10 SEBAB KENAPA THE LEGEND CHERATING PENGINAPAN TERBAIK

1. BILIK YANG CANTIK DAN MEMUKAU Bila melangkah masuk ke Resort ini, Bella tengok tempat menyambut tetamunya tidaklah "wow...



the legend cherating

1. BILIK YANG CANTIK DAN MEMUKAU

Bila melangkah masuk ke Resort ini, Bella tengok tempat menyambut tetamunya tidaklah "wow" sangat. Ia Seakan - akan suram. Tidaklah segah dan semeriah lampu di hotel. Tapi, itu tidaklah penting. Apa yang penting, bila melangkah masuk ke dalam biliknya Yang Cantik Dan Memukau. Apa guna ruang lobi yang cantik. Bukan nak tidur situ pun kan? Paling penting bilik. Tempat kita menghabiskan banyak masa. Memang puas hati.


PENGINAPAN DI CHERATING PAHANG

2. BERBAGAI JENIS BILIK MENGIKUT BAJET DAN KEPERLUAN

Di The Legend Resort Cherating terdapat berbagai - bagai jenis bilik yang pastinya korang boleh pilih mengikut bajet dan keperluaan korang. Jenis - jenis biliknya termasuklah :- 

  • Superior - Harga asal Rm522.00nett (Harga promo Rm255)
  • Deluxe - Harga asal Rm638.00nett (Harga promo Rm289)
  • Grand Deluxe - Harga asal Rm754.00nett (Harga promo Rm430)
  • Grand Deluxe Sea View- Harga asal Rm870.00nett (Harga promo Rm530)
  • Junior Suite - Harga asal Rm1102.00nett (Harga promo Rm730)
  • Cherating Suite - Harga asal Rm1682.00nett (Tiada promo)
  • Legend Suite - Harga asal Rm2030.00nett (Tiada promo)
  • Penthouse - Harga asal Rm2958.00nett (Tiada promo)
  • Extra Bed - Rm116.00nett
Apa yang pastinya, semakin cantik dan semakin banyak kemudahan didalam bilik tersebut, semakin mahallah harganya. 

the legend resort cherating

3. KELUASAN BILIK YANG SELESA

Bella berdua dengan HB saja. Jadi, bilik Superior memang sudah cukup memadai dan sudah cukup sempurna bagi Bella. Keluasan bilik yang amat dan teramat selesa setakat ini untuk kategori resort yang Bella pernah menginap. Cukup lengkap dengan segala kemudahan. Sekiranya korang mahu menginap dengan jumlah keluarga yang besar, Bella cadangkan korang tempah terus bilik - bilik suite dan bahagikan dengan berapa keluarga yang datang menginap. Lebih jimat dan dapat view yang tercantik lagi. Amat berbaloi.


resort cantik di pahang

4. TERDAPAT BILIK YANG MEMPUNYAI BERBAGAI FUNGSI

The Legend Cherating, terdapat berbagai jenis bilik yang turut mempunyai berbagai fungsi. Ada bilik yang mempunyai jakuzi didalamnya. Seperti Penthouse, ia mempunyai sebuah dapur kecil dan bilik kecil ditepinya. Amat sesuai jika membawa orang gaji. Bukan itu saja, ia mempunyai satu ruang tamu yang besar, satu bilik yang mempunyai dua katil besar, bilik karaoke, bilik baju sendiri, bilik mengosok baju sendiri, ruang berjemur malahan ada surau kecil didalam bilik. Memang hebat.

penginapan di cherating

Bilik Suite yang lainnya tidak kurang hebat kerana ia juga amat luas dan memudahkan kita berkumpul satu keluarga. Bagi Bella, bilik sebegini lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan dan lebih sesuai jika kita kesini untuk berehat bersama keluarga. 


the legend cherating

5. PEMANDANGAN DARI BALKONI YANG INDAH 

Bilik - bilik di The Legend Cherating mempunyai balkoni walaupun bilik superior. Apa yang membezakannya adalah pemandangan yang kita dapat lihat dari bilik tempat kita menginap. Bilk Bella nampak laut. Walaupum dilindungi sedikit oleh pokok, tapi pemandangan indah laut, tetap dapat Bella lihat. Paling penting kesegaran udaranya Bella dapat hidu.

the legend resort cherating

Pemandangan laut yang menarik dpat dilihat dari bilik memang amat mengagumkan. Lepak sambil menghirup secawan kopi, Fuh!! nikmat. Bila petang, pemandangan semakin cantik dengan cuaca yang cukup mendamaikan.

the legend resort cherating

6. KOLAM RENANG YANG LUAS, BERSIH DAN CANTIK

Kolam renang disini, mempunyai berbagai jenis. Ada yang dalam, separa dalam dan cetek. Ia terdiri daripada 2 kolam besar yang mempunyai kolam renang yang sedalam 6ft. 


