Aktiviti
Bercuti
Cherating
Kelab Blogger Ben Ashaari
Pahang
Travel York
PENGALAMAN MELEPASKAN ANAK PENYU KE LAUT
05 September
Bella rasa ia adalah pengalaman yang paling bermakna dalam hidup Bella. Sebab Bella diberi seekor anak penyu yang Bella namakannya MIKA untuk dilepaskan ke laut. Mika Bella pegang hanya untuk beberapa minit sahaja. Tapi, disebabkan kecomelannya, Bella terus rasa sayang dekat penyu kecil ini. Mika diambil dari santuari penyu.
Mika diambil untuk dilepaskan ke laut setelah dirasakan sudah cukup matang untuk berenang dan berdiakari di lautan membiru. Tapi Bella rasa ia masih bayi dan tidak mampu mengharungi kesejukkan laut. Sayu sungguh hati apabila melihat si kecil ini akan dibiarkan menghadapi cubaan hidup seorang diri.
HB pegang Mika buat pertama kali sebab takut Bella campak sebab geli. Memang geli sebab kakinya menguis - guis jari Bella yang memegangnya. Kulitnya masih lembut dan diajar supaya kami memegang kiri dan kanan badan anak penyu ini sahaja.
Kami melepaskan lebih kurang 100 ekor anak penyu. Tapi diantara 100ekor ini, hanya 5 ekor yang akan selamat. Bella harap Mika kuat dan kembali ke sini untuk bertelur.
Semua anak penyu diarahkan untuk dilepaskan. Termasuklah Mika. Ada anak penyu yang berjalan telalu perlahan dan tidak tentu arah. Tetapi Mika sangat laju menuju ke laut dan mula berenang secara berhenti henti.
Akhirnya Mika hilang ditelan lautan membiru. Aktiviti melepaskan anak penyu ini dilakukan apabila ia adalah musim penyu bertelur. Bagi korang yang mahu merasai dan melakukan aktiviti melepaskan anak penyu ini, bayaran RM20 dikenakan untuk seekor penyu dengan sebahagian dari pembayaran akan diberikan kepada santuari penyu untuk digunakan di santuari penyu.
Ada orang meraung bila tengok penyu angkatnya sudah berenang laju ke dasar laut. Bagi Bella, walaupun ia nampak kecil, tapi amat terkesan dihati Bella. Penyu diambang kepupusan. Bayangkan dari 100 ekor hanya 5 yang selamat. Itupun belum lagi yang mati akibat pukat haram nelayan dan pencuri telur penyu secara haram. Bersama - samalah kita mengekalkan habitat penyu untuk tatapan anak cucu cicit kita pula ya. Korang yang mahu mencuba boleh salin maklumat dibawah.
Maklumat lengkap mengenai hotel :-
THE LEGEND CHERATING
Lot 1290 Mukim Sungai Karang,
Cherating 26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel :- 09 - 5819818
Toll Free :-1 800 88 8866
Email :- reservation@legendresort.com.my
Website :- www.legendresort.com.my
Mungkin korang juga berminat untuk mengetahui 10 Sebab kenapa The Legend adalah pengipan Terbaik. atau aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang
Selamat Bercuti
Selamat Bercuti
4 ulasan
comel je penyu bella nama mika.
ReplyDeletepengalaman yang best tuu
ReplyDeleteKecik molek je anak2 penyu ni.. cute gitu..
ReplyDeleteKami sekeluarga duduk di Kemaman Sands, sebelah Cherating. Berpeluang lepaskan anak penyu sebaldi, dalam 20 ekor juga. Gembira rasa dapat belek dan lepas seekor demi seekor.
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.