilengkapi dengan mineral semulajadi dan paling penting rasanya sedap! bukan rasa ubat kurus. Ia bertestur lembut dan mudah larut didalam air panas. Rasanya seperti menimun air yang diletakkan oat hancur. Tapi yang ini adalah Beras perang. 


kebaikan nutribrownrice


BAHAN UTAMANYA ADALAH BERAS PERANG

Bella memang banyak membaca mengenai artis Malaysia yang kurus dengan mengamalkan beras perang yang digantikan dengan beras wangi. Bella pun turut menukar kepada beras perang. Beras perang ini mempunyai berbagai khasiat termasuklah membuatkan kita merasa cepat kenyang dan memberikan berganda tenaga berbanding dengan nasi putih. Tapi, ia hanya bertahan untuk beberapa hari saja kerana selepas itu, Bella tiada masa untuk masak dan membawa bekal ke tempat kerja, dan kembali kepada nasi putih. Nasi putih sajalah yang banyak dijual dikedai dan gerai. Bella cuma terfikir jika ada sesuatu yang sama khasiat dengan beras perang tetapi lebih mudah untuk dimakan. Akhirnya, Bella berjumpa dengan Nutribrownrice! Terbaik.


BERAS PERANG

DIHASILKAN OLEH ABRAND FOOD MENGGUNAKAN KAEDAH BERTEKNOLOGI TINGGI

Beras perang yang kita masak sebagaimana beras putih ia akan mempunyai tekstur yang lebih kasar dan agak susah untuk dikunyah. Jadi, dengan teknologi dari ABRAND FOOD ia telah menghasilkan beras perang "instant" yang mempunyai khasiat yang sama tetapi rasa dan teksturnya lebih lembut dan rasanya juga enak. 

beras perang

MEMBERIKAN KHASIAT ANTIOXIDANTS SETINGGI BUAH - BUAHAN DAN SAYUR - SAYURAN

Bagi yang tidak boleh makan sayur atau tidak gemar mengunyah sayur, bolehlah gantikan segala kebaikan sayur dengan Nutribrownrice ini. Ia memberikan kebaikan antioksida yang tinggi yang amat membantu dalam mengekalkan ketegangan wajah dan mengurangkan kesan parut. Jika kita meminum satu cawan sehari, ia akan turut membantu mengurangkan dan menormalkan kolestrol. 


makanan kurus, resepi kurus

MEMPUNYAI BERBAGAI PERASA YANG LAZAT SESUAI DENGAN KEPERLUAAN TUBUH BADAN KITA

Nutribrownrice instant ini dicipta untuk kita mendapat kebaikan beras perang dengan lebih mudah dan cepat. Ia terdapat dalam 5 perasa iaitu :-



  • ORIGINAL NO SUGAR 
Tidak dicampurkan dengan apa - apa dan amat ideal untuk yang betul - betul mahu kebaikan beras perang sahaja. Langsung tidak mahu ada sedikit gula pun dalam makanan. Mempunyai diet gula yang rendah. Ia juga mengandungi inulin yang bertindak sebagai serat prebiotik untuk menggalakkan sistem pencernaan yang sihat. Ia bertekstur ringan dan lazat. Sesuai diminum untuk sarapan,minum petang dan makan malam. Diet kan?


rahsia kurus
  • HONEY NO SUGAR
Ia didatangkan dengan sepaket kecil madu yang dipaketkan secara asing untuk kita mendapatkan khasiat madu yang sebenar. Jadi, korang bolehlah tambah mengikut kemanisan yang korang mahukan. Bella dah rasa tanpa letak madu. Memang tawar, tapi teksturnya yang lembut membuatkan ia rasa seperti susu. Sedap. Tapi kalau korang tambah satu paket madu pun, ia akan tetap dikategorikan sebagai makanan rendah gula kerana madu ini daripada kebaikan bunga. Ia akan memjadikan campuran Nutribrwownrice sebagai hidangan yang penuh dengan kebaikan.


  • ORIGINAL LOW SUGAR
"Pure" beras perang yang di kisar dengan American Technology menjadi sehalus tepung dan tidak mengandungi apa - apa bahan tambahan. Segala kebaikan semulajadi beras perang diserap. Baunya juga sangat memikat. Ia ditambahkan dengan sejumlah kecil gula coklat bagi meningkatkan rasa dan menaikkan selera kita untuk terus mengambil Nutribrownrice sebagai diet harian.


resepi kurus

  • OAT WITH SOY LECITHIN LOW SUGAR
Ia adalah gabungan oat instant yang kenyal dan lecithin soya. Mungkin ada yang tidak mengemari oat. Apa kata korang cuba Nutribrownrice dengan oat ini.Mesti korang jatuh cinta. Soya Lecithin ini akan meningkatkan fungsi otak, menurunkan kolestrol, memperbaiki sistem imun dan juga penting untuk kesihatan hati. Bella kena minum versi ini selalulah. Sebab Bella cepat demam.


makanan sedap

  • CHOCOLATE LOW SUGAR
Serbuk koko semulajadi ditambah dan pasti ramai yang menyukainya. Bella pun suka sangat - sangat. Serbuk koko yang ditambah juga mempunyai mengandungi zat besi dan kalsium yang baik untuk pembentukkan darah dan kesihatan tulang. Mesti cuba. 


NUTRIBROWNRICE ini mempunyai sijil HALAL yang diperakui HACCP (Titik kawalan analisis bahaya analisis), GMP (Amalan pembuatan baik). Ia selamat dimakan oleh semua peringkat umur, yang terbukti dengan Piawaian Keselamatan Makanan MESTI oleh KKM (Kementeriaan Kesihatan Malaysia) dengan sijil ISO22000. Pakej nya yang kecil dan memudahkan kita untuk bawa kemana saja, lebih - lebih lagi kepada Bella yang kuat berjalan ini. Rasanya yang sedap membuatkan "eat clean" Bella lebih mudah dan seronok. 


Maklumat lanjut  mengenai NutriBrownRice™ Instant Beverage 




Selamat menjalani kehidupan yang sihat. Muah!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. brown rice memang elok utk kesihatan masa peknan hari tu amalkan

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.