MANGROVE TOUR AKTIVITI YANG MEMBOSANKAN?

Berbagai aktiviti yang kami lakukan dan salah satunya adalah Mangrove Tower. Bella  mengambil pendekatan untuk menceritakan mengenai Mangro...

Berbagai aktiviti yang kami lakukan dan salah satunya adalah Mangrove Tower. Bella  mengambil pendekatan untuk menceritakan mengenai Mangrove Tour ini supaya korang boleh menilai sendiri Betul ke MANGROVE TOUR AKTIVITI YANG MEMBOSANKAN? Lepas Bella cerita korang nilaikan sendiri ok.

bercuti di cherating

Sekali lagi kami berkumpul di Hafiz's Tour untuk membuat aktiviti luar kali ini Mangrove Tour pula. Sebelum ini kami ke sini pada malam hari untuk aktiviti Pengalaman Melihat Kelip - Kelip (klik untuk baca cerita yang "excited" ini) Sungai yang sama, perkampungan yang sama. Apa yang membezakannya adalah malam dan siang. Gelap dan cerah. 

bercuti ke cherating pahang

Suasana yang cukup nyaman dan alhamdulilah cuaca juga sangat cantik dan indah. Bella teruja betul memijak pelantar biru tu. Masa Bella bercuti di Redang aritu, Bella ada juga memijak pelantar seperti ini, tapi diperbuat daripada kayu. Dia punya goyang, tak payah nak cakaplah. Rasa macam gempa bumi. Tapi yang ini, sikit goyang saja. Tiadalah buat Bella rasa takut. 

bercuti di cherating pahang

Pilih bot masing - masing. Jangan berebut plak. Jatuh masuk sungai baru padan muka.  Bella tetap nak duduk tepi sebab hendak rasa percikkan air laut. Padahal takda apa yang terpecik pun. 

bercuti ke cherating, the legend cherating

Masa mula bot bergerak laju meninggalkan pelantar, masa ini air sungai sedikit bergelodak sebab bot dan membuat ombak kecil disitu. Nasib HB ada. Sebab Bella ala - ala cuak dan gelabah. Padahal tiada apa yang perlu ditakutkan. Berkocak sikit saja pun. 

the legend cherating

Selepas itu bot akan bergerak perlahan dan tenang. Apa yang korang perlu buat, relax, santai dan menikmati pemandangan alam yang cukup indah dan tenang. 

bercuti di cherating pahang

bercuti di cherating

Pada mulanya Bella dibawa melalui beberapa kawasan perkampungan dan nampaklah beberapa buah rumah di sebelah kanan Bella. Setiap rumah mesti ada sebuah bot. Teringat pula Bella pada rumah air di Brunei. Tapi rumah air Brunei lagi lawalah. 

tempat menarik di cherating. bercuti di pahang

Semakin dalam Bella menuju ke dalam hutan bakau, semakin tebal hutan yang Bella nampak. Pemandangan biasa adalah pokok bakau ini. Bella ingatkan kacang panjang. Nasib tak petik buah sayur goreng. Ia adalah akar pokok bakau yang akan jatuh dan membesar sebagai sebuah pokok bakau yang sihat.

tempat menarik di cherating, sungai cherating

Masa Bella menyusuri sungai ini diwaktu malam, Bella terfikir - fikir apa yang ada disekitar sungai ini? Bila buat aktiviti Mangrove Tour ini, baru puas hati. Jelas nampak segala - galanya. Segala persoalan Bella terjawab.

Cherating pahang, tempat menarik di pahang


Selain daripada hutan bakau yang menghijau, Bella rasa keunikkan hutan bakau ini adalah pada akarnya. Akarnya menjalar seperti satu seni yang unik. Apa yang menarik lagi, kadang - kadang akan kelihatan monyet bermuka putih, ular, unggas hutan dan juga biawak. 

bercuti di cherating pahang

Tamat sudah menyusuri sunga cherating yang memang mendekatkan diri kepada alam ini. Membuatkan Bella yang memang mencintai alam, semakin sayang dan bersyukur masih berpeluang melihat kehijauan alam ini.

bercuti di cherating pahang

Kepulangan Bella dilambai oleh sunrise yang sangat comel. Nampak bulat penuhnya kan? Cantik dan sempurna.

bercuti di cherating


Puas sangat puas menikmati alam yang hijau yang susah hendak nampak di bandar. Macam mana? Masih rasa MANGROVE TOUR AKTIVITI YANG MEMBOSANKAN TAK? Terpulang pada pendapat dan pandangan masing - masing tapi Bella rasa ia adalah ilmu dan pengalaman baru buat Bella. Seronok! 

CHERATIG NET ENTERPRISE
Hafiz's Cherating Activities
7/1156, KG, Budaya Cherating
26080 Kuantan Pahang

Email :- kohafiz@gmail.com


Korang yang ingin baca aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang

Selamat Bercuti

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.