Terdapat sebuah kedai minuman dihujung kolam renang. Apa yang menarik hati Bella, kolam renang ini bersebelahan dengan laut. Indah sangat indah. 


Bosan mandi laut, cepat - cepat terjun masuk kolam renang. Kebanyakkan ibu bapa lebih selesa membiarkan anak mereka menghabiskan banyak masa di kolam renang berbanding laut. Lebih selamat. Bagi Bella, kedua - duanya mempunyai keunikkan tersendiri. Mandi laut lebih memberi kepuasan kepada Bella. Laut susah nak dapat di tengah - tengah bandar. 

the legend resort cherating

7. BERBAGAI AKTIVITI DAPAT DILAKUKAN

Berbeza jika korang menginap disini dengan menginap di hotel. DI The Legend Beach Resort Cherating, berbagai aktiviti dapat dilakukan sehingga korang akan merasakan 3 hari 2 malam tidak cukup untuk menghabiskan masa berseronok di Cherating. Selain daripada mandi laut dan berenang di kolam renang yang cukup luas ini, korang juga boleh berbasikal keliling resort, membuat aktiviti berkumpulan,Outdoor Aktiviti, banana boat, bola pantai, bola tampar, snooker, ATV dan bermacam - macam lagi yang Bella tidak sebutkan.

Korang boleh klik di link ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti Bella Melepaskan anak penyu di The Legend Cherating. Aktiviti yang patut dicuba semua orang.



8. PELBAGAI KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Bila berada di The Legend Resort Cherating ini, selain daripada aktiviti berkumpulan, korang juga boleh membuat aktiviti sendiri kerana pelbagai kemudahan disediakan.  Tengok sajalah di Signboard tu, boleh dikatakan semua benda kita nak buat dan cuba kan? Jangan sampai datang sini kerjanya tidur saja. Yelah tilam empuk sangat kan?



9.  TEMPAT PELBAGAI MAJLIS TERBAIK

Selain daripada pelbagai kemudahan khas buat korang yang datang sini untuk berehat bersama keluarga, di sini juga amat sesuai untuk dijadikan tempat pelbagai majlis. Lokasinya yang berdekatan dengan pantai, menjadikan ia satu lokasi yang paling cantik untuk dijadikan lokasi photoshoot. Syarikat yang mahu mengadakan perbincangan sama ada secara santai, ataupun secara formal juga boleh dilakukan di The Legend Cherating. Disini, mempunyai 12 lokasi yang sesuai dijadikan tempat perjumpaan. Boleh dipilih dari jenis bilik meeting yang dapat memuatkan sehingga 300orang ataupun ruangan yang dapat memuatkan sehingga 2000 orang di Vlla Drive.

Majlis harijadi, makan malam romantik, majlis perkahwinan, private party semua majlis korang boleh request dan The Legend Cherating akan setup kan untuk korang. Bella yakin. Korang pasti akan puas hati, sebab makan malam ala pirate kami juga tersusun indah. Memang puas hati.



10. MAKANAN YANG SEDAP 

Makanan disini juga sedap dan memuaskan. Senang jika menginap disini dan terus makan di The Coconut Grove Coffee House & Terrace yang menyediakan pelbagai hidangan lazat mengikut permintaan ataupun secara buffet. Coffee House ini buka dari 7pagi sehingga 12malam setiap hari.

Korang boleh klik di sini untuk mengetahui apa yang Bella makan sepanjang menginap disini. http://www.bellaidura.com/2017/08/makanan-sedap-di-legend-resort-cherating.html


Maklumat lengkap mengenai hotel :-

THE LEGEND CHERATING
Lot 1290 Mukim Sungai Karang,
Cherating 26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel :- 09 - 5819818
Toll Free :-1 800 88 8866
Email :- reservation@legendresort.com.my


Korang yang ingin baca aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang

Selamat Bercuti

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Tempat dia pun strategik, dekat dengan laut. Bosan mandi kolam boleh berenang di laut, fuhhh syok!

    ReplyDelete
  2. cantiknye bilikkk, syiok tidor tuuu hihihi

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.